LETAK JAWATAN TIDAK CUKUP - GUNAKAN AKTA HASUTAN |
Kemarahan pelbagai pihak terhadap Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar (GAMBAR) tidak berhenti walaupun beliau telah diminta meletakkan jawatan oleh bosnya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat berkata, kerosakan telah dibuat oleh Nasir dan diambil tindakan disiplin termasuk menggunakan Akta Hasutan. "Apa yang sangat dikesalkan lagi adalah kenyataan ini dibuat dalam majlis anjuran JASA tentang konsep 1Malaysia," kata Ong Tee Kiat. Pengerusi Biro Perhubungan MCA, Datuk Ti Lian Ker juga mendesak agar Nasir disiasat di bawah Akta Hasutan dan diambil tindakan sebagaimana rakyat biasa yang lain. Di JERANTUT, pemimpin Pakatan Rakyat Jerantut membuat laporan polis berhubung kenyataan Nasir itu. Yang Dipertua PAS kawasan, Dr Hamzah Jaafar yang selesai membuat laporan di Balai Polis di sini, mahu kerajaan mengambil tindakan serius dengan menggunakan peruntukan undang-undang yang ada bagi mencegah mana-mana pihak daripada mengeluarkan kenyataan berbau perkauman yang boleh membahayakan keselamatan dan ketenteraman awam. “Kami memohon suatu langkah yang pro aktif dibuat bagi membendung sebarang unsur berbau hasutan dan perkauman dicegah dan diambil tindakan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam. "Kami menuntut pihak polis melakukan penyiasatan dan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan atau mana-mana peruntukan undang-undang supaya perbuatan sedemikian tidak lagi berulang,” katanya. Pengerusi Kelan Penyokong PAS Kaum India Pahang Balasubramaniam a/l Nachippan kesal dengan kenyataan itu dan mahu tindakan keras diambil. “Kenyataan yang datang dari Pegawai Khas Perdana Menteri itu tidak boleh diterima. Tak cukup dengan minta maaf atau letak jawatan. Itu tak berkesan. Dia boleh diberi jawatan lain, kita mahu pengajaran yang keras terhadap penghasut perkauman,” katanya. Turut hadir dalam membuat laporan polis itu ialah pimpinan PAS kawasan, ahli kelab penyokong PAS dan pimpinan DAP Jerantut. |
Rabu, 3 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan