Lihatlah wahai rakyat semua,
inilah yang dilakukan oleh rejim umno barisan nasional bila kuasa anda
beri kepada mereka. mereka datang menagih simpati menjelang pilihanraya,
mereka beri umpan dan gula-gula untuk terus berkuasa, untuk apa itu
semua?
Ada agenda disebalik ketagihan kuasa mereka, tanah rakyat dirampas, umno yang kononnya berjuang untuk bangsa melayu itu sebenarnya melacurkan maruah orang melayu sendiri, bangsa melayu yang kononnya mahu dibela mereka itu dipijak-pijak lebih hina dari pendatang asing.
Video ini bukan video yang disunting, bukan juga video yang dilakonkan, ini ialah rialiti sebenar di sebalik kekuasaan umno di negeri selangor dahulu, hak rakyat diperkosa, pihak berkuasa polis dikudakan semata-mata kerana umno mahu roboh rumah rakyat, mahu rampas tanah rakyat yang kebanyakkannya penyokong setia rejim umno barisan nasional sendiri.
Sila saksikan video dibawah

Bila anda sudah tonton, sila tonton sekali lagi dan beri perhatian pada butiran dibawah
Minit 1:54 - "inilah tanah melayu yang diteroka oleh melayu,pendatang diberi keistimewaan, kita teroka 25 tahun dapat apa? pendatang 20 tahun boleh bagi ic kita teroka sini kita dapat apa?"
Minit 2:06 - "kami duduk disini dah hampir 30 tahun, dihalaunya kami macam binatang"
Minit 2:22 - "melayu dibuat macam sampah...kalau nak menang dia bukan main lagi, bila dah menang apa yang dipandangnya pada kami"
Minit 2:33 - "masa nak mengundi dia la yang beria-ia sangat, hujan berpayung dia datang"
Minit 2:40 "saya
sebagai penyokong kerajaan sebelum merdeka lagi, saya berjuang
bermati-matian, dalam masa darurat saya berjuang dengan ( lawan) komunis
tapi kerajaan tidak ambik pandang langsung"
Dan ayat dibawah adalah bukti betapa umnoapco tidak akan pernah mengenang jasa orang yang memberi undi agar mereka terus berkuasa.
"tapi kerajaan bila nak mengundi saja, datang memungut, merayu, tapi bila dah menang, memandang tidak"
Peristiwa
ini berlaku pada 2007 di Rimba Jaya yang merupakan salah sebuah
perkampungan peneroka yang besar di Selangor, dengan lebih 1,000
keluarga . Lebih 80 peratus penduduk kampung ini adalah keluarga Melayu
manakala yang selebihnya keluarga India dan lain-lain
Sejak tahun 2003, pemaju swasta
Khidmat Tulen Sdn Bhd telah merancang untuk membangunkan tanah yang
diduduki warga peneroka ini. Khidmat Tulen Sdn Bhd telah mempergunakan
jentera kerajaan tempatan dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk
mengusir dan merobohkan rumah peneroka Kampung Rimba Jaya .
MBSA
telah menggunakan Ordinan Darurat 1969 Pembersihan Setinggan untuk
merobohkan 12 rumah peneroka yang betul-betul berada di tapak projek
Khidmat Tulen Sdn Bhd. Apabila kes didengar oleh Mahkamah Tinggi Shah
Alam pada 6 November 2003, MBSA telah membongkar bahawa kerajaan negeri
(BN) yang memberikan arahan untuk kerja perobohan tersebut dan
bukannya tuanpunya tanah swasta tersebut .
Sejak itu, peneroka Rimba Jaya telah
menyedari penyelewengan yang berlaku dan mula memahami bagaimana
kerajaan negeri dan pemaju swasta berganding bahu untuk merampas tanah
yang mereka duduki sejak 30 tahun yang lalu.
Inilah sekelumit kisah tentang rakusnya umnoapco meroboh rumah penduduk Kampung Rimba Jaya, Shah Alam, saat pemimpinnya bina istana indah untuk dirinya rumah rakyat diroboh dengan rakus, awas, nasib sama mungkin akan menimpa anda.
Umno harus dikuburkan, ayuh pencenkan umno pada PRU13 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan