Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengambil tanggungjawab penuh berikutan keputusan individu tertentu yang telah bertindak keluar meninggalkan parti itu akhir-akhir ini.
Menurutnya, sejak awal penubuhan parti itu, ia adalah wadah sebenar kepada mana-mana insan di negara ini yang berhasrat mendukung prinsip perjuangan demi membawa perubahan untuk rakyat Malaysia.
"Oleh itu, tidak hairanlah perjuangan ini sedari mula sering diserang oleh kelompok-kelompok insan terdesak yang sedar pengaruh mereka kini goyah dilanda kesedaran rakyat.
"Kita tidak menjanjikan imbuhan serta kedudukan kepada mereka yang mahu bersama PKR. Perjuangan ini menuntut kesediaan dan kesanggupan calon untuk mengharungi segala tekanan dan cabaran," katanya.
Ketua Pembangkang itu turut memberitahu, bahawa walaupun PKR menghadapi sedikit hambatan kewangan menjelang pilihan raya umum sejak Mac 2008, tapi parti itu tetap menampilkan calon-calonnya dalam kalangan yang terbaik.
"Bagaimanapun sudah tentu ada antara mereka yang alpa lalu memilih meninggalkan PKR sekali gus mengecewakan hasrat rakyat untuk mengembalikan negara ke landasan yang sebenar.
"Namun, saya yakin bahawa kita mampu melewati titik kecil itu dalam sejarah kita yang panjang. Percayalah pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Kita semestinya mengambil episod ini sebagai pelajaran bermakna dan berusaha (untuk) tidak mengulangi kesilapan sebegini pada masa hadapan," katanya.
"Kepemimpinan akan menumpukan perhatian untuk memastikan bakal calon yang dikemukakan bukan sahaja berwibawa dan berkelayakan, malah calon itu sendiri perlu terdiri daripada mereka yang tahan diuji dan setia kepada perjuangan ini," kata Ahli Permatang Pauh itu diblognya.
Senarai Pengkhianat PKR
~Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Annuar Shaari (Orang Kuat Raja Sesumpah, Ezam Noor)
~Timbalan Presiden, Chandra Muzaffar
~Naib Presiden, Marina Yusof
~Naib Presiden Saidatul Badru Tun Said Keruak
~Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
~Setiausaha Agung, Salehuddin Hashim (Tumpu bidang perniagaan, sahabat baik Zahrain)
~Timbalan Pengarah Pilihan Raya, Hamdan Taha
~Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
~Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ezam Mohd. Noor
~Naib Ketua AMK, Zahid Md. Arip
~Setiausaha AMK, Lokman Adam (kini Exco Pemuda Umno)
~Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) S. Nallakaruppan
Wakil Rakyat Pengkhianat
~Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim
~MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng
~Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang (ADUN), Jamaluddin Mohd. Radzi,
~ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu,
~Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan ADUN Penanti, Mohd. Fairuz Khairuddin,
~ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah,
~ADUN Lunas, Mohd. Radzi Salleh,
~ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong
~Lain-lain yang bermasalah
~Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,
~Ahli MPT PKR, Christina Liew (Merajuk dan jawatan)
~Bekas MPT, Zainur Zakaria (Tumpu bidang guaman)
~Bekas ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam (Tiada Ketahanan uji)
~MP Wangsa Maju, Wee Choo Keong (Bekas Ahli DAP, Pengasas parti MDP, serpihan DAP)
~MP Indera Mahkota, Azan Ismail (berani menegur parti) .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan