Jumaat, 22 Januari 2010

Pakar Bakar Jambatan Bersuara Lagi ...


Assalamualaikum wmbk Tuan Webmaster dan sekelian Muslim/Muslimat juga semua warga marhaen Malaysia yang dihormati !

Simangkuk pakar bakar jambatan dan pemadah berhelah pengampu tersohor anak Yatim bersuara lagi, konon BN tidak gentar dengan strategi Pakatan Rakyat.

Jika tidak gentar dan tergugat mengapa keluar cakap membebel pasal strategi PR, jika tidak ada apa-apa tentu mangkuk ni senyap! Ini boleh dibaca sebagai reaksi terdesak BN yang makin tergugat dihimpit masalah dalaman yang berbagai. Mahu menutup satu keluar lagi satu dan begitulah seterusnya mahu tutup pekung lagi keluar berbagai bau yang lagi hangit!

Mangkuk ayun yang suatu masa dulu kutuk ISA 'konon' dalam tesisnya tapi bila dah jadi menteri terus pertahan akta zalim itu. Bikin tak serupa cakap tapi bila cakap berdegar macam ayam mahu berak kapur, lepas tiga hari jalan! Tapi satu Malaysia dia sudah terkenal pakar bahasa pembelit ayat-ayat merapu & ampu.

Katanya lagi pembangkang (baca PR) boleh mimpi apa saja sebesar mana impian tapi rakyat jua yang memilih dan beri kata putus, tapi bukankah di PRU12 lalu rakyat sudah putuskan hingga nasib baik BN tak terputus hayat terus! Terdesak teruk hingga sanggup cara mafia rampas negeri Perak! Adakah negara-negara dunia luar pernah usung & angkut speaker cara paksa keluar dewan? Boleh masuk Guiness World Record ini kes!

Mangkuk-mangkuk mana yang ramai serbu masuk sidang Dewan Undangan Negeri Perak hingga ada laporan senjata api pun turut dibawa masuk ke dewan yang mulia itu. Negara mana agaknya sanggup usung & ceroboh dewan mulia yang sah dengan speakernya melainkan hanya di bawah kerajaan umNOI-BN yang mangkuk menteri ini kuat putar!

Yang wajib menjunjung undang-undang buat kerja haram mengusung speaker tak pasal-pasal, menurut arahan dari kuasa-kuasa dan tangan-tangan ghaib yang disalahgunakan, termasuk mengusung tilam dalam sejarah 'liwat 1' dulu! Kini tiba pula babak kedua dengan skrip agak sama juga, tapi entahlah usung tilam belum tentu lagi!

Hairan juga apakah PDRM pun pakar 'mengusung' selain mencari penjenayah tegar? Agaknya di mana mereka mengambil kursus ini? Sepatutnya pakar bahasa sorang ini yang nampak macam pintar bermadah menegak kebenaran, menentang segala salahguna kuasa dan kebejatan bukan mengampu berterusan. Setiap yang nampak tidak benar dan telus wajib ditegur bukan diam bisu tapi bising hanya pada pembangkang.

Yang haram didiamkan tapi yang halal diharamkan! Pemimpin Malaysia patut malu pada dunia kerana kemaruk kuasa boleh bertindak apa saja, dari usung mengusung,menyekat per kapita pada negeri-negeri bawah 'pembangkang', menyekat royalti minyak yang hak tapi mahu tukar jadi wang 'sedekah' pula!

Lihat contoh negeri Perak yang sebenarnya telah disahkan hakim siapa MB sebenar berhak tapi kerana putarbelit undang-undang, kuasa juga tipudaya licik mengunakan perundangan maka yang haram pun boleh jadi halal!

Mengapa pakar bakar jambatan ini tidak bersuara langsung jika benar, apakah hanya memuji, mengampu dan mengugut saja dia pakar? Mereka boleh kelentong seberapa banyak kelentongan tapi rakyat marhaen bukan setiap masa boleh diperdaya selamanya, mungkin dulu segala apa yang disogok ditelan bulat-bulat rakyat tapi kini zaman IT serba canggih, umNO-BN sukar kelentong dengan senang macam dulu, mungkin dulu sang penerima sehelai kain pelikat, sehelai RM50 atau sekampit beras mudah dibeli tapi kini minda rakyat dah berubah terbuka dari tersumbat dengan berbagai-bagai daki kelentongan yang telah lebih lima puluh tahun lagi.

Retorik juga ugutan secara berselindung tak mudah diterima akal rakyat kini, mereka mahu lihat kebenaran, ketelusan dan amanah tapi hairan juga disebalik segala retorik indah-indah belaka mengapa dalam berbagai kes dan isu seperti kes PKFZ, engin jet hilang, projek sukan negara yang kantoi, seleweng royalti minyak Petronas, laporan pembelian dari audit negara yang tidak masuk akal, tuntutan palsu melebihi hak, penyelewengan kantung kerajaan dalam beberapa bulan saja yang menghanguskan jutaan ringgit, penyalahgunaan harta kerajaan dalam pilihanraya, segala jentera dan alat dari jabatan-jabatan habis digunapakai oleh parti sang 'pemerintah' tapi mangkuk ini langsung tidak sebut atau sentuh!

Dari dulu lagi dapat dilihat tidak ada satu pun kritikan membina dari menteri mangkuk ini melainkan suatu masa dulu menolak akta zalim ISA!

Menang sorak kampung tergadai, itulah terjadi pada mangkuk-mangkuk yang diharap dan diberi kepercayaan tapi lihatlah pulau yang hak pun hilang, sampai kini pasir pun kian hilang, mungkinkah Malaysia pun bakal hilang jika tidak dijaga betul-betul oleh sang pemegang amanah yang diberi mandat!

Jangan sampai jadi macam enjin jet yang hilang baru saling tuduh-menuduh dan menuding, inilah padahnya rakyat Malaysia bila memberi amanah pada yang tidak mengerti apa itu amanah, ibarat kera diberi bunga maka terimalah akibatnya selagi rakyat tidak menukar pilihan mereka kepada yang beramanah, jujur dan telus.

Usahlah bermadah berjela-jela yang memualkan hingga busuk mulut mengampu dan memuji dek kerana termakan budi dengan jawatan tapi serulah pada kebenaran seperti yang diajar nabi junjungan kita Muhammad s.a.w., berkata benarlah walau dipenggal leher didepan seorang raja yang zalim demi kerana kebenaran!

Menjelang tiba PRU ke13 diharap minda yang terbuka oleh semua lapisan rakyat diterjemahkan kepada satu pemerintahan yang betul berani merubah segala kebejatan, rasuah dan salah guna kuasa, juga semua bentuk penyelewengan demi menuju negara Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera, wassalam.

Tiada ulasan: