"AMAN dunia bila Osama telah mati", itulah kata Najib di dalam mengulas isu kematian Osama Ben Laden seperti yang dilaporkan.
Najib berkata demikian berasaskan bahawa Osama adalah pengganas dunia seperti juga ada dakwaan mengatakan Najib juga pernah mengecop Ulamak Muktabar As Syeikh Yusoff Qardhawi sebagai tokoh yang menggalakkan kegaganasan.
Ertinya, jika As Syeikh Yusoff Qadhawi meninggal dunia nanti, tentulah Najib akan merasa gembira sepertimana gembiranya beliau mendengar kematian Osama Ben Laden. Memang benar, apabila seseorang itu terbukti memang pengganas kematiannya memang menggembirakan mereka yang impikan keamanan dan kesejahteraan. Adakah Osama Ben Laden sememangnya pengganas apabila bermusuh dengan Amarika dan sekutu Yahudi dan Israel itu?
Di negara kita, rakyat juga akan turut bergembira dan berharap agar pengganas yang ada di negara ini cepat mati atau lenyap dari bumi Malaysia tercinta ini. Siapakah mereka? Mereka adalah yang zalim, yang mengekalkan pemerintahan zalim seperti Akta ISA. Pengganas di negara kita sedang diburu oleh rakyat iaitu dalang di sebalik pembunuh kejam Altantuya.
Kita tidak tahu siapa, tetapi yang pasti orang yang terlibat mengarahkan Altantuya dibunuh mesti masih hidup. Kita cuma tahu pembunuh Altantuya, tetapi kita tidak tahu mengapa Altantuya dibunuh dengan kejam iaitu menggunakan bom C4 dan siapa yang mengarahkan mereka untukl berlaku kejam ke atas Altantuya. Adakah pengganas ini terlepas jika telah bersumpah laknat?
Justeru itu, keganasan tidak kira siapa mereka dan ugama apa sekalipun wajib kita tentang. Jika Osama Ben Laden dikatakan pengganas, kita jangan lupa di negara kita mungkin ada yang lebih zalim dan kejam tetapi masih berpura-pura seperti `Malaikat'. Kita boleh tahu siapa pengganas ini, setelah kita ditakdirkan berkuasa di Putrajaya dan ketika itu baru rakyat tahu pengganas sebenar di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan