Khamis, 25 Februari 2010

Siapa Dalang Sebenar Kes Liwat Anwar?

Artikel
Masih ingat kah kita bagaimana marahnya Mahathir pada Pak Lah apabila Pak lah membebaskan Anwar dari penjara dulu. Mahathir mungkin merasakan masa depan dia dan keluarga hancur musnah. Segala salahguna kuasa dan penyelewengan semasa beliau menjadi Perdana Menteri bakal terbongkar kerana Anwar tahu segala-galanya tentang Mahathir.

Maka cara kotor yang digunakan oleh Mahathir ialah menekan dan mendesak Pak Lah supaya meletakan jawatan kerana dengan cara itu Mahathir punya muslihat untuk memenjarakan semula Anwar sekiranya Najib menggantikan tempat Pak lah.

Mahathir mungkin juga mengugut Najib bahawa sekiranya Anwar tidak dipenjarakan semula, semua tembelang Najib dan Rosmah akan terbongkar apatah lagi sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Pusat pada piliharaya umum ke 13 nanti. Maka seorang makhluk bernama Saiful dijadikan mangsa dengan upahan jutaan ringgit dan ugutan. Mengapa Najib yang dikatakan pernah meliwat Altantuya tidak didakwa? Jelas sekali ada antara hakim, pendakwaraya, polis dan pihak tertentu bersubahat dan mungkin dirasuah untuk bersekongkol dengan Najib dan UMNO serta Mahathir untuk memenjarakan Anwar dengan satu tujuan agar semua penyelewengan, salahguna kuasa, rasuah, jenayah mereka dan UMNO dapat ditutup dari terbongkar kepada umum. Apakah rakyat masih mengharapkan UMNO, hakim, pendakwaraya dan polis sebegini untuk menjaga rakyat dan Negara serta memberi keadilan kepada rakyat?
Negara bakal hancur jika UMNO, hakim, pendakwaraya dan polis sebegini dibiarkan terus berkuasa.

Selain doktor Hospital Puswari yang mengesahkan tiada tanda Saiful diliwat, tiga orang doktor pakar di Hospital Besat Kuala Lumpur pun mengesahkan bahawa Saiful tidak diliwat atau tidak ada tanda-tanda diliwat, jadi apa muslihatnya yang Anwar terus di seret ke mahkamah? Tak tahulah apabila berada di kandang saksi mahkamah nanti dkctor-doktor ini akan mengubah pengakuan sebaliknya pula setelah diugut. Tidak mustahil kerana UMNO akan buat apa saja. Alasan mahkamah bahawa hanya hakim saja yang akan menentukan samada Anwar bersalah atau tidak bukanya hospital, rasanya elok saja hakim terus buat keputusan Anwar bersalah, tak perlulah buang masa untuk diteruskan perbicaraan. Skrip dah ada disediakan oleh Najib dan Mahathir serta Rosmah, baca saja.

Selain dari itu kita lihat saja bagaimana puak-puak ini menghabiskan wang rakyat dengan sesuka hati. Setelah wang Petronas menjadi mangsa, kita tunggu dan lihat saja dimana wang tabunghaji, wang KWSP dan wang zakat bakal menjadi mangsa kerajaan UMNO sedikit masa lagi. Itu sebabnya mereka sekat wang royalty negeri Terengganu dan Kelantan, tujuanya ialah Pusat sudah tidak punya wang, maka wang royalty ini dijadikan mangsa. Selepas ini wang siapa pula? Tunggu dan lihat. Itu sebabnya projek lebuhraya Pantai Timur dari Pahang ke Terengganu kini terbengkalai. Projek ini dikatakan sudah pun dihentikan. Najib dikatakan telah menyerahkan projek ini kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk diteruskan tanpa sebarang bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat. Terengganu pula tidak punya wang untuk meneruskan projek ini kerana wang royalty tidak dikembalikan. Kos projek ini dikatakan telah naik sekaliganda.

Kepada Zulkifli Nordin, anda nampaknya semakin jelas menjadi talam bermuka dua, duri dalam daging, gunting dalam lipatan dalam Pakatan Rakyat. Tak payahlah nak tunjuk wira tentang Melayu dan Islam, anda tak layak. Anda hanya layak duduk dalam UMNO saja untuk terus merosakan Melayu dan merosakan Islam. Anda dan sahabat-sahabat anda yang telah lompat parti itu lah sebenarnya Firaun Kecil dan UMNO itu Firaun besar. Orang Melayu Pulau Pinang majoritinya selesa di bawah kerajaan sekarang jika dibandingkan dengan BN dulu.Wallahualam.

Tiada ulasan: