Selasa, 9 Februari 2010

SERAM TAPI LAWAK - LAWAK TAPI SERAM

PAGI INI DI MAHKAMAH JALAN DUTA


LAWAK SERAM
SAMM TERBIT BUKU HIDUPKAN MISTERI PEMBUNUHAN ALTANTUYA - malaysianinsider

Buku berjudul “Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya” — wanita Mongolia Altantuya Shariibuu yang dibunuh kira-kira empat tahun lalu secara senyap-senyap — mula diedarkan di seluruh negara.

Ianya diedarkan menerusi pos atas pendekatan kenalan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) , sebuah gerakan muda bukan berstruktur yang menghimpunkan anak-anak muda Malaysia dari pelbagai latar, yang percaya akan keperluan bangkit dengan keberanian dan sepenuh daya mendesak perubahan.

INI BUKU LAWAK KE… BUKU SERAM

INI MESTI BUKU LAWAK SERAM

nota:
buku wajib untuk alaf ini
buku untuk kajian semua anak muda yang tak mahu jadi kang kong
sapa nak jadi kang kong jangan beli
sapa nak dilihat cool sila beli
kalau nak beli sila pukul talipon sampai bengkok

017 – 668 - 84- 04




BAKAL PM MALAYSIA

AWAS ! JAUH KAN KANAK KANAK


KU LI : UMNO BOLEH PECAT SAYA JIKA MAHU – malaysianinsider

Tengku Razaleigh Hamzah berkata Umno berhak untuk memecat beliau jika berhasrat untuk berbuat demikian berhubung pendiriannya dalam isu pertikaian Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak.

“Mereka mempunyai segala hak untuk memutuskan apa yang mereka mahukan. Jika mereka minta saya keluar, saya akan keluar.”

INI BARU BETUL.. CAKAP MACAM PAHLAWAN

GEROMBOLAN JADI TAKUT

INI CAKAP DARI BAKAL PERDANA MENTERI

KALAU FIRAUAN TAK TIPU… KU LI TELAH MENJADI PM MALAYSIA

LAMPU PANDAM... UNDI HILANG

MACAM SELALU DENGAR

MACAM KES PILIHARAYA DI UKM


JANGAN HINA PAK PANDIR DAN MAK ANDEH

JANGAN SIMPAN OTAK DALAM DAUN KELAPA - JAMIN JADI PANDIR


ZULKIFLI NORDIN : SAYA BUKAN TALIBAN – malaysianinsider

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang kali kedua dihadapkan kepada lembaga disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 2008 mempertahankan dirinya dengan berkata, beliau bukan seorang “Taliban” ataupun “ekstremis” sebagaimana dilabelkan sesetengah pihak.

“Tidak, tidak. Saya bukan Taliban... tetapi jika ada yang menganggap saya begitu, apa saya boleh buat?” kata beliau membuka perbualan dalam temu bual bersama The Malaysian Insider di pejabatnya di sini petang semalam

JANGAN LAAAA HINA TALIBAN

TALIBAN ANGKAT SENJATA LAWAN AMERIKA


TALIBAN PERTAHANKAN NEGARA DARI SERANGA IMPERIALIS


INI TALIRAFIA PUN TAK ADA STANDARD.


MALAON INI PAK PANDIR

nota:
sila lihat sejarahnya
lebih ibrahim ali dari katak katak
pernah bertanding timbalan ketua pemuda gerombolan
pernah jadi timbalan ketua pas di bandar tun razak

malaon ini bukan taliban ini
malaon ini sedang meraban




KENA TIPU - PADAN MUKA

AIR JOHOR KENA JUAL - NEGERI JATUH MUFLIS


MUFLIS 2012 : PAS MOHON SULTAN JOHOR CAMPURTANGAN – harakah daily

PAS mahu Sultan Johor ,Tunku Ibrahim Ismail campurtangan ekoran kedudukan kewangan kerajaan negeri itu yang didakwa sangat lemah sehingga dijangka membawa kepada muflis pada tahun 2012.


Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Zulkifli Ahmad mendedahkan, bagi tempoh tiga tahun berturut-turut negeri itu mengalami defesit sebanyak RM2.04 juta (bajet 2008), RM2.746 juta (bajet 2009) dan RM1.5 juta (bajet 2010).

Dalam masa yang sama katanya, hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan meningkat 20.6 peratus daripada RM841.13 juta pada 2007 kepada RM1,010 juta atau RM1.01 bilion pada 2008.

"Menurut laporan Ketua Audit Negara 2008, kecairan tunai (Liquidity Ratio) kerajaan Johor adalah rendah kerana jumlah aset semasa hanyalah berjumlah RM201.53 juta (Tunai RM36.37 juta dan pelaburan RM165.16 juta) berbanding tanggungan semasa yang berjumlah RM943.54 juta.

"Dengan kata lain, jumlah aset semasa tidak dapat menampung jumlah tanggungan semasa.Sebagai perbandingan jumlah aset semasa negeri Johor adalah RM1,424.66 juta manakala Pulau Pinang adalah RM1,025.89 juta,"katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini pagi ta

PADAN MUKA ORANG JOHOR

BIAR MEREKA RASAKAN

BAGI MEREKA CEMBURU… SELANGOR DAPAT AIR PERCUMA

BAGI MEREKA JELES… SELANGOR DAPAT 2000 RINGGIT TIAP SATU KELUARGA YANG WARGA EMAS MENINGGAL DUNIA

JOHOR KENA TIPU… JUAL AIR MURAH PADA SINGAPURA… KEMUDIAN BELI AIR YANG SAMA BERGANDA GANDA MAHAL



KONTRAK BUKAN UNTUK KRONI

KEPALA KRONI DAPAT BUNGA DARI EEE KRONI
KONTREKTOR MELAYU DAPAT 44 KONTREK RM68 JUTA - malaysiakini

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata daripada 66 projek kerajaan Pulau Pinang dalam tempoh dua tahun lepas, 44 daripadanya bernilai RM68 juta diberikan kepada kontraktor Melayu.

Projek-projek itu adalah berkaitan dengan kerja pemasangan paip oleh Perbadanan Bekalan Air (PBA), katanya kepada pemberita hari ini.

Lim juga berkata sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan projek oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) juga diberikan kepada kontraktor Melayu.

INI BERITA PELIK.

DULU YANG DAPAT PROJEK SEMUA KRONI.

SEKARANG SIAPA BUAT KERJA... DIA DAPAT KONTREK.

ERTINYA KONTREKTOR BUMI DI PULAU PINANG HEBAT.

MEREKA BUKAN KRONI... MEREKA DAPAT TENDER TERBUKA.

nota:
buat kerja betul-betul
jamin projek tak terbengkalai
buat kerja betul-betul
jamin syarikat tak mati ibrahim ali

Tiada ulasan: