Dalam soal seks, kelihatannya Perdana Menteri Najib Razak dan parti UMNOnya tidak puas. Sebaik sejurus pembentangan Bajet 2012 Najib, bloger-bloger UMNO sudah mengeluarkan satu lagi klip seks, kali ini mengaitkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam video di ‘hotel’ baru.
“UMNO-BN cuba untuk menyorokkan salah-tadbir ekonomi, salah guna kuasa dan korupsinya dengan mengeluarkan video-video seks palsu. Video-video ini dikeluarkan secara berperingkat oleh sebuah laman web yang berkait dengan UMNO yang penuh dengan penganiayaan terhadap pihak pembangkang,” kata Naib Presiden PKR N Surendran kepada Malsaysia Chronicle.
“Semasa kekecohan video seks ‘Datuk T’, adalah mengejutkan bila dilihat cara-cara tersusun penggunaan kenyataan-kenyataan umum yang dikeluarkan oleh trio Datuk T, pemimpin-pemimpin tinggi UMNO dan pimpinan pihak polis. Ianya dalah seperti usaha rapi untuk menghancurkan kerjaya politi Anwar Ibrahim dan menghentikan perarakan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.”
Menurut The Star, klip sepanjang 2.25 minit berjudul ‘One Night in Bangkok’ atau ‘Round Two’ itu dimuat naik pada hari Isnin. Video itu katanya dirakam di Bangkok pada 13 Januari tahun ini.
Fetish Bangkok UMNO
Seperti kata Surendran, klip itu dijumpai di laman web UMNO yang biasa www.papagomo.com, stopthelies.my dan juga www.parpukari.blogspot.com. Bloger-bloger itu juga bertanyakan di mana Anwar berada pada 12 dan 13 Januari.
Mereka juga menyertakan perincian penerbangan MAS KLIA-Bangkok MH 782 yang meninggalkan KLIA pada 3.15pm pada 12 Januari; dan MH 785 yang meninggalkan Bangkok pada 11.05am hari seterusnya. Tetapi tidak seperti video sensasi trio Datuk T pada Februari itu yang menunjukkan orang yang mirip dengan Anwar melakukan seks dengan seorang pelacur, klip terakhir ini tidak mengandungi adegan seks.
Tetapi, menurut salah satu bloger tersebut Round Two akan keluar tidak lama lagi. Dan sudah pasti, minat ramai terhadap video itu adalah kandungan pornografiknya.
Kebanyakan rakyat Malaysia sudah mengambil keputusan sama ada Anwar atau Najib yang bersalah. Video Datuk T itu sudah makan tuan, mengakibatkan populariti Najib jatuh mendadak kepada 59% pada bulan Ogos berbanding 65% pada bulan Mei. Malah lagi, Najib sendiri terlibat dengan skandal yang melibatkan hubungannya dengan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Ketidak percayaan yang tidak dapat dibendung
Malahan dengan perbicaraan Sodomi II di mana Najib dan isterinya Rosmah telah dituduh memalsukannya untuk mematikan kerjaya politik Anwar, ramai rakyat Malaysia percaya dengan keterangan pakar dari Belanda, Dr Thomas Hoogland. Thomas berkata Anwar mempunyai pergerakan belakang dan pinggul yang terhad, that tidak mungkin beliau boleh meliwat penuduh.
Sementara itu pula, Najib dan Rosmah menimbulkan syak wasangka daripada rakyat apabila mereka tidak mahu menjadi saksi teradap Anwar, membuang rasa kesedaran sivik dan tanggungjawab ke tepi kerana takut berhadapan dengan peguam-peguam bela Anwar. Akibatnya adalah mereka berdua kelihatan bersalah seperti yang dikatakan Anwar.
Wajarlah kenapa apabila Najib membentangkan Belanjawan 2012nya itu, rakyat tidak teruja.
“Bukan satu kebetulan apabila klip video ini muncul sewaktu Perdana Menteri Najib Tun Razak dan kerajaannya berusaha keras untuk mempertahankan Bajet 2012. Cadangan belanjawan kerajaan itu dikatakan lemah dan berdasarkan perkembangan ekonomi yang terlalu optimistik,” kata Surendran.
“Belanjawan itu tidak menyentuh pun soal ketidak seimbangan ekonomi, dan imbuhan-imbuhan adalah janji-janji yang tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan rasa senang semasa pilihan raya umum ke-13 nanti. Penganalisis dan pengamat ekonomi telah menghentam belanjawan itu, dan rakyat sangat berduka cita.
Kerajaan harus tarik balik dan mengubah cadangan belanjawannya itu, dan tidak cuba mengalihkan pandangan rakyat dengan mengeluarkan video-video seks palsu.”
- Malaysia Chronicle
Kegagalan dan kelemahan Bajet 2012:
Memburu satu gambaran yang sesuai tentang belanjawan yang dibentang Najib tempoh hari, kita akhirnya akur dengan ‘kerja bodoh’. Tiada seseorang pun di dalam Kementerian Kewangan yang sarat dengan pekerja, mahupun pemimpin mereka yang gagal, ambil peduli berfikir tentang cabaran getir yang melanda negara ini. Dengan penuh api kemarahan, Najib dengan selamba menamakan belanjawan itu sebuah transformasi negara, dengan beberapa pengecualian.
Pekerjaan
- Bagaimanakah belanjawan ini dapat melahirkan pekerjaan baru?
- Berapakah jumlah pekerjaan yang bakal diberikan?
- Apakah pekerjaan ini terletak di dalam sektor gaji tinggi?
- Apakah pekerjaan yang dilahirkan ini hanya untuk pekerjaan dari negara luar?
Pengindustrian
- Apakah bentuk industri baru yang akan kerajaan galakkan di Malaysia?
- Apakah bentuk insentif dan faedah yang ditawarkan kepada industri-industri ini?
Alam sekitar
- Apakah inisiatif (yang didukung dioleh Belanjawan) kerajaan dalam usaha melindungi alam sekitar?
- Apakah bentuk pelaburan yang akan kerajaan lakukan untuk mempromosi teknologi hijau dan industri berkaitan?
Golongan miskin
- Golongan miskin memerlukan pekerjaan yang bergaji tinggi dan diberikan pelatihan, bukan pekerjaan ‘pakai-buang’ dan pembahagian faedah yang tidak sama rata. Malang sekali kerajaan memperlakukan golongan miskin seperti peminta sedekah. Kita secara tak langsung kembali ke zaman jahil dan Najib melambung syiling di depan rakyat jelata dalam menentukan nasib mereka.
- Apakah rancangan kerajaan dalam meningkatkan kuasa seunit rumah yang berpendapatan bawah RM3,000?
Harga meningkat
- Harga barang makanan dan barang utama lain meningkat dari hari ke hari. Peningkatan ini berlaku lebih dari apa yang dijamin oleh kerajaan. Ini merupakan isu utama yang membebankan rakyat jelata. Isu ini akan menjadi lebih teruk, kerana kerajaan merancang untuk menerus bukan meningkatkan subsidi barang untuk meringankan beban rakyat.
- Apakah rancangan kerajaan membanteras kenaikan harga barang?
- Bagaimankah kerajaan merancang untuk menurunkan harga barang dan barang utama?
Golongan kurang upaya
- Tiada langkah-langkah kukuh disediakan untuk golongan kurang upaya. Kerajaan sepertinya tidak langusng menghiraukan golongan ini baik dari secara objektif mahupun kehendak membantu golongan kurang bernasib baik ini. Kami mencadangkan polisi 100% pekerjaan kepada semua golongan kurang upaya yang mampu bekerja. Kita punya banyak syarikat berkaitan kerajaan yang boleh menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.
Pekerja sektor perhubungan awam
- Pekerja sektor perhubungan awam akan diberikan imbuhan gaji setengah bulan, ganjaran sekadar cukup makan. Pihak kerajaan yang mana pengurusan ekonominya yang buruk tidak mampu menghadiahkan para pekerja ini dengan bonus yang setimpal. Apa sahaja duit yang tidak sempat disedut keluar, hilang melalui korupsi.
Pada akhirnya, rakyat jelatalah yang menjadi mangsa keadaan ini. Walaupun ada orang beranggapan ada beberapa perkara yang akan tertunai dalam tempoh singkat, perkara ini akan menyebabkan mereka terlopong mulut nanti. Sebagai contoh, sesiapa pekerja sektor perhubungan awam yang menerima bonus RM500 seperti yang dijanjian akan merasa tertekan apabila kuasa membeli semakin dirasai kerana kadar inflasi yang meningkat.
Apa yang jelas dari belanjawan ini ialah kerajaan BN sudah kalah dan terdesak. Mereka tidak mempunyai satu pun cara memperbaiki ekonomi negara yang semakin merudum. Mereka-mereka ini cuba menaikkan syahwat diri sendiri dalam minit-minit terakhir perjuangan.
Kemungkinannya, Najib dikelilingi beberapa pemikir jangka pendek yang tidak melihat melepasi jangka waktu pemerintahannya sahaj; tapi rakyat Malaysia perlu melihat jangka panjang yang BN akan terus merobek kantung ekonomi negara sekiranya mereka terus dibenarkan bernafas lagi mentadbir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan