Khamis, 21 Januari 2010

SILA TEKA - NEGARA JIRAN YANG MANA

KANTOI ! INI DIA BUKTI LORI SELUDUP PASIR DALAM PADANG PASIR


SELUDUP PASIR : 34 DITAHAN KERANA RASIAH TERMASUK HABUAN SEKS


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 34 orang di lima negeri termasuk dua ahli politik dan kakitangan awam kerana rasuah wang tunai dan seks, sebahagian langkah membendung aktiviti perlombongan pasir haram.

Kesemua mereka dijangka didakwa di mahkamah hari ini.

Dengan penahanan 34 mereka, SPRM percaya telah berjaya mematahkan sindiket menyeludup pasir ke sebuah negara asing.

Bagaimanapun SPRM tidak menamakan negara jiran itu.

SELUDUP KE NEGARA JIRAN?... KE NEGARA JIRAN?.

AGAKNYA NEGARA JIRAN YANG MANA NI?.

INI MESTI JUAL PASIR KE JEPUN

INI MESTI DAPAT UPAH JAPANESE DOLL

JANGAN BODOH.. JEPUN BUKAN NEGARA JIRAN

MESTI JUAL PASIR PADA BANGLA

DAPAT SAREEE DOL

BANGLA PUN BUKAN NEGARA JIRAN


INI MESTI JUAL PADA INDON…INDON NEGARA JIRAN

MESTI DAPAT DAPAT HADIAH SHARIF DOL



JADIKAN SELANGOR, P.PINANG, KEDAH DAN KELANTAN BEBAS RASUAH

LIPAS DALAM BRA NAMPAK - ANAK BADAK TAK NAMPAK


SPRM SERBU PEJABAT EXCO SELANGOR – malaysikini

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari di Shah Alam tengah hari ini.

Dipercayai pegawai SPRM telah mengarahkan setiausaha kerja exco tersebut, yang dikenali sebagai Hussein Ahmad, datang ke pejabat SPRM Selangor untuk disoalsiasat.

Menurut sumber-sumber, satu laporan telah dibuat kepada SPRM terhadap Hussein berhubung dakwaan rasuah membabitkan penjualan pasir.

INI TERBAIK…SYABAS SPRM… CEKAP DAN PANTAS

SERBU SAMA MEREKA… SIASAT…JANGAN TAK SIASAT

KALAU BOLEH SIASAT SAMPAI MATI

DUA RATUS RINGGIT TIGA PULUH LIMA SEN PUN SIASAT


JANGAN BAGI PELUANG PAKATAN MAIN RASUAH…

BIAR KERAJAAN PAKATAN BERSIH.. SEBERSIH GIGI PALSU

TAPI…APA JADI DENGAN LAPORAN MAT ASAN BAWA LARI 10 JUTA

APA JADI DENGAN 12 BILION DI REMBAT DI PELABUHAN KLANG…

APA JADI DENGAN LAPORAN KOMISEN BELI KAPAL SELAM

TAK KAN KERANA BANYAK SANGAT DUIT… SUSAH NAK KIRA…

NGOOOOOK ! .



SATU LAGI SANDIWARA

KAPAL TERBANG JET HILANG DIMAKAN OLEH IKAN INI


SIASATAN BERMULA DENGAN BAU KURANG MENYENANGKAN - malaysiakini

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini memanggil wakil Kementerian Pertahanan untuk memberi penjelasan berhubung kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Antara yang dilihat hadir pada mesyuarat pertama PAC mengenai isu enjin jet tu bagi mewakili Kementerian Pertahanan ialah Ketua Setiausaha Abu Bakar Abdullah dan Panglima TUDM Jeneral i Rodzali Daud.

"Hari ini kita bermula dengan sesi penerangan mengenai prosedur-prosedurnya sahaja," kata Pengerusi PAC Azmi Khalid kepada pemberita selepas esyuarat itu yang berlangsung di bangunan Parlimen.

nota:
tunggu dan lihat
dengar dan baca

akhirnya :
berak dan ketawa kah kah kah


SILA IKUTI TULISAN DARI MERDEKA REVIEW

Enjin jet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang telah "dihilangkan" dengan tercetusnya kontroversi penggunaan kalimah "Allah", sebermulanya tahun 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Azmi Khalid (gambar kanan) hari ini menggilap ingatan rakyat Malaysia terhadap isu ini, apabila memanggil mesyuarat untuk mendengar taklimat daripada Kementerian Pertahanan berhubung prosedur penyelenggaraan kelengkapan tentera.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas secara mendalam, malah meminta agar "jangan membuat kesimpulan terlebih dahulu", apabila diajukan soalan sama ada Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang juga Menteri Pertahanan ketika kejadian itu berlaku, akan dipanggil untuk menghadap PAC.

Bahkan, Azmi Khalid berterus terang bahawa pihaknya tidak akan memanggil pihak-pihak tertentu untuk menghadiri mesyuarat ini, sebaliknya menyerah kepada Kementerian Pertahanan untuk mengaturkan segala-galanya.

Analisis Gong Zheng Bao

Kehilangan enjin jet yang bernilai kira-kira 100 juta ringgit Malaysia ini digemparkan pada hujung tahun 2009, bagaimanapun berakhir dengan pendakwaan terhadap seorang sarjan dan seorang pengarah syarikat sahaja di mahkamah, pada 6 Januari tahun ini.

Satu analisis yang tersiar di Gong Zheng Bao, atau Suara Keadilan edisi bahasa Cina (keluaran 15-30 Januari 2010), telah menyenaraikan 10 soalan yang tidak terjawab sehingga kini berhubung misteri kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM ini. Antaranya,-

1. Iran menyelidik model pesawat F-5 ini mulai tahun 1995. Model asal ini ditampilkan buat kali pertama pada Julai 2004, malah cubaan penerbangan dilakukan pada September 2007. Menurut laporan, enjin jet TUDM hilang pada tahun 2007, iaitu tahun yang sama dengan cubaan penerbangan yang berjaya di Iran. Persoalannya, apakah ada hubungan antara kedua-duanya?

2. Setelah isu kehilangan enjin jet ini terdedah, Amerika Syarikat meminta agar laporan dikemukakan. Menteri Pertahanan Malaysia pula menjawab bahawa laporan akan diserahkan. Persoalannya, mengapa Amerika Syarikat begitu cemas dengan kes kehilangan ini, dan mengapa pula Menteri Pertahanan "cukup bekerjasama" kali ini?

3. Pendedahan ini dilakukan lidah rasmi, iaitu Berita Harian dan New Straits Times. Perkara ini cukup meragukan, memandangkan pendirian kedua-dua akhbar ini amat konservatif, dan biasanya hanya melaporkan apa yang positif terhadap kerajaan. Persoalannya, mengapa pula media ini membuka pekong di dada kerajaan?

4. Sekali imbas, kejadian ini berlaku pada tahun 2007. Mengapa Berita Harian dan New Straits Times memilih untuk mendedahkan kejadian ini dua tahun kemudian, apabila orang sudah tidak ada pada tempatnya? Bahkan, wartawan New Straits Times mendedahkan kejadian ini setelah menemuramah Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi (gambar kanan), selepas tamatnya persidangan mesyuarat Dewan Rakyat musim ini. Persoalannya, mengapa wartawan tidak mengajukan soalan ini dalam tempoh ketika dewan rakyat bersidang?

5. Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi adalah orang kanan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang sepatutnya tidak akan mengaibkan PM dengan mendedahkan skandal yang berlaku ketika zaman beliau menerajui kementerian tersebut. Namun, setelah Zahid Hamidi melontarkan sesuatu yang menggemparkan, berita ini pula dikendalikan secara sambil lalu. Persoalannya, apakah tujuan beliau sebenarnya?

6. Kedua-dua Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri tetap menafikan penglibatan pegawai tinggi dalam kerajaan atau TUDM dalam kejadian ini. Tetapi, dari peringkat mengeluarkan enjin, mencari pembeli sehinggalah dibawa ke luar negeri, kesemuanya memerlukan tandatangan pegawai tinggi sebagai lampu hijau. Malah, pembelian dan penjualan enjin jet yang sebesar ini semestinya akan menarik perhatian perisik antarabangsa. Persoalannya, apakah pegawai bawahan dapat bertahan untuk menanggung risiko yang sebesar ini? Betulkah tiada pegawai tinggi yang terlibat?

7. Penyelenggaraan pesawat dipertanggungjawabkan kepada syarikat tempatan. Jadi, semua kerja penyelenggaraan dilakukan di dalam negara. Menurut laporan Berita Harian pada 28 Disember 2009, syarikat penyelenggara pesawat mudah menggunakan sesebuah pengkalan tentera, malah tidak perlu membuat pengisytiharan kastam ketika dibawa keluar negara. Tetapi, kelengkapan tentera adalah maklumat sulit untuk negara. Persoalannya, sejauh manakah benarnya kejadian enjin hilang ini hanya melibatkan Kementerian Pertahanan, tanpa melibatkan kementerian yang lain?

8. Menteri Pertahanan mendakwa bahawa enjin jet telah diseludup ke Amerika Selatan pada 20 Disember 2009, dan dilaporkan oleh Berita Harian. Pada 4 Januari 2010, Peguam Negara, Abdul Gani Patail (gambar kiri) pula mengumumkan bahawa enjin jet yang hilang telah diseludup ke Uruguay.

Perbincangan di alam siber pula menyatakan bahawa model pesawat F-5 ini adalah pesawat utama yang digunakan di dunia Barat, semasa zaman perang dingin pada tahun 1980-an. Pembelinya hanya Malaysia, Singapura, Korea, Taiwan dan Iran. Menurut laman tentera China, Argentina sudah tidak menggunakan model pesawat ini sejak tahun 1990-an. Malah, Singapura, Taiwan dan Korea juga merancang agar model pesawat ini tidak digunakan lagi. Persoalannya, apakah benar enjin ini telah diseludup ke Amerika Selatan?

9. Pasaran enjin pesawat terbatas kepada Kementerian Pertahanan negara, dan hanya Kementerian Pertahanan yang mampu menampung kos penyelenggaran pesawat ini. Jadi, pembeli hanya akan mengangguk apabila enjin telah melalui ujian keselamatan. "Jual-beli" sebesar ini hanya akan dicapai apabila kedua-dua pihak saling mempercayai. Persoalannya, bagaimana sindiket jenayah melakukannya?

10. Ahli parlimen Indera Mahkota-PKR, Azan Ismail pernah mempertikaikan mengapa Laporan Audit Negara 2008 tidak merangkumi laporan dari Kementerian Pertahanan? Ketua Audit Negara Malaysia, Haji Ambrin bin Buang menjawab pihaknya tidak menerima laporan daripada Kementerian Pertahanan. Apa yang berlaku di sebaliknya?

*Tulisan Lim Hong Siang Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.




APA JADAH PUNYA MALAON

TANGKAP SEMUT INI SOROK GULA DALAM LUBANG
BERTINDAK WALAU PUN NAIK 5 SEN - melayau

Bertindak membuat laporan segera walaupun 5 sen! Demikian gesaan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Hasim Rusdi kepada pengguna jika mendapati harga barang termasuk gula dijual melebihi harga kawalan iaitu RM1.65 sekilogram.

Kata beliau, aduan pengguna perlu kerana ia akan memudahkan usaha pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas peniaga yang ingkar.

“Kita sudah menasihatkan peniaga supaya jangan sewenang-wenangnya menaikkan harga barang terutama barang kawalan, jika ada peniaga yang ingkar kita tidak akan berkompromi.

MALAOAN INI CUKUP HEBAT

AJAK PERGI SAMA BELI BARANG DENGAN MALAOAN INI

AJAR MALAON INI SIKIT CARA KE PASAR…

JANGAN NAK SURUH MINAH INDON KE PASAR

NAK LAPOR PADA SAPA?..

KES DUA BELAS BILION LESAP DARI PERLABUHAN KLANG LAGI TAK ADA SIASAT

INI NAK SIASAT HARGA GULA NAIK LIMA SEN

KEPALA BANA PUNYA MALAON… CAKAP IKUT SEDAP

Tiada ulasan: