Pembunuhan beramai-ramai kerja UMNO rupanya.. |
"Sudah ramai yang terbunuh.. Model Monggolia, Teoh malah binatang seperti lembu dan babi yang tidak berdosa telah dibunuh untuk menjayakan strategi politik sempit seseorang. Sebelum ini, model Altantuya sudah dibom sehingga berkecai dan mahkamah mensabitkan dua pengawal Najib dengan hukuman mati. Sehari dua ni, penulis pulak yang terbunuh rasanya..
Pembunuhan model Moggolia, Altantuya Sharibu dan penglibatan UMNO tidak boleh dipertikai. Mahkamah sudah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada 2 pengawal Najib. Penganalisis politik UMNO dan rakan baik Najib Razak turut didakwa tetapi akhirnya dibebaskan lalu segera membuat sidang media bahawa dirinya boleh tahu bahawa Najib tak terlibat. Oleh itu, kaitan UMNO ada la jugak memandangkan Najib tu bos UMNO no.1.
Kaitan pembunuhan Teoh dengan UMNO pun ada. Eh..Eh.. Apa kaitannya? Yelah, Teoh tu musuh politik UMNO. Kematian misterinya yang berlaku sehari sebelum majlis perkahwinannya menimbulkan curiga masyarakat. Lepas tu doktor/koroner pakar dari Thailand pula mengesahkan bahawa kemungkinan dibunuh ialah 80%. Kasihann..
Kemudian, berlaku pembunuhan kejam lembu di mana kepala lembu yang sudah mati dibunuh dipijak-pijak oleh ahli UMNO dalam cubaan gagal untuk menimbulkan ketegangan agama.
Rancangan gagal. Terkini, kepala babi dicampak ke dalam masjid termasuk di Petaling. Orang PAS yang kaki masjid sayang dan tidak buat begitu kepada masjid. Pakar mendapati ini kerja orang Melayu kerana babi tersebut merupakan babi hutan. Kalau Cina punya kerja, dia tak perlu susah payah cari babi hutan, dia ambil sajalah babi yang tidak habis dimakannya.. Hmm
Cubaan bakar isu agama oleh UMNO gagal lagi. Tapi, ramainya yang sudah mati. Tapi, kita semua janganlah bimbang sangat. Kalau kita tidak kena bunuh pun, kita akhirnya mati juga. Tapi mati orang yang perjuangkan Islam membawa ke syurga sedangkan mati manusia rasuah yang perjuangkan perut dan nasionalisme/perkauman sempit tempatnya di neraka.
Wassalam
kepada UMNO: kita sama-sama orang Islam, bertaubatlah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan