BAJET Najib 2013 membuat tawaran yang baik kepada peminjam PTPTN. Ia
menawarkan potongan 20 peratus bagi mereka yang menyelesaikan sekali gus
dalam tempoh setahun antara Oktober 2012 dan Oktober 2013.
Manakala bagi yang membayar tetap bulanan dalam tempoh yang sama akan mendapat potongan 10 peratus.
Mungkin ia satu tawaran yang baik. Tetapi jika BN terus memerintah selepas PRU 13 ini.
Ia adalah satu pilihan kepada pemegangan PTPTN, sama ada mahu merebut tawaran itu atau tunggu dulu keputusan PRU13.
Walaupun ia satu tawaran yang baik tetapi tawaran Pakatan Rakyat adalah lebih baik iaitu mahu memansuhkannya.
Datuk Seri Anwar dan Rafizi Ramli telah menjelaskan bagaimana
Pakatan Rakyat, jika terpilih, mempu menyelenggarakan perbelanjaan
kerajaan tanpa menjejaskan bajet dan kewangan negara.
Telah mereka terangkan bagaimana negara tidak akan muflis apabila skim PTPTN itu dimansuhkan.
Tawaran yang Pakatan Rakyat itu adalah lebih menarik dari tawaran yang buat oleh bajet itu.
Soalan lain yang pernah dibangkitkan oleh BN ialah nasib pelajar IPTS
akan dapat manfaat dari dasar PR itu. Mereka bimbang dasar itu
melibatkan pelajar IPTA saja.
Jaminan Pakatan setakat yang difahami ialah memastikan tiada lagi
IPTS cabuk. IPTS yang wujud selepas ini ialah yang tidak cabuk bagi
membolehkan pelajarnya mendapat kemudahan dari kerajaan.
Yang menjadi tanda tanya pemegang PTPTN sekarang ialah apakah hutang
yang mereka tanggung sekarang termasuk dalam skim pemansuhan itu?
PR mesti membuat penegasan bahawa pemegang PTPTN yang belum menjelaskan hutangnya termasuk dalam tawaran pemansuhan itu.
Masalah mereka yang telah menyelesaikannya tentulah tidak menjadi
masalah lagi kerana mereka telah menjadi sejarah. Apapun dasar Pakatan
Rakyat itu suatu yang baik bagi masa yang akan datang.
Maka pemegang skim PTPTN yang bercadang untuk menyambut tawaran
bajet itu iaitu mereka yang hendak menyelesaikannya sekali gus boleh
menunggu PRU 13 nanti. Jika BN terus memerintah, mereka terpaksa
jelaskan semua hutang. Bolehlah mereka rebut peluang itu selepas PRU itu
kerana tawaran itu berakhir Oktober tahun 2013.
Tetapi bagi yang hendak membayar bulanan tetap terpaksa memulakannya dari sekarang. Jika tidak potongan 10 itu tidak dapat.
Apapun keadaan akan berubah apabila yang menang nanti Pakatan Rakyat.
Yang sah pelajar yang akan datang tidak menanggung beban PTPTN itu
lagi. Dan bagi yang berhutang boleh mengemukakan cadangan bagaimana
hutang itu termasuk dalam tawaran yang baik itu.
Pakatan dipercayai ada dasar yang baik untuk mereka. Nasib pemegang
hutang itu adalah diwarisi oleh kerajaan yang akan datang. Tentulah ia
tidak berlepas tangan terhadap beban yang dipaksakan oleh BN terhadap
mereka.
Ada peluang beban hutang itu selesai jika PR yang memenangi pilihan
raya tetapi jika BN juga yang menang, maka tidak ada cara lain bagi
semua melainkan menerima dasar ditentukan sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan