Khamis, 28 Januari 2010

“LimGuanEngBlog” :
Siapa yang set-up memang tiada Telur!



Dalam kes Aduka Taruna, beliau telah terlanjur dalam penulisannya dan beliau telah meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Beliau berani menanggung akibat dari kesalahan yang dilakukan.. mmm.. wa salute sama lu Bro!

Tapi berlainan pula dengan pihak yang set-up blog “LimGuanEngBlog”, pihak ini benar-benar telah menunjukkan contoh sebagai seorang pengecut atau tidak ada telur atau bersikap lempar batu sembunyi tangan..

Macam ni punya orang pun ada.. Menggunakan profile orang lain untuk set-up sebuah Blog bagi menyebarkan fitnah..

Sedikit terjemahan..

Satu laporan polis telah dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai sebuah blog yang menggunakan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi menyebarkan posting – posting yang menyentuh sensitivity kaum.

Setiausaha politik Lim Guan Eng, Ng Wei Aik yang membuat laporan telah menggesa pihak polis untuk menyiasat dan menjejaki pihak yang menggunakan profile “LimGuanEngBlog” yang telah menyebarkan fitnah tentang diri Lim Guan Eng dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ng juga telah menyatakan fitnah yang telah dibuat telah bersebaran di beberapa Blog termasuk Blog yang dipunyai oleh ahli UMNO, artikel fitnah ini telah menyentuh sentiment perkauman dan boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Tiada ulasan: