Selasa, 3 Mei 2011

Hari Pekerja vs Hari Mengerjakan Orang?

KETIKA Robengah sedang bekerja di rumah Menteri Kabinet Malaysia, Datuk Rais Yatim, beliau kononnya telah dikerjakan ‘Rais’ secukupnya, namun nasib Sabahkini.net yang mendedahkan kes jenayah di bawah Seksyen 376 hampir sinonim dengan Lim Guan Eng yang dipenjarakan kerana membela gadis 15 tahun yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Melaka ketika itu.


Robengah adalah salah seorang daripada ratusan ribu warganegara Indonesia yang bekerja secara sah di negara ini yang menjadi mangsa penderaan seks majikan, namun kesnya istimewa kerana yang didakwa melakukannya adalah Menteri Kabinet atau VVIP.

Kesinambungan daripada itu, hidup Robengah bagaikan terpenjara kerana kebebasannya terkawal sekalipun telah kembali ke kampung halaman kerana sentiasa menjadi buruan media; sedangkan polis Malaysia masih terpinga-pinga dengan laporan yang dibuat oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 5 Januari 2011; berbanding dengan tindakan mereka memburu pengendali portal Malaysia-Today untuk mendapatkan keterangannya.

Jika polis menjalankan tugas, mereka sewajarnya memanggil Robengah ke Kedutaan Malaysia di Jakarta untuk merakamkan keterangan bersumpahnya dan jika benar Rais Yatim yang merogolnya; tidak kira baru atau lama, harus didakwa di mahkamah.

Namun polis Malaysia sejak zaman Tun Haniff Omar, memang suka mengerjakan orang dan dalam masa yang sama terlalu malas bekerja sehingga Tun Haniff berani mengeluarkan kenyataan bahawa lebih separuh polis Malaysia boleh ditangkap atau penjara tanpa bicara kerana melakukan rasuah dan cuai menjalankan tugas.

Sempena Sambutan Hari Pekerja pada tahun ini dengan temanya, ‘Pekerja Merealisasi Transformasi Negara’ yang diilhamkan Bapa Transformasi Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak; sewajarnya mentransformasikan Rais menjadi ‘Banduan’ di penjara jika beliau didapati bersalah dengan tuduhan yang dibuat oleh Wikileak dan Migrant Care, tetapi didiamkan oleh Tenaganita.

Kes rogol tidak boleh diselesaikan dengan penafian atau saman malu; sebaliknya dibicarakan di mahkamah kerana Malaysia masih mengamalkan undang-undang dan sebagai Menteri Kabinet dan salah seorang penggubal undang-undang, Rais sewajarnya menurut lunas undang-undang sebagaimana para pemimpin BN mengerjakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.

Umum sedia tahu bahawa ada pihak yang cuba menutup mulut ‘Robengah’ dan keluarganya untuk menyatakan kebenaran, namun oleh kerana CCTV Tuhan tidak pernah padam, ada pihak yang menemui Sabahkini.net untuk mendedahkan bukti dan sanggup menjadi saksi demi menyelamatkan ‘maruah’ Robengah yang dirobek tanpa rela oleh menteri yang berkuasa menentukan untung nasibnya di negara orang.

Selain Robengah, lebih 30,000 warganegara Indonesia telah dijadikan buruh paksa di Gugusan Ladang Felda dan Felcra di Sabah, bukan sahaja tidak dibela, malah turut ‘diperdagangkan’ oleh Konsulat Jenderal mereka sejak sekian lama.



JUJUR....Semoga mereka ini benar-benar jujur memperjuangkan nasib rakyat Sabah dan tidak menjadikan isu PATI sebagai modal survival politik mereka.

Program pengampunan dan pendaftaran pekerja asing yang menetap secara haram di negara ini yang dilakukan Jabatan Imigresen selama ini hanyalah ‘Wayang Kulit’ yang didalangi oleh Sindiket yang membuat wang di atas kesengsaraan pekerja asing yang mencari rezeki yang halal di negara ini, sekalipun kemasukan mereka secara haram.

Saya telah membuat pendedahan sindiket ini di dalam buku saya ‘IC Projek-Agenda Tersembunyi Mahathir (?) dan mencabar Felda untuk menafikan apa yang saya nyatakan dalam buku berkenaan.

Isu pekerja yang dikerjakan Felda dan Felcra bukan rahsia di Sabah, apatah lagi dengan bantuan pegawai Imigresen ‘Siluman Anaconda’ yang tidak cukup dengan gaji dan emolument yang diberi kerajaan; malah menjadi pengkhianat negara dengan membuka pintu seluas-luasnya kepada wang asing yang sanggup memberikan mereka wang.

Pegawai Imigresen kini menduduki tangga pertama daripada tiga agensi ‘Beruang’ (sebut berwang kerana istilah Indonesia menyebut wang sebagai uang) selain PDRM dan Kastam Diraja Malaysia sebagaimana yang dibuktikan melalui angka yang dikeluarkan SPRM.

Kehadiran 1.7 juta warga asing tanpa izin di Sabah ketika ini membuktikan bahawa ‘Skandal X-Files’ iaitu memberi kerakyatan Malaysia kepada warga asing melalui jalan songsang terus berjalan tanpa mampu ditahan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Memandangkan kebanyakan produk IC Projek Mahathir telah berhijrah ke Semenanjung Malaysia dan ke luar negara sebagai warganegara Malaysia, maka Sabah semakin kekurangan ‘Fixed Deposit’ kerana Semenanjung Malaysia adalah ‘Lubuk Emas’ bagi mereka, dengan bantuan Air Asia yang mesra dan peramah dengan konsep ‘Everyone Can Fly’.

Kini satu persatu bandar dan kampung di Semenanjung Malaysia ‘ditawan’ oleh pendatang haram, baik yang mendapat kad pengenalan atau yang tidak mempunyai apa-apa, melainkan ‘kemaluan’ yang tidak pandai malu kerana turut diperdagangkan.

Chow Kit kini sudah menjadi Pare-Pare, Toli-Toli atau Surabaya kerana telah dikuasai sepenuhnya oleh warga asing; kebanyakannya tidak mempunyai apa-apa dokumen kerana mendarat di Malaysia melalui ‘kepala’ iaitu terjun ke laut dan berenang ke pantai yang tidak dikawal kerana tidak mempunyai ‘uang’ untuk menutup mata polis, tentera, imigresen dan APMM.

Pendedahan Aljazeera baru-baru ini hanya mengulangi apa yang telah dipaparkan di dalam empat buah buku saya sebelum ini, namun itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh rakyat tempatan apabila diminta menjalani ujian DNA berharga RM1,700 seorang oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebelum anak mereka boleh memohon MyKad; berbanding lebih 2.5 juta warga asing yang mendapat MyKad Malaysia, sebahagian besarnya daripada JPN Sabah dengan hanya membayar RM10 (wang stem).

Hakikat inilah yang membuatkan saya terpaksa bertahan memperjuangkan isu kerakyatan songsang sekalipun tidak mendapat bantuan kewangan walau ‘satu sen dibelah tujuh’ daripada rakyat Sabah sendiri, demi melindungi masa hadapan isteri dan anak-anak saya kerana adalah rakyat Sabah.

Saya tidak tahu kenapa tidak ada pemimpin Sabah yang mahu membantu saya memperjuangkan isu kerakyatan songsang ini melainkan untuk kepentingan politik mereka? Lebih malang, mereka meminta buku yang saya tulis secara percuma sedangkan saya mencetak buku bukan dengan ‘bulu telinga’; tetapi menggunakan wang simpanan yang dikumpul daripada rezeki yang dikurniakan Tuhan kepada saya.

Hati saya luruh dan kecewa dengan sikap pemimpin Sabah yang hanya mahu berita mereka dipaparkan di Sabahkini.net, namun enggan menghulurkan walau ‘sepuluh sen duit Jepun’ sedangkan saya terpaksa mencari USD 7,500 sebulan untuk menampung kos operasi Sabahkini.net dan SabahkiniTV.

Hampir semua pemimpin politik Sabah menjadikan semua buku saya sebagai alibi dan modal politik mereka tetapi pernahkah mereka membeli terus daripada saya atau daripada lanun cetak rompak yang menciplak buku saya?

Sehina-hina cacing, mampu menyuburkan tanah yang dikoreknya, tetapi semulia-mulia pemimpin politik Sabah, adalah sehina-hina cacing kerawit kerana hanya mahu mempolitikkan isu kerakyatan songsang dan tidak bersungguh-sungguh membasmi atau menentang dengan ‘darah dan air mata’ perbuatan khianat pihak yang memberikan kerakyatan songsang kepada warga asing; sehingga rakyat Sabah kini menjadi pelarian di negeri sendiri.

Setiap hari ramai rakyat tempatan di Sabah dijadikan mangsa perkosa, rompakan, samun, cedera dan bunuh oleh warga asing; manakala ‘Warga Penyu’ yang mendapat MyKad kini ‘menjajah UMNO Sabah’ dan menjadi ‘tuan’ sehingga tanpa mereka UMNO bagaikan warung kaki lima yang terpaksa ditutup kerana kehilangan pelanggan.

Ops Payung yang diperkenalkan PDRM lebih kepada ‘pintomin’ iaitu lakonan tanpa suara yang mencatatkan lebih banyak jenayah berlaku sekalipun Ops Payung dilaksanakan di Sabah; saling tidak tumpah seperti menjemur anggota polis di tengah panas seperti nelayan menjemur ikan masin.

Jangankan mahu menjaga atau melindungi orang awam, mahu mempertahankan diri mereka sendiripun sukar kerana terpaksa berlindung di bawah payung yang sempit, mudah diterbangkan angin dan tanpa sebarang kemudahan asas.

Kenapa PDRM ‘menjemur dan mendera’ anggota polis yang dibayar gaji dengan wang awam sedangkan kesemua 100,000 anggota polis di seluruh negara akan mati lemas jika diludah dan dikencing pendatang asing di Sabah dan penjenayah yang semakin mendominasi kawasan urbanisasi di Sabah.

Kereta peronda polis pula digunakan untuk mengiringi wakil rakyat dan kerja-kerja remeh-temeh seperti membeli tiket loteri, menghantar anak ke sekolah, kenderaan untuk makan tengah hari bersama ‘Samseng’ sehingga tidak dapat meronda kawasan kampung yang jalannya seperti tempat kerbau berkubang atau menjadi ‘nite club’ babi hutan di kala malam.

Majoriti pihak penguatkuasa undang-undang di Sabah menjadi pelindung PATI kerana mereka memelihara gundik sebagai ‘isteri angkat’ sekalipun tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri; sekadar mempunyai ‘Pau Kaya’ (fa wau kaf ya) sekadar menjadi tempat melampiaskan nafsu serakah dan mengotorkan uniform Polis, Imigresen, Kastam, Tentera, Rela dan APMM.

Apa ertinya sambutan hari pekerja jika majoriti pekerja di Malaysia ialah warga asing tanpa izin; sebaliknya kita terus dikerjakan oleh Kerajaan membayar segala cukai dan kadaran sekalipun yang menggunakannya adalah pendatang haram tanpa izin?

Ehsan Oleh: MUTALIB M.D (sabahkini)

Tiada ulasan: