Rakyat jelata terutama para juak Umno telah diliurkan dengan pelbagai janji mulus serta keyakinan betapa 1Malaysia bakal mewarnai negara dengan kemakmuran,keamanan serta keselamatan. Ini ekoran ketidakyakinan rakyat terhadap beberapa institusi penting kerajaan seperti PDRM seperti kes pembunuhan Kugan, Kehakiman haprak dengan tuduhan fitnah ‘sodomi I dan II’ DS Anwar, SPRM yang puaka hatta terhadap batang tubuh kerajaan sendiri yang korup tidak berubah walau bertukar beberapa Perdana Menteri.
Isunya, setiap hari kita dihidangkan dalam dada akhbar akan berita ngeri, sadis dan zalim yang menimpa rakyat. Kita kini sudah tidak selamat lagi untuk berjalan-jalan santai makan angin di taman dan lorong di pekan-pekan. Malah lebih teruk kita mudah menjadi mangsa samun hatta di perkarangan atau pun dalam rumah sendiri. Kekecohan sosial beginilah yang mendorong Najib membawa Gagasan 1Malaysia. Inilah antara beberapa sebab rejim Najib melaungkan 1Malaysia dengan aksi goyangan jari telunjuknya.
Memang indah dan mulus sekali bunyi serta intipati Gagasan1 Malaysia yang diceduk dari negara haram Israel (One Israel) itu. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Itu kata para jurujual gagasan tersebut! Bagaimana pula pandangan kita yang di bawah ini?
Saya berani mengatakan yang keadaan rakyat tidak berubah ke arah positif menurut matlamat gagasan yang digaris dan dijual saban waktu itu. Malah kita sudah memasuki fasa politik yang semakin teruk. From bad to worse kata orang putih! Timbul persoalan kenapa orang kita, kenapa rakyat tidak berapa melenting? Jawapannya ialah kerana kita sudah menjadi mangli akal seperti – like a frog in a boiling pot! Deria rasa kita sudah tumpul. Atau lebih teruk lagi ianya sudah mati dek penangan gendang perkauman dan keagamaan (kunun!).
Sebaik sahaja belanja wang rakyat mengalir mengokosi slogan baru kerajaan memenuhi kantung kroni baru, kita lihat keadaan lebih bercelaru dan haru biru. Jenayah kecilan sehingga jenayah yang memakan korban terus berleluasa. Manakala ada yang menjadi mayat sehari selepas disoal-siatsiat oleh SPRM. Malah dijual pula kelentong, betapa mendiang terjun membunuh diri! Ouchh... 1 Malaysia sudah kena tipu! Satu ketika dahulu Menteri Umno ada mengatakan yang Anwar membekam matanya sehingga lebam, bukannya dihenyak bedebah Rahim Nor!!
Sejak dari slogan itu mula dicanang sehingga ke hari ini, tidak ada pun perubahan ketara dan berkesan berbanding dengan belanja yang dicurahkan. Apa yang kita nampak hanyalah paraphernalia berupa tugu 1Malaysia yang tumbuh bagai cendawan! Rupanya ia hanya satu jalan lagi untuk mengembungkan perut kroni. Dari iklan di akhbar media cetak sehinggalah kepada tugu, semuanya untuk keuntungan kroni. Jika benar matlamat mahu membentuk 1Malaysia yang bersatu, kenapa isu nama Allah dicetus sebagai satu katalis yang memusnahkan imej negara?
Berdasarkan sejarah rejim UmnoBn, kaedah alihtumpuan memang sering menjadi pendekatan mereka ketika berhadapan masalah yang dibikin mereka sendiri. Yang terkininya ialah isu penggunaan nama Allah yang menjadi rebutan antara Kristian Roman Katolik dalam bahan penerbitan mereka dan cuba dipertahankan Umno melalui para juaknya. Rakyat merasakan ada udang di sebalik batu. Hakikatnya, kedua-dua pihak tidak layak menjuarai nama Allah atas alasan yang masyarakat bermaklumat amat maklum. Yang satu sudah terpesong atas asas Ketuhanan Allah sendiri Yang Esa, manakala yang satu lagi pula sudah terkenal dengan isu perlecehan ke atas institusi Agama dan hukum-hakamnya.
Alihtumpuan terbaru sebenarnya bertujuan meredakan isu kenaikan harga gula serta kebocoran sistem keselamatan dengan hilangnya enjin jet F5E, ia bagai serampang dua mata. Pertama ia boleh digunakan sebagai umpan menebarkan jala ISA, keduanya untuk pemimpin rejim muncul sebagai jaguh Islam sambil mewujudkan bibit perpecahan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Sejarah Ops Lalang boleh dibuka semula untuk memantapkan pemahaman kita tentang isu terbaru ini.
Jika benar mereka (pemimpin Umno) menyanjungi serta menjunjung perpaduan negara (bukannya untuk tembolok!), tentu sahaja Hakim yang mengadili kes rayuan dalam ‘umpan ISA’ yang terbaru ini seorang Melayu Islam. Bukankah Islam yang paling unggul dalam Perlembagaan Negara? Yang lain itu anda boleh fikir sendiri.........
Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden PAS serta Pakatan Rakyat memang amat tepat dan bijaksana. Malah ada satu petikan yang amat menarik- Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.
Beserta dengan ayat itu lah terjadinya peristiwa mubahalah di mana Nabi Muhammad SAW telah menyahut cabaran pendita Kristian untuk membuktikan bahawa mereka yang benar di sisi Allah berbanding ajaran Islam yang dibawa Nabi. Metodanya ialah dengan Nabi dan pihak pendita membawa pengikut masing-masing berkumpul di satu padang sambil menunggu hukuman dari Allah SWT sekiranya pihak mereka berdusta. Lalu sejarah merakamkan hanya pihak Nabi sahaja yang hadir untuk bermubahalah sedangkan puak padri dan pendita telah tidak hadir. Maknanya, sejarah telah merakamkan betapa Nabi Muhammad berada di pihak yang benar berkaitan dengan isu ketuhanan Allah.
Jika kita mengambil kaedah yang serupa, boleh sahaja kita menyerahkan kepada Ketua Agama masing-masing untuk melakukan upacara serupa. Kita punya banyak stadium yang besar-besar sebagai tapak mencari kebenaran dalam soal menggunakan nama Allah. Habis cerita. Tak usahlah jadi macam sekarang sehingga menjadi modal politik rejim UmnoBn untuk menjulang Najib sebagai penyelamat. Bukankah tangan si bibir merah delima itu yang meluluskan 10 lesen judi baru sebaik memegang jawatan Menteri Kewangan 1? Dia juga dikaitkan dalam rasuah RM 500 juta pembelian kapal selam Scopene serta pembunuhan ngeri Altantuya.
Itupun ahli Umno termasuk tok-tok imam berebut nak mencium tangan bila peluang terhidang!
Di hadapan kita menanti satu lagi alihtumpuan untuk mengaburi kesengsaraan yang bakal dibawa oleh tiga isu besar yakni GST, kadar baru tol serta penyeragaman harga minyak kenderaan. Kita jangka sekuel kes liwat fitnah liwat DS Anwar akan digunakan sepenuhnya oleh media.
Begitulah perilaku rejim pemerintahan yang diwariskan TKT Dr Mahathir Mohamed. Jika kita belum lupa, kes yang dahulu pun dibuktikan sebagai tidak berasas dengan akhirnya DS Anwar dipenjara atas tuduhan rasuah kuasa!! Sedang pengamal rasuah sebenar bebas lepas menghayun telor ke sana-sini. Contohnya, DS Khir Toyo, Najib, Razak Baginda dan TS Isa Samad. Mamat yang terakhir itu dinobatkan pula sebagai YB oleh pengundi yang miskin timbangan akalnya.
Menurut maklumat, kes DS Anwar ini patut dibakulsampahkan saja kerana jelas pemeriksaan perubatan telah menidakkan tuduhan yang dibuat ke atas Ketua Umum parti PKR itu. Yang lahabaunya si Saiful tu, sepatutnya jolok lah dulu lubang bontotnya dengan timun atau petola. Atau boleh juga mengupah pengamal homoseks untuk mendatangkan bukti klinikal dalam lubang bontotnya!! Takdir Allah juga sehinggakan terdapat kecacatan dalam perancangan manusia haprak. Semua bukti penglibatan PDRM melalui SP Rodwan telah pun berada di tangan pihak pembela.
Jika begini corak baru pemerintahan Najib yang cuba digahkan melalui slogan 1Malaysia, bermakna negara sedang meluncur jatuh bebas menuju kemusnahan yang sukar dibaiki. Ingatlah, betapa mana-mana negara yang dihenyak revolusi adalah bermula dengan sistem demokrasi atau seumpamanya. Apabila pehak pemerintah menidak serta memanipulasikan demokrasi, tentu sahaja revolusi menanti!
Apa yang dibuat Najib seolah-oleh mengulangi zaman gelap pemerintahan TKT Dr Mahathir. Isu pembakaran gereja adalah kerja jahat yang dibuat ‘elemen hitam’ yang dilindungi dalam kerajaan hari ini. Bukan senang kawan oi, nak lakukan kerja jahat sebegitu dalam suasana SB sentiasa bertebaran, kemudahan IT dan CCTV. Kalau tak percaya, cuba anda gerakkan kumpulan kecil menampal poster anti kerajaan pusat. Tak sampai lima belas minit anda akan dicekup!
Isu ini ialah salah satu cabang dalam memecahbelahkan rakyat yang dilihat semakin bersatu. Dasar ‘divide and rule’ ini ialah senjata ampuh peninggalan penjajah. Perjuangan memartabatkan suara dan kuasa rakyat akan selamat sekiranya rakyat ramai yang marhaen mengetahui dan memahaminya dengan jitu. Jika tidak, kita mempunyai halangan besar menzahirkan kerajaan Pusat Pakatan Rakyat!
Di satu segi, seolah-olah rejim Najib berjaya mencapai matlamatnya, laksana Firaun yang mengarahkan dibunuh anak-anak lelaki kelahiran bangsa Israel bagi menghalang kelahiran Nabi Musa mengikut arahan tukang nujumnya. Takdir Allah telah melihatkan yang Firaun sendiri memelihara serta menjadikan Nabi Musa anak angkatnya! Begitulah apa yang berlaku sekarang, bukan setakat gagal mewujudkan perpecahan, khabarnya politik Malaysia Timur sudah bergoncang untuk menuruti angin perubahan di Semenanjung.
Apalah salahnya untuk menyerahkan soal perebutan nama Allah sebagai Tuhan sebenar kepada pihak Agamawan. Jemput pakar-pakar dari parti PAS, Umno dan para pendita/padri dari gereja 1Malaysia. Minta mereka bermubahalah mencari titik kebenaran dengan cara yang mudah dan menurut Sunnah pula. Jika niat kita baik tentu sahaja ada hikmahnya. Lain lah kalau ada muslihat di sebaliknya. Sebenarnya itu lah persepsi di kalangan rakyat jelata. Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya!
Takkan lah tak masuk asuhan agama yang cuba diterap Zahid kepada Najib mengikut pesanan Toh Puan Rahah?
Kalau lah didikan Zahid berkesan, tak mungkin Najib terpalit dengan kisah penyanyi, wanita Monggolia, rasuah sana-sini dengan bini serta pelbagai kemungkaran lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan