Jumaat, 29 Januari 2010

BUKU TERBITAN MALAYSIAKINI DIRAMPAS

HANTU AL TUUUNTUUUYA JEMPUT SEMUA DATANG KE DEWAN PERHIMPUNAN CINA ESOK

BUKU ZUNAR TERBITAN MALAYSIA KINI DI RAMPAS

Authorities seize books published by Malaysiakini

The authorities have confiscated two books published by Kinibooks, a subsidiary of Malaysiakini, in separate operations conducted in Malacca and Penang.

The books - '1FunnyMalaysia' and 'Where is Justice?' - were seized from the Popular Book Store at the Melaka Shopping Centre, Malacca today, while an earlier operation was conducted at another branch of the bookstore in Gurney Plaza, Penang on Jan 7.

According to the authorities, the books "could pose a threat to public order, morality, security”. A total of 64 copies of the books were seized in both operations.


KENYATAAN ZUNAR

Polis dan KDN petang tadi merampas buku saya '1 Funny Malaysia' di kedai buku Popular di Penang dan Melaka. Rampasan dibuat di saat buku terbaru "Isu Dalam Kartun" menemui pembaca

**************************************


KENYATAAN AKHBAR ZUNAR - ISU DALAM KARTUN


SAYA dengan ini mengumumkan penerbitan komik "Isu Dalam Kartun (IDK)", sebuah majalah kartun satira yang mengupas isu-isu semasa secara santai.

Seperti "Gedung Kartun" dan "Perak Darul Kartun", IDK sarat dengan karya-karya kartun dengan kritikan pedas terhadap isu seperti kes kehilangan enjit jet, penggunaan perkataan Allah, rasuah, GST, tol dan sebagainya.

Selain itu, dalam keluaran ini saya dan pasukan kartunis mempersembahkan dua cerita satira utama iaitu "Sumpah di Bumi Komisen" dan "Dari PD ke Mongoria".
"Sumpah di Bumi Komisen" adalah sebuah cerita fantasi di negeri antah berantah dibawah pemerintahan Datuk Komis dan isterinya Nek Mah. Datuk Komis dikatakan mempunyai hubungan cinta secara sulit dengan seorang gadis yang berasal dari Ular Batok, Antootuya. Malangnya Antootuya dibunuh di Puncak Segala Alam.

Cerita menjadi gawat apabila negeri itu dilawati hantu jelmaan Antootuya. Kartunis Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad) dan Lan (Azlan Isa) berpadu tenaga merelisasikan lukisan cerita yang memenuhi 29 muka surat ini diatas kertas, sementara skrip digarap oleh saya sendiri dan Ronasina (Apandi Ramli) yang bertindak sebagai Editor.

Manakala "Dari PD ke Mongoria" juga cerita rekaan mengisahkan bagaimana operasi sulit yang dilakukan oleh pemerintah sebuah negeri, Menteri Kecik untuk menyelamatkan sepasang kekasih yang tertangkap basah di sebuah hotel di selatan tanah air. Ia dilukis oleh kartunis Oly (Olihairi Othman).

Kartunis Enot (Zainal Misran) pula mengemukakan tujuh teori dari perspektif beliau sendiri mengenai kehilangan enjit jet dan pihak yang mencurinya. Enot juga meneruskan karyanya bertajuk “Nostalgia 98” yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus.

Kartunis Haili (Nor Halim) pula mengkritik pihak yang mempertahankan perkataan Allah dan dalam masa yang sama melakukan korupsi serta salah guna kuasa. Beliau juga mengulas isu isteri pembesar yang membazir jutaan ringgit untuk membeli-belah diluar negara.

Hishamuddin Rais meneruskan kisah satira popular "Riwayat Jantan Takubin" sementara Rahmat Haron menyambung nukilan bersiri "Bercakap Dengan Puaka." Pyan Habib menyingkap di sebalik tabir kontroversi majalah Gedung Kartun dalam kolumnya “Racau.” Peguam Puspa Ros memberi informasi kesedaran rakyat tentang hak-hak mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya juga suka mengumumkan bahawa "Isu Dalam Kartun" adalah sebuah majalah yang mempunyai permit penerbitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (PP16565/12/2010(026185)).

IDK mempunyai ketebalan 84 muka surat ermasuk kulit dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 15, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com atau berhubung terus dengan pejabat saya 03-22744931.

Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada hari Sabtu 30 Januari jam 5 petang di Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Majlis ini terbuka kepada semua.

ZUNAR


PILIHANRAYA KAMPUS - PRO MAHASISWA MENANG DI UKM

PRO MAHASISWA MENANG DI UKM

PILIHANRAYA UKM KENA KELENTONG

Keputusan yang seharusnya diumumkan selewat lewat jam sembilan
telah ditangguh. Pelajar yakin ada kong kalikong.

Lalu 600 pelajar mengepong pejabat TNC dari jam sembilan malam
hingga berita ini ditulis – jam 2.25 pagi - masih ada 500 pelajar
yang mengepung pejabat TNC . Mereka tidak mahu ditipu.

Pelajar yakin inilah apa yang dikatakan e-undi
e-undi ini ialah kira sampai menang untuk pembodek gerombolan.

FRU dan polis telah dipanggil datang tetapi pelajar berkeras.
Mereka menuntut pimilihan diadakan sekali lagi.

Mahasiswa percaya mereka telah di kelentong.

JAM : 2.28 Pagi

Keputusan diambil esok jam 10.00 pagi
perundingan akan diadakan. Ini adalah cara
kelentong TNC untuk membeli masa.

Pelajar bersurai jam 2.30 pagi


KEMPEN FACEBOOK – KEMENGAN DIBATALKAN - malaysiakini

Tujuh calon pro-mahasiswa di Universiti Putra Malaysia (UPM) dibatalkan kemenangan mereka dalam pilihan raya kampus itu Selasa lalu.

Pembatalan itu susulan mereka didakwa berkempen secara berkumpulan dan menggunakan Internet melalui laman sosial Facebook.

MACAM MACAM CARA NAK MENIPU

MULA MULA TAK BOLEH BERI GAMBAR

KEMUDIAN TAK BOLEH BERKUMPULAN

NANTI AKAN ADA UNDANG UNDANG KEMPEN TAK BOLEH BERCAKAP…

APA NAK JADILAH NEGARA INI

BILA LAH ORANG MELAYU NAK SEDAR

HARTA KEKAYAAN NEGARA SEMUA KENA REMBAT

TINGGAL KERAK KERAK…DAPAT KETUANAN MELAYU

KALAU LAPAR BOLEH DIGULAI MASAK ASAM KE KETUANAN MELAYU NI

nota:
melayu – sepanjang hidup kena tipu
pagi meminta
tengah hari berharap
hidup dengan harapan
mati kering menunggu janji





BILA GEMBIRA UNTUK PEMINAT FILEM ANIME

INI BARU TRANSFORMER


NAJIB LANCAR PELAN HALA TUJU TRANSFORMASI KERAJAAN – beriya hairan

Najib Razak, hari ini melancarkan kerangka penting dalam usaha mentransformasikan kerajaan bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan dasar pentadbiran beliau iaitu "satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) itu adalah langkah penting dalam perjalanan negara untuk mencapai aspirasi Wawasan 2020 bagi mencapai status negara maju.

KEPALA BANA APA MAKNA TRANSORMASI

MAK CIK FELDA TAL FAHAM LAA

MAT REMPIT FAHAM INI FILEM TRANSFORMER

MACAM MANA HALA TUJU TRANSFORMASI KERAJAAN JADI: GTP PULAK

KENAPA TAK JADI HTTK …ATAU HOTTAK KAU

CAKAP NAK MURTABAK KAN ROTI BAHASA MELAYU




KUTTY MENIPU LAGI

KASUT KASUT PUN FIRAUN BAHAM


MELAYU BERPECAH : MADEY SALAHKAN PAS ,PKR – malaysianinsider

Mahathir Mohamad menuding jari ke arah PAS dan PKR — dua komponen Pakatan Rakyat dengan mendakwa kedua-dua parti berkenaan telah memecahbelahkan masyarakat hanya kerana kuasa.

Mahathir berkata adalah satu fakta sejarah Umno merupakan parti politik pertama yang bersatu dan melawan British untuk mempertahankan hak orang Melayu.

Disebabkan kerana perpaduan orang Melayu dalam menyokong Umno menyebabkan British keluar dari Tanah Melayu dan menggugurkan rancangan mereka untuk menubuhkan Malayan Union selepas Perang Dunia Kedua.

MENIPU LAGI

PARTI YANG MULA MULA LAWAN BRITISH BUKAN GEROMBOLAN

JANGAN LAH MENIPU

DULU BOLEH LAAA… ZAMAN TAK ADA INTERNET

SEKARANG SEMUA DAH TERBARAI

nota:
parti melayu yang pertama ditubuh ialah KMM – KESATUAN MELAYU MUDA
di tubuh di kuala lumpur pada tahun 1938 oleh IBRAHIM YACOB
slogan KMM ialah PANJI MELAYU RAYA
KMM ialah gerakan anti imperialis anti british
gerombolan asal hanya ditubuh pada tahun 1946
gerombolan yang ada pada hari ini ditubuh pada 1988
jangan lah nak menipu
itu lah pasal jangan cari bini botak
sampai tua mennyesal badan


WOIT BACA BAWAH INI APA ENTOT ENTOT CAKAP

PEMBACA BERALIH KE INTERNET JIKA MEDIA TRADISIONAL TIDAK BERUBAH – malaysian insider

Para pembaca semestinya akan beralih kepada internet untuk mendapatkan berita sekiranya media tradisional kekal dengan gaya penulisan lama yang menampilkan laporan berdasarkan apa yang dirasakan oleh editor perlu dibaca oleh orang ramai sahaja, atau menjadi alat propaganda semata-mata.

Rais Yatim berkata internet yang mencetuskan satu fenomena perubahan baru di seluruh dunia, membolehkan orang ramai membaca apa sahaja yang ingin dibaca mereka.

SELAMAT JADI KERTAS PEMBUNGKUS…



INI KERJA TAMBY MELAKA

IBU BAPA WAJIB AWAS !


PEMUDA PAS PERSOAL DAFTAR PUTERI UMNO DI SEKOLAH – harakah daily

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempersoalkan kewajaran tindakan Umno Bahagian Segambut dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut yang membuat kempen pendaftaran Puteri Umno kepada pelajar-pelajar sekolah.

Expo Pendidikan Jalinan Mesra 1 Malaysia yang dianjurkan sebenarnya hanyalah gimik pihak sekolah dan Umno Bahagian untuk mengambil kesempatan ke atas pelajar-pelajar sekolah.

DPPWP kesal dengan kecurangan yang ditunjukan oleh pihak Sekolah yang bersekongkol dengan Umno untuk mempolitikan pelajar sekolah. DPPWP mengesa agar pengetua sekolah berkenaan diambil tindakan tatatertib di atas tindakan beliau membenarkan Umno mendaftarkan Pelajarnya sebagai anggota Puteri Umno.

BAGUSLAAA…

MINTA TAMBI KECIK JADI TUKANG REKRUT

LAGI BANYAK DAPAT AHLI

KALAU DAPAT DUA PULUH AHLI

DALAM SEMBILAN BULAN BOLEH JADI EMPAT PULUH AHLI

nota:
ini sudah desprate
nak buat macam mana
anak muda tak nak sokong
kenalah pergi cari di tadika

Tiada ulasan: