Selasa, 13 Julai 2010

KDN Buat Laporan Polis Suara Keadilan Teruskan Penerbitan
Berita
KUALA LUMPUR, 12 Julai Satu laporan polis telah dibuat berikutan pihak penerbitan "Suara Keadilan'' terus mengeluarkan penerbitannya Isnin walaupun permit mingguan itu tamat tempoh sahlakunya pada 30 Jun lepas.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dalam kenyataan media, berkata laporan berkenaan telah dibuat pada pukul 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Katanya, laporan polis itu dibuat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

"Seperti umum sedia maklum, permit "Suara Keadilan" telah tamat tempoh sahlakunya pada 30 Jun lepas dan sehingga kini pihak penerbitan masih gagal mengemukakan jawapan atau penjelasan atau penjelasan kepada dua lagi surat Kementerian Dalam Negeri.

"Malah, pihak penerbitan Suara Keadilan telah berkali-kali mencabar kerajaan dan masih terus juga mengeluarkan penerbitan," katanya.

Hari ini, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus diterbitkan dengan nama baru "Keadilan".

Edisi "Keadilan" yang diedarkan percuma kepada umum dilihat masih memainkan isu Felda walaupun "Suara Keadilan" kini berdepan tuntutan ganti rugi sebanyak RM200 juta ekoran penyiaran berita "Felda Bankrap" yang dianggap fitnah.

KOMEN PEMBACA

1.sungguh lawak,orang atas mengadu pd orang bawahanya sendiri....


2. Dah jadi tunggang-terbalik bodoh diaorang ni.

Err... sape menterinya tu?




3. Sindrom "Bodoh Pandir"....menular pada Kementerian Dlm Negeri...



4. Umngok goat ada bukti ke FELDA tidak bankrap sbgmana PKR ada bukti & fakta yg kemaskini tu? Kalau umngok gok ada bukti maka bukti tahun bila & laporan tahun bila?




Re: KDN Buat Laporan Polis Suara Keadilan Teruskan Penerbitan (Score: 1)
Oleh pang5siber on Monday, July 12 @ 19:06:26 PDT
(User Info | Send a Message)
teringat akan lagu umno/bn - Umno terus menipu utk rakyat 1Malaysia, jeng jeng.

Tiada ulasan: