Isnin, 1 Mac 2010

NAZIR RAZAK 40 TERKAYA DI MALAYSIA,
CIMB SIAPA PUNYA?


Baru baru ini majalah Malaysian bisnes menyenaraikan 40 orang rakyat Malaysia terkaya. Penyeneraian ini dibuat berdasarkan kaji selidik nilai pegangan saham mereka dalam syarikat yang tersenarai di pasaran saham pada 15 Januari 2010.

Apa yang menarik ialah adanya muka baru dari 40 orang rakyat Malaysia yang terkaya. Antara muka baru yang disenaraikan ialah Datuk Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak. Kekayaan Datuk Nazir dikaitkan dengan CIMB Group dimana beliau sebagai Ketua Pegawai Exsekutif. Seperti yang dinyatakan kekayaan Datuk Nazir dinilai dari jumlah pegangan beliau di dalam syarikat yang tersenarai di bursa saham Kuala Lumpur. Syarikat yang dimaksudkan sudah tentu lah CIMB Group.

Setahu saya CIMB adalah syarikat kaitan kerajaan (GLC). Datuk Nazir ialah Ketua Pegawai Exsekutif CIMB Group. Persoalannya sekarang ialah adakah Datuk Nazir juga memiliki pegangan syer dalam CIMB. Kalau mengikut kaedah yang diguna untuk mengenal pasti kekayaan seseorang berdasarkan pegangan syer di dalam syarikat yang tersenarai ini bermakna Datuk Nazir memiliki sejumlah pegangan di dalam CIMB Group.

Isunya apa status CIMB sekarang? Adakah masih sebagai syarikat berkaitan kerajaan. Berapa jumlah pegangan kerajaan dalam CIMB yang asalnya ialah Bank Bumiputra? Apakah kerajaan masih memiliki pegangan majorati atau sekadar golden syer. Perdana Menteri perlu menjelaskan semua ini termasuk berapa pegangan yang di miliki oleh adiknya Datuk Nazir dan bila pegangan itu di perolehi serta dari mana pegangan itu di perolehi? Adakah pegangan itu di perolehi dari pegangan kerajaan? Rakyat perlu diberikan penjelasan bagaimana Datuk Nazir adik kepada Perdana Menteri yang bekerja makan gaji dengan syarikat berkaitan kerajaan tiba-tiba menjadi orang yang ke 40 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan RM385 juta. Pelik bin ajaib…

DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

Tiada ulasan: