Khamis, 4 Februari 2010

GEMPA AKAN MELANGGAR MAHKAMAH

INI HASIL LAWATAN YANG DAHULU


DESAKAN HERET NAJIB DAN ROSMAH BERGEMA DI MAHKAMAH – harakah daily

Desakan Najib Razak dan Rosmah Mansor dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah bergema di perkarangan mahkamah Jalan Duta di hari pertama Anwar dibicarakan.

Desakan ini dibuat oleh Anwar melalui permohonan sapinanya dan dilaungkan oleh para penyokong beliau yang memenuhi ruang perkarangan mahkamah itu.

Kedua-duanya didakwa menjadi dalang kepada dakwaan terhadap Anwar dan segala keterangan yang dibuat oleh bekas pegawai peribadi Anwar, Saiful Bukhari adalah dari mereka.

Najib pada awalnya menafikan bertemu dengan Saiful namun kemudiannya mengaku Saiful datang bertemu beliau untuk mendapatkan biasiswa.

"Dalam mahkamah, Saiful berkata beliau bukanlah orang yang cerdik sebab itu dia tidak lulus dalam pelajaran di universiti dan akhirnya keluar.

"Adakah ini orangnya yang hendak diberikan biasiswa oleh Najib. Ini persoalan yang mesti diterangkan oleh Najib dan Rosmah di mahkamah," kata Samsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda PKR, di perkarangan mahkamah selepas perbicaraan hari pertama.

AWAS ! JABATAN KERJA RAYA WAJIB BERSEDIA..

TUKANG BESI MESTI DI CARI SEKARANG..

PASAK DAN PAKU... KUAT KAN DINDING..

KALAU TIDAK ROBOH MAHKAMAH NANTI..




SATU KES ORANG BANGANG

APA LAGI NAK CAKAP - BAIK MENGAKU !


HAKIKAT ORANG KANAN NAJIB TAK SETUJU SATU MALAYSIA – harakah daily

Najib Razak terpaksa menerima hakikat bahawa orang kanannya sendiri pun tidak memahami atau bersetuju dengan konsep satu Malaysia yang diwar-warkannya sendiri, apatah lagi seluruh jentera pelaksana dan barisan pimpinan BN.


Ini ekoran kenyataan rasis Nasir Safar, pegawai khas Najib yang merupakan tanda kegagalan konsep dan pelaksanaan projek satu Malaysia yang telah menelan berjuta-juta ringgit duit rakyat.

Ketua Penerangan Selangor PKR Selangor, Dr Tan Yee Kiew berkata, kenyataan Nasir itu menunjukkan kegagalan pucuk pimpinan Barisan Nasional, khususnya Najib sendiri dalam menterjemahkan konsep satu Malaysia ke dalam realiti masyarakat majmuk Malaysia.

“ Satu Malaysia di dalam papan iklan, siaran radio dan televisyen, program indoktrinasi seperti seminar dan forum, dan papan tanda klinik kesihatan lebih bersifat kepentingan hiasan tingkap yang menghabiskan wang rakyat, dan bukannya kepentingan rakyat secara keseluruhan,” ujarnya.

INI KES MALAON BANGANG..

BUKAN MALAON INI SORANG SAJE TAK FAHAM.

SATU MALAYSIA PUN TAK FAHAM.

BENDA KE JADAHNYA SATU MALAYSIA INI ?.

APA YANG SATU DAN APA YANG MALAYSIA....TAK ADA SAPA FAHAM.

SATU BANGANG ADALAH.




DUA KALI LIMA - BANGANG

MACAM MANA NAK DITOLONG - SUDAH BANGANG !


PEMUDA MIC ,MCA GESA NASIR SAFAR DITHAN ISA – berita hairanhan

Pergerakan Pemuda MIC dan Pemuda MCA menggesa kerajaaan supaya menahan Nasir Safar dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan memohon maaf secara terbuka diatas kenyataan beliau berunsur perkauman.

DUA KALI BANGANG..

MALAON RASIS INI TERBUKTI BANGANG..

YANG MENUNTUT ISA INI JUGA SAMA BANGANG..

PATUT LAH BANGANG BANGANG INI DUDUK SEBAKUL.

BIAR BANGANG-BANGANG INI PUKUL MEMUKUL.




KANG KONG MENAYANGKAN KONG KANG

HADIAH AKEDEMI KONG KANG UNTUK KANG KONG



LANGGAR INJUKSI ,NAIB CANSELOR UUM DIDENDA – malaysiakini

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Nordin Kardi hari ini dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau sebulan penjara selepas didapati bersalah menghina mahkamah apabila gagal melaksanakan satu perintah injunksi yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di Alor Setar, Julai lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zamani Abdul Rahim yang membuat keputusan itu dalam kamarnya menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap Nordin (kiri), atau sebulan penjara jika gagal menjelaskan jumlah itu dalam tempoh dua minggu mulai hari ini.

INI TERBUKTI KEKANGKONGAN KANG KONG INI.

PATUT KANG KONG INI PERGI MAHKAMAH...MINTA MAAF.

nota:
ini ayat yang perlu dilafazkan di mahkamah:

saya sebagai seekor kang kong saya bercakap kang kong
tidak ada yang tidak kang kong melainkan sekang kong
kang kong nya kang kong lah saya ini
.



DARI JALAN DUTA

HANYA SATU YANG COOL

BICARA SAMBUNG ESOK PAGI

Hakim menangguhkan perbicaraan
ke esok pagi jam 9.30 sesudah
ke tandas dan minum pagi.

Perbicaraan esok tertutup kerana
malu laa nak cakap kah kah.

HARI INI DALAM SEJARAH

Mamat : Boleh I faq you ke ?

Dol : Faq ni apa?

Hakim : Ini mesin hatar surat yang ada gambar ke?

Mamat : Bukan?

Hakim : Tu... apa faq?

Mamat : Laaa tak kan faq tak tahu..

Hakim : Apa dia?

Mamat : Tak tak ada komputer ke ?

Dol : Ada

Hakim : Jangan play play

Mamat : FAQ ialah frequently asked questions.

Hakim : Bicara tangguh. Esok orang lain tak boleh datang. Nanti malu I komputer pun I tak tahu

Tiada ulasan: