Khabar sebegini telah lama saya dengar, tetapi dengan kenyataan tersebut, sahlah khabar yang diceritakan oleh rakan-rakan itu. Apa yang saya diberitahu sebelum ini, sebelum mereka diarah menyerbu atau menghalang sebarang aktiviti pembangkang seperti ceramah atau demontrasi [kecuali demontrasi yang dianjurkan oleh UMNO], dua atau tiga jam sebelum operasi bermula, mereka pekena dulu, supaya mereka mabuk baharulah mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
Mereka akan bertindak selalunya kita nampak ala-kebinatangan kerana ketika itu mereka berada di bawah kawalan alcohol dan tidak normal sebagai seorang manusia yang waras. Mereka bertindak dengan sewenang-wenangnya memukul, menumbuk, memijak, menyepak, membogelkan mangsa sama ada lelaki atau wanita, melepaskan gas pemedih mata, menyembur air kimia dan sebagainya tanpa sebarang belas kasihan. Ia amat menyoronokkan kerana bertindak terhadap manusia yang tidak menyerang balas dan tidak bersenjata pula. Kebanyakan mereka khususnya anggota FRU direkrutkan dari sekolah-sekolah penempatan budak-budak nakal atau yang pernah disabitkan dengan kesalahan dan dihukum oleh mahkamah. Kebanyakan mereka berotak mereng.
Berbalik kepada peristewa berdarah di Batu Buruk. Pada malam kejadian itu, Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang menggabungkan parti-parti politik dan NGO merancang untuk mengadakan majlis perhimpunan aman berupa road show untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Sebelum itu, BERSIH telah mengadakan road show di beberapa buah negeri di seluruh Negara, kini tiba pula giliran Terangganu menjadi tuan rumah.
Program Bersih yang dianjurkan pada malam itu bertujuan mengajak rakyat menuntut dan memahami hak mereka dalam sebuah negara demokrasi untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih., tetapi malangnya permit untuk program itu tidak diluluskan oleh pihak polis. Hal ini menimbulkan tidak puas di kalangan penyokong pembangkang. Pihak penganjur berkeras mahu mengadakan juga program tersebut kerana ia diadakan di kawsaan persendirian [yang tidak perlu kepada permit polis, malah banyak kes-kes yang di bawa ke mahkamah sebelum itu, pembangkang menang] dan telah mendirikan pentas program, namun pada jam 5 petang polis telah menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah yang digunakan pihak penganjur dan merobohkan pentas itu tanpa keizinan tuan rumah. Untuk mendapat cerita selanjutnya sila layari link di bawah ini :
http://tragedibatuburok.blogspot.com/2007/09/mengapa-polis-lepaskan-peluru-hidup-di.html
Yang menariknya kes ini ialah yang menembak itu [Lans Koperal Wan Aziz Wan Omar] tidak dikenakan apa-apa tindakan, malah diberi penghormatan dan penghargaan yang tinggi sebagai seorang wira yang disanjung, tetapi yang kena tembak Suwandi Abdul Ghani dan Muhamad Azman Aziz digambarkan seolah-olah penjenayah besar dan amat berbahaya kepada masyarakat. Kejahatan mereka ini digambarkan setanding dengan Kalimothu atau Botak Chin. Mereka ditembak, ditangkap dan dibicarakan. Amat malang sekali mereka tidak dibenarkan diikat jamin. Merengkoklah mereka berdua dalam penjara atas kezaliman UMNO laknatullah itu.
Mereka dilayan seperti seorang penjenayah besar [penjenayah sebenar ialah para pemimpin UMNO yang merompak harta rakyat, menyalahguaan kuasa dan rasuah], mereka datang semata-mata untuk mendengar ceramah tanpa membawa sebarang senjata, mereka hanya membawa senjata asli ‘sepucuk pistol dengan dua biji peluru’. Kes ini amat istemewa kerana ia dikendali terus oleh Peguam Negara sendiri, Abdul Ghani Patail yang didatangkan khas dari Putrajaya [kes besar berprofail tinggi, kes pembunuhan Attantuya Shariibu, beliau tidak melibatkan diri pun].
Allah maha berkuasa, maha adil lagi maha penyayang, akibat kesibukan beliau mengendalikan kes-kes melibatkan UMNO [kes-kes yang berkaitan kepentingan politik UMNO], Allah menimpa bencana menyebabkan kita kehilangan Pulau Batu Putih. Keputusan Mahkamah Antarabangsa ICJ pada 23.5.2008 berpihak kepada Singapura dalam tuntutan bertindih olehnya dan Malaysia ke atas pulau tersebut. Dari segi nilai sejarah, kedaulatan dan moralnya kita sudah kehilangan sebahagian wilayah kita.
Pemangku Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh ketika membaca keputusan kes tuntutan bertindih itu berkata dari sudut sejarahnya adalah milik Kesultanan Johor berdasarkan kepada surat balasan pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pedra Branca, iaitu nama dalam bahasa Portugis bagi Pulau Batu Putih.
Sebenarnya kita kekurangan/kelemahan fakta untuk memnyanggah dan mematahkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh Singapura. Untuk mendapatkan fakta-fakta tersebut, kita perlu mengkaji secara lebih mendalam dari berbagai sudut, tetapi kerana Peguam Negara kita lebih sibuk dalam untuk menjaga survival UMNO, maka beliau dan orang-orangnya tidak ada masa untuk membuat kajian bagi memperkuatkan hujah mencabar hujah Singapura. Itu balasanya ke atas orang-orang yang terang-terang melakukan kezaliman. Kita juga terasa tempiasnya. Allah sendiri telah memaklumkan bahawa setiap bala yang diturunkanNya, semuanya terkena, tidak terkecuali, termasuk kanak-kanak kecil yang belum mengenal erti pahala-dosa.
Ini merupakan satu peringkatan daripada Allah swt, sekiranya UMNO terus melakukan kezaliman demi kezaliman ke atas orang-orang yang tidak berdosa, tidak mustahil kuasa politik orang Melayu akan jatuh ke tangan bangsa asing. SPR telah menyebut bahawa seramai 4.3 juta orang Melayu yang layak mengundi tidak mendaftar sebagai pemilih, berbanding bangsa lain merebut-rebut mendaftar, malah mereka berusaha meramaikan anak-beranak, membantu muda-mudinya supaya cepat berkahwin dan wujudkan institusi keluarga yang harmoni. Sekarang ini kita menghadapi keadaan ekonomi paling sukar dalam semua sektor. Kita sudah tidak berwang hendak berbelanja lagi. Kita terpaksa berjimat sehingga menjejaskan kebajikan rakyat. Satu pengajaran untuk UMNO. Ini semua adalah dengan kehendak Allah. Kun Fa Ya Kun.
Kezaliman UMNO cuba kita tenguk layanan yang diterima oleh Suwandi Abdul Ghani dan Muhamad Azman Aziz amat berbeza sekali dengan layanan yang diterima oleh penyokong Hindraf. Peguam Negera yang sama boleh menarik balik tuduhan cubaan membunuh terhadap 31 orang penyokong Hindraf berkaitan kecederaan seorang pegawai polis di Batu Caves pada 25 November 2007. Atas desakan berbagai pihak terutama dari MIC, Presidentnya S.Samy Vellu memohon PM ketika itu Abdullah Ahmad Badawi menarik balik tuduhan tersebut dan Abdullah mengarahkan Abdul Ghani Patail menarik balik pendakwaan tersebut [rujuk link ini: http://malaysiakini.com/columns/76275]. Kalau berlaku hal seumpama itu kepada orang Melayu, terutama bukan dikalangan ahli atau kerabat UMNO, tidak ada menteri yang bersimpati seperti apa yhang berlaku ke atas Suwandi dan Muhamad Azman.
Satu lagi kes, pada mulanya disyaki seorang wanita warga negara Cina diperyacai ditahan dalam lokap polis dibogel dan diseksa tok ketampi yang gambarnya diambil melalui kamera handphone dan disebarkan melalui internet. Kerajaan UMNO yang berada kedudukan tertekan memaksa PM Abdullah ketika itu mengarahkan seorang menteri terbang ke Cina untuk memohon maaf. Hasil penyiasatan yang dilakukan, dilaporkan bahawa wanita tersebut bukan warga Negara Cina, sebaliknya warga Negara Malaysia berbangsa Melayu. Kes ditutup dan senyap sepi sampai sekarang. Jadi, UMNO ini parti apa. Parti membela atau pengkianat bangsa? Merestui kezaliman dilakukan ke atas bangsa sendiri kerana untuk menjaga kepentingan politik UMNO. Kepentingan agama dan bangsa sanggup dijual dengan harga yang begitu murah dan menjatuhkan imej bangsa Melayu itu sendiri.
Apa sebab proses undang-undang yang tidak adil ini boleh berlaku terhadap bangsa Melayu? Sebabnya mudah kerana orang Melayu yang beragama Islam merupakan bangsa haprak [bukan bermaksud menghina bangsa sendiri, saya juga adalah bangsa Melayu] kerana bangsa Melayu beragama Islam [hanya pada nama sahaja] menolak al-Quran dan al-Hadith sebagai panduan hidup. Lagi, orang Melayu merupakan bangsa yang sukakan 3K1W [kuasa, kedudukan, kekayaan dan wanita] yang boleh dijualbeli dan diperdagangkan [melalui amalan rasuah dan komisyen], lebih mementingkan diri sendiri, tamak, haloba, pengkianat bangsa, iri hati, hasad dengki, suka ‘cah geting’ kawan, suka berkelahi sesama sendiri. Degil dan ego untuk menerima wahyu Illahi yang terkandung dalam kitabnya.
Selain itu, sebahagian besar orang Melayu berfikiran cetek tidak seperti orang bukan Melayu. Orang Melayu sukar melakukan perubahan politik. Orang Melayu meghalalkan semua tindakan mungkar UMNO. Bagi orang Melayu, UMNO buat apa pun dia tidak peduli, hendak jual agama, bangsa dan negara ke, juallah, hendak rasuah besar mana pun, rasuahlah, hendak buat apa pun buatlah, tidak pedulikan kepentingan agama, bangsa dan Negara pada masa depan, asalkan mereka dapat makan, dapat buat anak dan merasa selamat. Orang Melayu berada dalam selesa.[Rujuk :http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=4491]
Tetapi bagi orang bukan Melayu, mereka bersatu dalam memperjuangkan sesuatu isu itu demi kepentingan bangsa mereka. Mereka tidak kianat kepada bangsa sendiri, mereka tidak ada penyakit dan tidak ada perasaan phd dalam diri masing-masing. Bantu membantu dan tolong menolong adalah budaya mereka. Mereka berjuang dan bersatu serta bersama dalam semua hal yang membabitkan budaya, pendidikan, ekonomi dan politik mereka. Sebagai contoh, mereka bersatu dan UMNO sebagai kerajaan pening kepala bagi mempertahankan imej SPRM yang didakwa terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik dan Pegawai Khas kepada Ean Yong Hian Wah salah seorang exco kerajaan negeri Selangor, dan Teo juga pernah menjadi pegawai khas kepada MP Petaling Jaya Utara iaitu Tony Pua. Kes ini telah berjalan berbulan-bulan lamanya, ia semakin berbelit-belit tidak nampak tanda-tanda yang ia boleh diselesaikan dalam masa yang terdekat. Kalaulah kes ini melibatkan orang Melayu, sudah lama kes ini selesai dan ditutup fail.
Kita mengharapkan kali ini UMNO akan terkena jerat yang dipasangnya sendiri. Dalam kes rampasan kuasa di Perak, UMNO berjaya melepaskan diri dan mempertahankan kuasa kerana berjaya mempengaruhi dan mempergunakan hakim dan mahkamah untuk menghalalkan tindakan biadap dan kurang ajarnya itu. Dalam kes kematian Teoh ini, kita berdoa dan mengharapkan sangat agar Allah swt membalas segala dosa-dosa yang UMNO pernah lakukan selama ini. Allah tidak mengira sama ada seorang itu muslim atau bukan muslim, kezaliman tetap akan dibalanya di dunia lagi. Soal kepercayaan terserah kepada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan