Khamis, 19 Mei 2011

DSAI: Bersiap sedialah

Pendapat
"Assalamualaikum ....

Mata ini tak dapat nak tidur walaupun dipejam-pejamkan. Susah plak rasanya nak lelapkan mata kali ini. Tak tahu kenapa, tapi apa yang pasti tetiba aku diberi idea oleh Allah yang mencurah-curah yang terpaksa juga aku bangun untuk menulisnya juga disini.

Entahkan benar entahkan tidak, yang penting aku kena tulis juga beberapa fakta yang aku rasa penting malah ianya amat ajaib sekali jika kita renunginya dalam-dalam. Bila kita selidiki halus-halus perkembangan mutakhir ini, maka dapat disimpulkan bahawa kuasa manusia dan kuasa Allah, hanya Allah sahaja yang mampu melenyapkan kuasa manusia yang rakus dan tamak haloba ini. Mengapa tajuk DSAI: Bersiap sedialah diberi nama? Mari kita lihat mengapa DSAI harus bersiap sedia.

Ilham yang aku dapat pada malam ini adalah berkenaan sejarah DSAI dan macamana Allah aturkan perjalanannya sehingga kesaat ini malah mungkin keperingkat yang lebih tinggi lagi insyaAllah.

Semasa beliau diperingkat pelajar sehingga mengetuai ABIM, sinar politik beliau begitu menyerlah. Beliau ini begitu arif dengan permasalahan masyarakat setempat dan hatinya dengan orang kampong amat kuat dan rapat. Gaya percakapan dan perbahasan amat memberi keyakinan kepada sesiap yang mendengarnya. Ketika kemuncak mogok lapar diBaling Kedah pada tahun 70an, dimana DSAI mengepalai kempen tersebut agar kerajaan membela nasib rakyat disana yang kebuluran dan kekurangan makanan. Disebabkan kes tersebutlah, maka DSAI dipenjarakan agar beliau tidak lagi menghasut rakyat melawan kerajaan ketika itu. Disini logik yang pertama yang kita harus ambik perhatian adalah, DSAI telah dipenjarakan. Bermaksud kerajaan mahu matikan watak DSAI dari pentas politik negara bukan? Adakah perancangan mereka berjaya?Fikirkan. .

Setelah dibebaskan daripada penjara, sinar DSAI tetap bergermerlapan malah lebih memancar. Masakan tidak memancar sehingga Dr M sendiri memujuk DSAI kedalam UMNO. Bagi Dr M, dengan memasukkan DSAI kedalam UMNO, ianya akan memanjangkan lagi jangka hayat UMNO dipersada politik negara. Dan ianya terbukti sehingga kini UMNO masih lagi bertahan dalam kerajaan hari ini. Sekira DSAI tidak menerima pelawaan Dr M ketika itu, rasanya kita pada hari ini mungkin diperintah oleh parti yang lebih hebat dari parti yang memerintah sekarang. Walaupun DSAI mengkhianati perjuangan rakan-rakannya diABIM dan PAS ketika itu, sahabat-sahabatnya tetap mendoakan agar DSAI selamat pergi dan selamat kembali.

Didalam UMNO, DSAI mendaki tangga kepuncak begitu cepat dan menakjubkan. Misi perjuangan beliau tidak dapat dibendung oleh sesiapa didalam UMNO itu sendiri. Dengki khianat dan pelbagai ragam didalam parti itu telah ditempoh dengan tenangnya oleh beliau. Sehinggakan beliau berjaya menjawat jawatan pemangku perdana menteri selama beberapa ketika. Ini bermakna hanya menunggu masa sahaja untuk beliau menjadi PM yang sebenar. Tapi Allah Maha berkuasa dan Allah telah tidak izinkan beliau menjadi PM. Hanya Allah sahaja yang mengetahui mengapa Dia lakukan begitu. Mungkin ada hikmah yang lebih menanti dihujung sana.

Sessi untuk mematikan watak DSAI berlaku untuk kali kedua agar beliau tidak berjaya menjadi PM yang ke5. Pelbagai jentera perang dan para pengikut parti berpakat dengan gigihnya agar DSAI tidak benar-benar menjadi PM. Ini kerana mereka percaya bahawa jika DSAI menjadi PM maka habislah periuk nasi mereka yang selama ini mereka ratah dari dapur negara. Mereka mengetahui bahawa DSAI bukan jenis yang leka dengan wang ringgit ini. Maka demi untuk menguburkan kerjaya politik beliau, fitnah berkenaan akhlak dicipta. Dengan fitnah yang menggila iaitu tuduhan meliwat dan pelbagai macam benda buruk dilakukan keatas DSAI. Jika sekali pandang, dengan tuduhan tersebut sudah pasti DSAI boleh berehat dipenjara buat selama-lamanya. Adakah perancangan mereka itu berjaya seperti yang mereka harapakan?Atau Allah telah merancang yang lebih ajaib daripada itu? Pelik tapi logik. . Lihat bagaimana keajaiban kedua ini tetap berlaku. Dengan terpenjaranya DSAI buat kali kedua disebabkan fitnah yang direka itu, maka PR(PKR, DAP dan PAS) mendapat memerintah negeri setiap satu iaitu Selangor untuk PKR, Penang untuk DAP dan Kedah untuk PAS sementara Perak berkongsi bertiga sekali walaupun sekejap. Kelantan tetap kekal ditangan PAS. Pelikkan. Sepatutnya setelah direka bermacam cerita buruk tentang DSAI, maka prestasi PR pasti terbenam. Ini tidak, apa yang mereka rancangkan tetap tidak menjadi malah memberi lagi kelebihan kepada DSAI menyinar diarena politik negara.

Sekarang, DSAI diaibkan lagi. kali ini memang lagi gila dibuatnya. Belum habis kes liwat, mari plak kes video seks. Puak-puak yang mereka cipta fitnah ini pasti berpuas hati kerana DSAI pasti akan terjerat dan akhirnya berkubur dengan PR nya pada kali ini. Mereka masih tidak nampak bagaimana Allah susun perancanganNya sehingga berjaya menafikan 2/3 kuasa UMNO diparlimen disebabkan fitnah mereka yang tidak menjadi. Cuma kali ini apa yang tergerak dihati kecil ini ialah jika DSAI dipenjara buat kali ketiga disebabkan fitnah yang direka ini, maka bersiap sedialah untuk menerima keajaiban yang ketiga yang mana kita semua nantikan selama ini. Daripada sebuah negeri iaitu kelantan, kini menjadi 4 negeri tidak termasuk PErak yang dirampas secara pintu belakang, dan juga KL yang dikuasai PR 90%, Negeri sembilan yang tidak mendapat 2/3 kerusi oleh BN. Hanya ayat 'BERSIAP SEDIALAH' untuk kemungkinan keajaiban yang ketiga ini berlaku, InsyaAllah.

Mereka merancang dengan liciknya dan tanpa jemunya, Allah juga merancang dengan KuasaNya. . Semakin dicerca hamba Allah itu semakin bersinar jalan kejayaan nya. . Mana tau mungkin negara kita akan mendapat seseorang yang menjadi PM dengan hanya keluar dari penjara seperti terjadi pada Nelson Mandela diAfrika Selatan.

Walluaklam.

Re: DSAI: Bersiap sedialah
by ujungdunia on Wednesday, May 18 @ 18:28:06 PDT

DSAI ini begitu arif dengan permasalahan masyarakat setempat dan hatinya dengan orang kampong amat kuat dan rapat. Gaya percakapan dan perbahasan amat memberi keyakinan kepada sesiapa yang mendengarnya

Lawan tetap Lawan.




Re: DSAI: Bersiap sedialah
by green14 on Wednesday, May 18 @ 18:49:18 PDT

Gua menghormati semangat juang yg begitu tinggi.



Re: DSAI: Bersiap sedialah
by ahliperihatin on Wednesday, May 18 @ 19:03:14 PDT

Kalau mengikut logik akal sudah lama DSAI menjadi arwah tetapi ALLAH masih belum mengizinkan iya nya berlaku

Pertama: Kipas halikopter tercabut.

Kedua: Halikopter yang sepatut nya di guna oleh DSAI terpaksa di guna oleh pemilik kerana kematian ibu nya di Terengganu. Akhir nya halikopter tersebut terhempas di Janda Baik dan meragut nyawa si pemilik. Terbukti bahawa halikopter tersebut di sabotage dan ALLAH melindunggi DSAI dari menjadi mangsa.

Ketiga: Tyre kereta Mec yang kerap di gunakan oleh DSAI tercabut semasa dalam perjalanan di lebuh-raya Utara-Selatan. Tujuan mungkin untuk membunuh DSAI tetapi insan tersebut tiada di dalam kereta.

Manusia UMNO yang bersifat iblis laknatullahakan pasti akan terus berusaha untuk "MEMBUNUH" DSAI ada kemungkinan nya. Lihat saja perbicaraan kes liwat II pelbagai keraguan telah berjaya di ketengahkan oleh pehak pembela, semua nya di tolak tepi oleh Hakim yang kelihatan tidak "BERIMAN" kepada ALLAH tetapi "BERIMAN" kepada segelintir manusia yang berperanggai lebih buas dari binatang. Untuk si hakim, mengapa tidak di jadikan iktibar cara kematian Mokhtar Abdullah. Ingat, siksaan yang maha pedih telah ALLAH sediakan sekira nya kamu masik nak menegak kan benang yang sebenar nya sudah lencun, bukan basah.

Semalam semasa di kedai gunting rambut, "KES DSAI" menjadi topik perbualan. Mungkin kerana geram dengan sang penguasa yang zalim, salah seorang yang berada di kedai tersebut bersuara dengan nada geram, "Kalau benci sangat dengan DSAI, mengapa Najib tidak perintahkan saja para pahlawan beliau untuk meletupkan saja DSAI se isi keluarga sebaik mengetahui mereka semua berada di dalam rumah.

Edaran video lucah di masjid masjid juga menjadi topik. "Apa jenis manusia yang sanggup mengedarkan video video tersebut, mereka tak ingat mati ke?" keluhan seseorang.

"Kalau sudah di mesjid pun mereka sanggup, apa kata kita suruh puak puak UMNO membekal kan T.V dan C.D player ke setiap masjid di seluruh Negara. Main kan cd porno sebagai ganti khutubah" salah seorang yang ada mencelah.

Perbulan kami terhenti sebaik saja seorang persara yang seusia dengan dukun Maha-Thir. Beliau mempunyai darah yang berkarat biru, tetapi lupa kerana sehingga kini masih menumpang di tanah orang, ke hulu ke hilir dengan basikal buruk. Sebaik saja beliau masuk beliau bersuara, "Hey kamu semua tak pergi melawat DSAI ke? kelihatan dia dalam kesusahan" Sebaik saja mendengar perkatan tersebut saya pun beredar sambil berkata di dalam hati, "Dah tua dan merempat pun masih tidak mahu mencari kebenaran, mungkin masih ramai lagi spesisi sedemikian di dalam UMNO, mereka lupa akan balasan untuk mereka yang setia bersekongkol dengan penguasa yang zalim"




Re: DSAI: Bersiap sedialah
by kawan_tranung on Wednesday, May 18 @ 19:39:58 PDT

melayu cerdik tak mungkin sokong umnok



Re: DSAI: Bersiap sedialah
by indraputra80 on Wednesday, May 18 @ 19:54:15 PDT

Gua cuma teringat ustaz bagi tazkirah selepas Asar beberapa hari yg.lalu.

Katanya di hari perhitungan di hadapan Allah smua org.akan di tanya apa yg.di lakukan walaupun semasa hidup nya dia saorang penderma yg.baik lagi beriman.

Tetapi ada sesaorang yg.tidak di tanya maksudnya melepasi dari soalan soalan itu, kerana di dunia dia di hina di aibkan atas ketaqwan dan keimanan nya dgn Allah.

Mungkin apa yg.berlaku pada Anwar sebahagian dari apa yg.di gambarkan dlm cerita itu.

Wallahua'lam




Re: DSAI: Bersiap sedialah
by manskrew on Wednesday, May 18 @ 20:17:16 PDT

perghh....kupasan yg jauh merentasi pemikiran kebanyakkan...moga menjadi kenyataan dikemudian hari...

Tiada ulasan: