Jumaat, 11 Disember 2009


ATLAS SIRAH (BARU) - HARGA PROMOSI
Isteri PM suka tari, rakyat menjadi penari


Pendapat "Agama dan pegangan pemerintah memberi kesan cukup kuat ke atas rakyat. ‘Rakyat menurut agama pemerintah mereka.’ Apa yang dibuat pemerintah, itulah yang diikuti rakyat. Di zaman kesultanan Melaka, rakyat bersedia menerima Islam apabila penguasa ketika itu menerima Islam. Apabila isteri PM sukakan tarian, habislah rakyat jelata ditarik dan diajak untuk menari.

Kesan besar ini disebut oleh Sheikh Daud al-Fattani d dalam kitabnya Munyatulmusalli: ‘Adalah segala manusia apabila berpagi-pagi pada zaman Hajjaj (bin Yusuf) bertanya-tanya mereka itu, “Siapa-siapa kena bunuh semalam ini, dan siapa orang kena sulanya, dan siapa orang yang kena pukul, dan seumpamanya. (Ini kerana Hajjaj adalah seorang yang zalim dan suka membunuh rakyat).

Dan adalah pada zaman Walid, suka ia kepada kebun dan rumah. Maka adalah manusia pada zamannya bertanya-tanya mereka itu pada pagi-pagi daripada kerja rumah, siapa yang berbuat kebun, dan siapa yang membelah sungai, dan siapa yang yang bertanam kayu-kayuan.

Dan adalah pada zaman Sulaiman anak Abdul Malik, adalah ia suka kepada makan-makanan dan berkahwin. Adalah segala manusia berkhabar-khabar pada makan-makanan yang indah-indah, yang baik-baik dan memahalkan (hantaran) isi kahwin, dan harga sahaya, dan meramaikan tempat kedudukan mereka itu dengan berkhabar-khabar akan yang demikian itu.

Dan tatkala zaman Umar bin Abdul Aziz, adalah segala manusia bertanya-tanya mereka itu berapa engkau hafaz Quran, dan engkau hafaz wirid tiap-tiap malam. Dan berapa si anu hafaz kitab, dan berapa kali sehari ia membaca Quran, berapa hari puasa daripada sebulan dan umpama yang demikian itu.’ (Munyatulmusalli, Sheikh Daud Fattani. Terbitan Khazanah Fathaniyyah. ms 156)

Jelas sekali kecenderungan, minat dan keinginan pemimpin atau isteri pemimpin tidak terbatas untuk dirinya sahaja. Ia merebak hingga ke bawah. Kalau yang diminati itu perkara baik, baiklah rakyat. Kalau sebaliknya, terbaliklah rakyat.

Mungkin kalau Tok Sheikh Daud Fatani masih ada, beliau akan menulis:

” Dan adalah Kelantan itu, sebuah negeri yang aman damai hidupnya. Dan adalah pada zaman Nik Abdul Aziz, adalah ia seorang ahli siasah yang mahir, suka kepada ilmu dan seorang yang tawadhuk. Adalah segala manusia berkhabar-khabar pada ceritera 1Malaysia, rasuah penguasa-penguasa Partai Kapal Layar, bertanya-tanya mereka itu tentang kuliah yang didengar dan bersedikit mereka itu dari meminta-minta hak orang lain melainkan hak mereka dari royalti. ”

Atau barangkali ditulisnya begini:

” Dan adalah Malaysia itu satu negeri,

diperintah oleh Najib anak Razak punya satu isteri,

Tapi ada kisahnya yang masih misteri,

hingga kini tidaklah hamba ketahui.

Isterinya itu sukakan tari,

suka dan cium artis-artis juga adalah hobi,

rakyat jelata semua ditariknya menjadi penari,

untuk masuk rekod ada populariti.

laga pipi

Sehati Berdansapun sudah menjadi-jadi

di antara suami dan isteri

menari di khalayak menonjol diri

hakikat rumahtangga syurga atau neraka tanyalah empunya diri

Tiada ulasan: