Jumaat, 29 Januari 2010

Milik siapakah MAHLIGAI ini?


PERCAYAKAH ANDA… sebuah rumah banglow mewah dua tingkat berwarna biru serta dihiasi langskap persekitaran yang menarik ini merupakan rumah seorang pemimpin tertinggi Umno Terengganu.

Wah!! Kaya betul pemimpin tersebut sehingga boleh buat rumah dan ‘Istana’ yang hebat-hebat. Siapa pun pasti akan mengenali pemimpin tersebut.

Awang sedia maklum bahawa pemimpin ini sebenarnya datang dari keluarga miskin dan susah. Ayahandanya seorang ‘penyadak nyior’ (pengait kelapa) yang miskin serba kekurangan tetapi mampu melahirkan seorang anak yang kaya-raya.

Pemimpin Umno tersebut diperingkat bahagian politik merupakan Ketua Umno Bahagian di hujung negeri Terengganu Darul Iman.

Jika diperingkat negeri pula jawatan politiknya agak besar iaitu sebagai orang nombor dua di negeri ‘Darul Runtuh’ ini.

Manakala, jawatan dalam kerajaan dan eklusifnya dia (pemimpin) merupakan Menteri Besar (MB) Terengganu pilihan ‘Istana’ dan bukan pilihan pemimpin bawahan atau pertengahan Umno negeri..

Tiada ulasan: