Hari ini kita mendengar ulasan dari bekas KM Sarawak Tun Abdul Rahman Yaakub seterusnya diulas pula oleh peguam Datuk Hasfarizam, yang disandarkan kepada pelbagai akta supaya nampak tuntutan adalah tidak sah.
Tun Rahman sendiri bila ditanya kenapa Negeri Terengganu dulunya dapat, terus terdiam!!
Inilah sikap hipokrit kaki ampu. Tidak suka melihat dari sudut kebenaran. Lihatlah Sarawak, Sabah dan Terengganu yang kaya minyak, apakah rakyatnya hidup mewah berbanding lain-lain negeri?? Atau cuma segelintir elit penguasa yang mewah dan kayaraya? Begitulah yang kita nampak. Apalah guna harta anugerah Tuhan yang diberikan cuma bermain di sekeliling kerabat elit.
Terfikir juga kita, apa jadi dengan Brunei Darussalam dan Singapura sekiranya menjadi antara negeri-negeri di bawah Malaysia. Apakah Brunei akan makmur dan kaya seperti sekarang? Begitu juga Singapura, apa jadi jika ditadbir dari Pusat(Putrajaya)? Kita fikirlah sendiri.
Kalau beginilah cara mentadbir dan memerintah, alamat rakyat marhaen yang merana membanting tulang empat kerat untuk mengkayakan segelintir orang bermartabat tinggi.
Apa jadi (katalah) jika Negeri Kelantan dengan persetujuan segala rakyat jelata serta perkenan Kebawah Duli Tuanku Sultan ingin keluar dari Kerajaan Pusat dan memerintah sendiri, apakah masih telaga minyak yang dipertikai mempunyai hak mutlak Malaysia??? Masih dikira 3 batu nautika lagikah atau bagaimana?
Tak payahlah nak membodohkan rakyat. Ini bukan zaman 60-an atau 70-an.
Apa rasa hati Tuanku Sultan Pahang dan Menteri Besar Pahang kiranya minyak juga ada di luar kawasan pantai Pahang? Ini kerja Allah, yang Paling Berkuasa dari segala Penguasa. Di mana-mana pun boleh di adakan telaga minyak. Ini cuma ujian buat penguasa dan pemerintah, berlaku adil atau tidak terhadap rakyat jelata. Lihat Sudan, atas darat di belakang rumah kalau digali ada minyak!!! Di Negara Balkan minyak dikorek di tepi-tepi jalan. Itulah anugerah Allah diberikanNya untuk manusia berpikir.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan