Ahad, 14 Februari 2010

Kenapa Anwar Tak Pilih UMNO
Tetapi terus Melawan bila dibebaskan dahulu?



Pemimpin Rakyat Perlu Hargai Sokongan

Dari TV Selangor

Seseorang pemimpin berjiwa rakyat harus menghargai sokongan rakyat dan sanggup menerima apa juga risiko termasuk dipenjara, difitnah tetapi tetap berprinsip apabila ditawar wang rasuah.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap pemimpin mesti mempunyai iltizam untuk membela hak rakyat dan menamatkan kezaliman.

Beliau berucap demikian malam tadi kepada kira-kira 2,000 orang di Batu Caves Selangor. Meskipun menghadapi pelbagai kekangan polis, kehadiran begitu ramai orang mencerminkan sokongan kuat untuk beliau.

Anwar berkata, beliau peka kepada suara rakyat yang mahukan pemimpin mereka berprinsip dan tidak menjual maruah diri setelah meraih kemenangan pada pilihan raya.

Rakyat mahukan pemimpin yang tidak goyah dalam menghadapi kritikan atau di sogok oleh musuh politik untuk lompat parti.

Wakil rakyat yang bertindak sebaliknya akan hilang maruah dan nilai diri untuk selama-lama.

“Ini yang dikatakan lazat dan nikmatnya perjuangan bersama rakyat. Orang itu sudah menang, kena ugut sedikit, dapat wang banyak, dia tinggal rakyat yang derita, korban.

“Manusia jenis apa ini?”

Anwar berkata, beliau sendiri tabah menghadapi fitnah dan maki hamun pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN).

Ini dilakukan dengan mereka cipta pertuduhan liwat, pecah amanah, selain dilabel menjadi agen Yahudi.

Beliau berkata, semangatnya untuk berjuang demi membela rakyat masih kuat membara walapun keluar masuk mahkamah, selain menghabiskan enam tahun di penjara.

“Keluar masuk penjara, bukan sekali bukan dua, tiga kali,empat masuk lokap, empat lima kali. Kalau saya pilih setelah bebas 2004, bagitahu saya sokong UMNO, saya telah insaf, saya tidak mahu jadi pembangkang, hari ini bukan Datuk Seri Anwar, Tun Anwar Ibrahim.

“Saya tidak pilih itu,” katanya.

Sebaliknya, Anwar memilih untuk mempertahan hak rakyat daripada kezaliman dan menamatkan pemerintahan yang rakus dan zalim.

“Demi Allah, kalau saya ditakdirkan memimpin negara ini bersama dengan rakan-rakan saya, saya akan pastikan islah mastat’tum, perubahan dengan sebaiknya, bela nasib rakyat, pertahankan hak mereka, hentikan kezaliman,” katanya.

Walaupun menghadapi perbicaraan terbaru atas tuduhan fitnah liwat, Anwar tetap meneruskan program politiknya selaku Ketua Pembangkang di Parlimen.

Ini untuk meniupkan kesedaran awam atas peri pentingnya rakyat menyelamatkan Malaysia daripada penyelewengan kuasa dan pemerintahan rasuah Umno-BN.

Tiada ulasan: