Ahad, 21 Februari 2010

RM2 Juta tu, Najib ambil Duit Kerajaan atau Duit UMNO?


The Malaysian Insider telah melaporkan yang Najib telah meluluskan peruntukan RM 2 juta untuk membiayai aktiviti Pergerakan Permuda Umno semasa perjumpaan dengan Pemuda-pemuda UMNO itu.

Dan RM2Juta itu juga dikatakan untuk menutup mulut pemuda-pemuda UMNO dari meminta jawatan dalam kabinet Najib untuk Khairy.

Duit siapa yang Najib luluskan untuk pemuda-pemuda UMNO itu, Duit kerajaan ataupun duit UMNO? sedangkan perjumpaan adalah kunjungan hormat pemuda UMNO terhadap Perdana Menteri.. bukannya kunjungan hormat pemuda UMNO ke Presiden UMNO.

Adakah Najib telah meluluskan duit kerajaan untuk menjalankan program pemuda UMNO?

Adakah Najib menganggap Duit Kerajaan itu, duit UMNO dan Duit UMNO itu duit mak bapak dia sendiri?

Tiada ulasan: