UMNO Memusnahkan Diri Sendiri
"Isu-isu dangkal yang dikemukakan oleh UMNO dan media mereka untuk menjatuhkan imej Pakatan Rakyat telah berjaya memperlihatkan kedududkan mereka yang tersepit dan terdesak.
Namun demikian, dua isu terbaru ini menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa UMNO sedang memusnahkan diri sendiri.
Isu-isu itu ialah Anwar agen CIA dan Anwar bayar CNN untuk diwawancara. Rais dan Utusan diherdik oleh John R. Mallot, mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia. Mallot berasa aneh apabila Rais seratus peratus percaya kepada Utusan yang memetik kenyataan penulis sebuah blog sebelum menyelidiki kebenarannya. Blog itu bukan sahaja tidak terkenal malahan juga kesempurnaan akal penulisnya dipertikaikan.
Harus diingat bahawa Mallot pernah menafikan Anwar agen CIA kepada Pak Lah dan Dr. Mahathir. Tiada bukti untuk mengaitkan Anwar dengan CIA. Kedua-dua mantan PM itu tidak pernah mengambil tindakan terhadap Anwar atas isu itu. Tanda tanya timbul apabila perbuatan Rais itu dilihat sebagai satu cubaan untuk mengeruhkan hubungan baik Malaysia dengan Amerika Syarikat yang sedang dijalin oleh Najib. Mengapa dia sanggup tikam bos dari belakang?
Menuduh Anwar sebagai agen CIA dengan sendirinya mendakwa Amerika Syarikat campur tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia. Adakah ini yang dimaksudkan oleh Rais? Tidak mungkin. Namun, kependekan akalnyalah yang menjadikan hal itu demikian.
Shafie Afdal pula tidak menolak Anwar membayar CNN untuk diwawancara. Tuduhan ini telah dibantah sekeras-kerasnya oleh CNN. Oleh sebab itu, kelihatanlah maksud sebenar UMNO berbuat demikian. Mereka menembak Anwar dengan peluru kosong. Hanya orang yang hilang akal sahaja akan berbuat demikian.
Seluruh rakyat Malaysia sedang mentertawakan kebebalan para pemimpin UMNO. Mereka telah hilang kualiti, kredibiliti, dan integriti sebagai pemimpin. Golongan ini sudah tidak boleh dipercayai lagi kerana bercakap ikut terbit mulut sahaja. Mereka perlu diganti dengan pemimpin lain yang lebih berwibawa sebelum negara ini dimufliskan oleh kemuflisan idea para pemimpin UMNO.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan