Sabtu, 13 Februari 2010

Jangan Jadi Besi Buruk Sudah Kapal Selam Tuu

Operasi Scorpene tidak terjejas


INILAH model sistem air dan udara bertekanan tinggi untuk mengepam air pada kapal selam. - Gambar hiasan

Kerajaan memberi jaminan operasi kapal selam KD Tunku Abdul Rahman tidak terjejas dalam jangka masa panjang meskipun ia kini menghadapi masalah mekanikal yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan yang dijalankan mendapati kerosakan kecil itu hanya melibatkan bahagian yang menyalurkan air keluar masuk bagi membolehkan Scorpene menyelam.

Beliau berkata, pihak pembekal peralatan tersebut sudah pun menghantar kakitangan mereka untuk memperbaiki kerosakan kapal selam itu yang masih dalam tempoh jaminan.

"Apabila sudah dibaik pulih nanti, kapal selam pertama negara ini akan boleh beroperasi seperti biasa," katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Markas 3 Divisyen Kem Terendak di sini semalam.

Tiada ulasan: