PETALING JAYA 4 Oktober: KEADILAN mendedahkan wujud konspirasi antara
Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman dan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak di sebalik projek Pembangunan Bersepadu Penapisan &
Petrokimia (Rapid) di Pengerang Johor.
Menurut Naib Presidennya, Datuk Chua Jui Meng, Ghani dan Najib
sengaja merampas tanah penduduk seluas 22,500 ekar menggunakan Akta
Pengambilan Tanah 1960, bertujuan membolot sebahagian tanah tersebut
untuk diagih kepada kroni mereka.
“Berdasarkan
pemerolehan tanah secara besar-besaran ini, kerajaan negeri membeli
tanah tersebut dengan harga murah, kemudian diagih kepada syarikat
kroni.
“Selepas status tanah ditukar daripada pertanian kepada pembangunan, harga tanah tersebut akan melambung sehingga 100 peratus.
“Ini adalah taktik yang diguna Ghani dan Najib sekaligus
menguntungkan mereka dan kroni Umno BN,” katanya pada sidang media di
Ibu Pejabat KEADILAN tengah hari tadi.
Rapid pada asalnya berminat melabur di Selangor
Pengerusi KAEDILAN Johor itu berkata, projek Rapid telah beroperasi
di Taiwan selama 52 tahun dan ia dikendali oleh syarikat China Petroleum
Corporation (CPC) dan Kuo Kuong Corporation.
Katanya, Presiden Baru Taiwan, Ma Ying-Jeou tidak meneruskan lesen tersebut selepas menerima tentangan daripada rakyatnya.
Jelas Jui Meng lagi, CPC dan Kuo Kuong bersama satu syarikat tempatan
Everwish Sdn Bhd kemudiannya memohon untuk meneruskan projek itu di
Pulau Indah, Selangor.
“Bagaimanapun, kerajaan Selangor menolak projek ini walaupun
dikatakan akan meningkatkan jumlah pelaburan asing (FDI) dengan menerima
RM10 bilion setahun serta 20,000 peluang pekerjaan,” katanya.
Najib, Ghani sambar apa yang ditolak Taiwan dan Selangor
Jui Meng berkata, selepas Selangor menolak permohonan tersebut, CPC
dan Kuo Kuong memohon kepada Petronas untuk meneruskan projek Rapid di
Malaysia.
Najib yang juga Pengerusi Petronas, tanpa berfikir panjang menerima projek itu dan mengisytihar ia akan dibangunkan di
Pengerang dengan kos RM60 bilion, pada 13 Mei 2011.
Pengerang dengan kos RM60 bilion, pada 13 Mei 2011.
“Untuk menunjukkan rasa bersyukur atas projek yang akan dilaksanakan
itu nanti, Najib mengumumkan pengecualian cukai selama 10 tahun terhadap
projek ini,” katanya.
Menurut Jui Meng, ketika cadangan projek itu di Pulau Indah, CPC dan Kuo Kuong memohon penggunaan tanah hanya seluas 2,889 ekar.
“Ia tidak memerlukan kerajaan negeri mengambil tanah penduduk
menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, ia mengikut persetujuan pembeli
dan penjual berdasarkan pasaran semasa,” katanya.
Beliau berkata, berbeza di Johor, kerajaan negeri sewenang-wenang
merampas tanah seluas 22,500 ekar dengan niat membolot sebahagian tanah
dengan harga yang murah.
“Ghani memperdaya penduduk Pengerang, kerana yakin tiada bantahan
daripada mereka, seperti yang berlaku di Kuantan apabila penduduk
membantah projek Lynas.
“Mungkin mereka merasakan Johor adalah kubu kuat Umno, dan rakyat
akan menerima apa sahaja yang dilakukan oleh Umno BN,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan