KUALA
LUMPUR 5 Oktober: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution
Ismail berkata, kerajaan Putrajaya perlu ditukar sekarang bagi
mengelakkan hasil minyak dibolot keluarga pemimpin Umno.
“Ini
kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada
dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga
minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir
Mohamad.
“Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi
beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3
bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga
pemimpin Umno, kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar,”
katanya dipetik Harakah Daily.
Ahli Parlimen Machang itu berucap pada ceramah di Putik, Pengkalan Chepa malam tadi.
Saifuddin berkata, negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini
berpeluang mengurus sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui
syarikat milik kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan
Rakyat.
Katanya, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Saifuddin pada perbahasan Bajet BN Selasa lalu mendedahkan,
SapuraKenchana Petroleum dimiliki anak ketiga Mahathir, Datuk Mokhzani
mendapat kontrak minyak sebanyak RM2 bilion.
Menurutnya, Armada Sdn Bhd milik Tan Sri Halim Saad turut diberi
kontrak penyimpanan minyak dan gas bernilai RM8.5 bilion pada Isnin
lalu.
Halim adalah salah seorang tokoh korporat Melayu yang rapat dengan Mahathir terutama pada era 90-an.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan