Program Ceramah Anwar Di Kuantan Pada 18 Jan 10

Larangan Nama Allah Hanya lah Politik UMNO
Anwar Seru Rakyat Terus Nyatakan Kebenaran
Anwar turut menyeru hadirin terus berjuang menyampaikan kebenaran kepada seluruh rakyat. Yakin mereka tentang segala isu yang dipermainkan sewenangnya oleh puak-puak UMNO. Rakyat tidak perlu takut untuk berjuang. Tidak mungkin kerajaan akan menangkap sebegitu ramai rakyat, kerana sudah pasti penjara tidak cukup untuk menampung mereka jika mencecah jumlah yang besarnya. kata Anwar. Beliau turut menegaskan bahawa pemerintahan Najib Razak lebih teruk daripada PM terdahulu. Ini kerana Najib banyak terlibat dengan segala macam skandal yang boleh menjejaskan nama baik Malaysia. "Saya yang akan ditangkap, ditahan dan dikenakan tindakan, oleh itu jangan takut untuk berjuang dan menyampaikan kebenaran""Dulu Altantunya diletupkan dan hilang, kemudian Balasubramaniam hilang, lepas tu Raja Petra pula hilang kini mereka mahu hilangkan nama Allah pula dan jadikan hak mereka" tambah beliau lagi. Orang-orang Pahang perlu berubah jika mahu negeri ini diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Banyak kebajikan rakyat kini terbela di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat sama-ada PAS, PKR mau pun DAP. Oleh itu Anwar menyeru rakyat supaya tidak sesekali takut untuk menyatakan kebenaran biarpun ia pahit.
Pimpinan PKR Perlu Giatkan Daftar Pemilih
Sementara itu, pimpinan PKR diseru giatkan pendaftaran pemilih jika mahu menang dalam pilihanraya umum akan datang. Anwar berkata, tiada gunanya mempunyai ramai ahli tetapi mereka tidak boleh membuang undi dalam setiap kali pilihanraya yang diadakan. PKR negeri katanya perlu mantapkan pentadbiran di peringkat cabang-cabang. “Kita sedang berusaha untuk menawan Putrajaya, setiap cabang akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mendekati masyarakat termasuk golongan muda dan wanita,” katanya. Anwar menegaskan di Pahang, PKR telah berjaya menawan Parlimen Indera Mahkota yang diwakili oleh YB Azan Ismail dan Parlimen Kuantan oleh YB Fuziah Salleh. Sokongan rakyat dari kalangan bukan Melayu tidak menjadi masalah bari Pakatan Rakyat. Namun, sokongan dari kalangan orang-orang Melayu yang sudah sebati darah dagingnya dengan parti UMNO karat itu yang dibimbangi. Namun Anwar menegaskan harapan besar untuk melihat negeri Pahang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat semakin cerah atas hasil usaha berterusan yang dilakukan oleh Pengerusi Pimpinan Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman. Sokongan rakyat pelbagai golongan diperlukan bagi merealisasikan hasrat itu. Tiada gunanya kita dipandang mendapat sokongan padu rakyat tetapi mereka tidak layak mengundi dalam pilihanraya umum akan datang kata Anwar.
[Ceramah Anwar berakhir pada kira-kira jam 11.45 malam. Orang ramai dilihat membanjiri lokasi ceramah biarpun keadaan sesak sudah kelihatan. Pihak polis dilihat menjaga keselamatan lalu lintas dan tiada tindakan provokasi yang dilakukan oleh mereka. Lalulintas turut dibantu oleh Unit Amal PAS dan Skuad AMK bagi melincinkan perjalanan kenderaan. Orang ramai dilihat begitu bersemangat untuk mendengar penjelasan Anwar tentang isu-isu semasa yang membelengu benak fikiran mereka. Turut berceramah pada malam tadi ialah Bekas pemimpin MCA, Datuk Seri Chua Jui Meng, Dr.Hamzah Jaafar dari PAS dan Saudara Nizam Hamid. Sesekali kelihatan runguntan berbunyi tentang penyediaan alat pembesar suara. Ramai yang kecewa kerana sound sistem yang digunakan tidak mengeluarkan bunyi yang memuaskan. Malah, ia turut mengalami masalah ketika Chua Jui Meng menyampaikan ucapannya sebelum itu. Mujurlah ketika Anwar berucap, tidak ada kejadian yang mengecewakan itu berlaku, jika tidak sudah pasti ia lebih memalukan].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan