KUALA LUMPUR 7 September: Harga saham Felda Global Ventures Holdings
(FGVH) Berhad terus mencatat penurunan ke angka RM4.75 menghampiri paras
psikologi RM4.70 petang semalam.
Mengikut
penganalisis pasaran, sekiranya saham tersebut turun ke paras RM4.70,
maka pemegang saham FGVH akan menanggung kerugian.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said
mendakwa harga saham itu akan terus menurun melainkan ada suntikan
modal baru dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Melainkan ada arahan eksekutif untuk membeli saham FGVH, baru akan
ada kenaikan semula harga, jika tidak memang ia akan terus merudum dan
merugikan peneroka.
“Kita dah bagi amaran dulu (kemerosotan harga), FGVH akan menemui
kegagalan sama seperti Amanah Saham Johor (ASJ) dan KUB Malaysia Bhd, ia
tidak bersifat daya saing yang memungkinkan ia mendapat keuntungan
seperti syarikat lain,” jelasnya lagi.
“Menjelang
pilihan raya mungkin akan naik semula, tapi yang pasti peneroka dan
Felda sendiri telah tertipu, Isa Samad dapat berjuta, peneroka dapat
apa?” katanya ketika dihubungi.
FGVH disenaraikan pada 28 Jun lalu dan diapungkan pada harga RM4.55
seunit. Saham itu pernah mencecah RM5.50 pada minggu awal disenaraikan
sebelum terus merudum sehingga ke hari ini.
Seperti yang pernah dilaporkan Keadilan Daily, kesan jangka
panjang jika saham berterusan merudum, peneroka menanggung risiko bakal
kehilangan 850,000 ekar tanah yang telah digadaikan kepada FGVH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan