Siapa Agaknya Menteri Jaga Pertahanan Negara Kita
Masihkah anda ingat suatu ketika dulu bilamana satu lakonan yang dibuat untuk menunjukkan kononnya ratusan senjata M16 boleh dimasukkan kedalam land rover dalam masa beberapa minit saja kerana rakyat tak percaya bahawa itu memang di rancang kerana ramai tak percaya bagaimana senjata yang disimpan rapi dan biasanya dirantaikan ditempat simpanan boleh dengan mudah dicuri dan dibawa lari dari kem tentera di Sauk, Gerik beberapa tahun lepas ?.
Itu kisah kehilangan dari tempat simpanan di Kementerian Pertahanan, sudah tentu rakyat merasa tak selamat lagi apabila banyak kisah didalam Kementah sekarang ini yang cukup menggusarkan hati kita semua.
Kisah kehilangan enjin jet F5E yang masih dipersoalkan bagaimana boleh berjalan dari dalam simpanan di Butterworth terus ke Argentina dulunya kemudian sampai ke Uruguay sekarang ini , tetapi yang pelik dan ajaibnya adalah yang mampu melakukannya hanya seorang sarjan dan peniaga barangan second hand saja.
Kemudian terkeluar pula kisah rahsia Negara yang bocor kenegara asing dan kemudian dengan mudah dapat diselesaikan melalui rundingan diplomatic. Itu semua atas kecekapan Menteri Pertahanan konon.
Siapa yang membocorkan rahsia dan siapa yang menyelesaikannya melalui saluran diplomatic itu dan rahsia bagaimana dan siapa yang terlibat serta apakah tindakan yang telah dikenakan kepada pengkhianat Negara tersebut.
Belum sejuk kisah rahsia Negara yang bocor, timbul pula sekarang ini kapal selam yang dibeli dari Perancis dengan harga 1 billion tetapi baru beberapa bulan berada diperairan Malaysia tidak dapat menyelam kerana mengalami kerosakan teknikal, kata menteri biasalah tu, ianya masih dalam jaminan pengeluar lagi. Cuma apa yang rakyat rasa gusar lagi kenapa kapal yang sepatutnya boleh menyelam tetapi itu menjadi masalahnya, apakah itu perkara kecil. Kalau jet tak boleh menyelam memang padan la.
Apakah bahana yang menimpa negara dari tentera darat ketentera udara dan kini tentera laut pula yang mengadapi masalah itu. Cubalah selidik siapa yang menjadi menteri pertahanan ketika kes rampasan M16 dari Sauk, Gerik dulu, siapakah yang menjadi Menteri Pertahanan semasa kejadian kehilangan enjin jet F5E pada 2007 dan siapakah yang menjadi Menteri Pertahanan ketika Scopene dibeli dan ketika kes Antantunya diletup mati dengan C4 yang juga dikeluarkan dari Kementah sehingga ada yang telah sanggup melakukan peletupan sesama manusia tanpa ada apa-apa motif saperti yang kita ikuti dalam perbicaraan kes ini dalam mahkamah. Peliknya lagi kenapa yang dibicarakan itu ditutup dengan uniform khas agar muka mereka tidak dikenali oleh mana-mana manusia .Mengapa dan kenapa.
Apakah pula motif dan alasan yang menyebabkan Menteri Pertahanan sekarang menyelak balik segala apa yang terjadi dalam Kementah ini diketika bekas Menteri Pertahanan sudah menjadi ketua segala Menteri dalam Kerajaan Malaysia sekarang ini. Jawapannya pasti ada didalam kotak pemikiran anda semua.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan