KUALA LUMPUR 23 Julai: Najib Razak tidak akan pernah berani menegur
amalan tender terus pembekalan minyak Petron kepada syarikat penerbangan
MAS, kerana wujud pengaruh kuat bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad,
kata Azan Ismail.
“Najib tak ada kuasa. Tak ada kekuatan. Tak berani buat keputusan.
Ini langsung tak membayangkan kredibilti sebagai seorang Perdana
Menteri.
“Dia takut kalau bersuara berlebihan, akan dilihat sebagai menentang
Dr Mahathir. Bila dalam keadaan takut, apa keputusan pun takkan dapat
menyebelahi rakyat,” katanya dihubungi.
Pada 29 Jun lalu, Petron dan MAS menandatangani perjanjian khas bagi
membekalkan bahan api selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu.
Petron merupakan anak syarikat San Miguel Corporation, perusahaan
berasaskan arak terbesar di Filipina yang sahamnya turut dimiliki oleh
Mirzan Mahathir.
Azan berkata, sebagai pembekal utama bahan api negara, Petron bakal
mengaut untung besar melalui jualan runcit minyak dan subsidi langsung
kerajaan.
“Pertama, Petron untung dari jualan runcit minyak petrol. Kedua, subsidi dibayar langsung oleh kerajaan ke dalam akaun Petron.
“Sebagai contoh, kalau sebulan 80 juta liter terjual, berapa agaknya
keuntungan Petron, kalau subsidi setiap liter antara 90 sen hingga RM1?
“Petron cuma salin kulit (menjenamakan semula) dari Exxon-Mobil sahaja. Tak banyak modal keluar. Berapa besar dia untung?
“Inilah kesannya. Konon nak elak orang seludup minyak, kerajaan bagi terus pada pembekal.
“Kaedah pemberian subsidi tak praktikal. Ada yang ambil kesempatan,”
kata Azan merujuk pemberian langsung subsidi bahan api kepada Petron.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan