Rabu, 9 Mei 2012

PDRM Ikut Perintah Datin Rosmah Mansor


Umum tahu 'Bersih 3.0' amat berjaya menyatu dan menyampaikan lapan tuntutan Bersih untuk kerajaan sekutu apco yang perkuda SPR juga lain-lain agensi/jabatan termasuk PDRM.
Kejayaan 'Bersih 3.0' tersebar di serata dunia hingga ke puncak Himalaya sampai ke Mekah, seluruh dunia melihat bagaimana rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, ketelusan juga keadilan diganasi dan diperlakukan seperti haiwan oleh alat rejim UMNO-APCO-BN iaitu PDRM, hanya kerana hasad dengki campur dendam kesumat melihat kejayaan perhimpunan berbagai kaum tanpa batas umur dan agama.
Dengan kelicikan pemikir rejim UMNO-BN yang memang sangat terkenal cerdik dalam manipulasi jahat, dilepaslah 'anjing-anjing gila' memprovokasi para peserta yang aman seperti dubuk meratah mangsa!
Tanpa perikemanusiaan dan belas kasihan apalagi iman, mereka melakukan kebiadapan terlampau terhadap insan kerdil yang cintakan keamanan. Para pendemo bukan kutu haprak atau upahan kaki dadah dan rempit berakal lembu, songkok tinggi tapi para peserta Bersih 3.0 adalah terdiri daripada kalangan profesional, akademia, doktor, peguam, pensyarah, penuntut universiti dan orang awam yang prihatin terhadap isu keadilan dalam pemilihan juga daftar pemilih untuk mengundi.
Mereka-mereka ini termasuk makcik-makcik, pakcik-pakcik, auntie, amoy daripada bangsa Melayu, Cina dan India disepak terajang tanpa hati perut oleh polis. Tidak cukup itu, dirampas segala barangan seperti kamera, handphone termasuk memory card, macam penyamun jalanan.
Apa kejadah undang-undang digunapakai? Bodoh baghalkah polis dan bos mereka? Atau tekanan daripada tangan-tangan ghaib pengkhianat daripada kalangan pemimpin parti biru mereput teratas bila lihat demo ini akan menjejaskan prestasi UMNO-APCO-BN!
Kezaliman alat rejim UMNO-APCO-BN bukan setakat pukul terajang, tanpa provokasi daripada peserta Bersih dan tanpa memberi amaran, menembak gas pemedih mata, seburan air berasid pada mereka yang tanpa perlindungan dan melawan langsung.
Kerana takut kezaliman dan kekejaman dilihat dunia, habis disamun dan dirampas kamera serta memory card untuk melupuskan bukti khianat mereka. Hingga berita di media pun disekat bukan setakat media pengampu mereka sendiri sahaja, CNN, BBC dan AlJazeera pun disensor menyebabkan mereka memprotes pada rejim UMNO-APCO-BN!
Mengapa takut dunia tahu demokrasi Malaysia yang konon 'rakyat didahulukan' itu? Didahulukan sepak terajang dan kena lanyak sesuka hati oleh 'anjing-anjing gila' yang dibela UMNO-BN!
Dengan sogokan sedikit wang untuk umpan pada kakitangan awam baru-baru ini, mereka ingat rakyat mudah lupa yang mereka sauk berjuta-juta malah berbilion pun ada. Nampak sangat segala pengkianatan seperti salahguna kuasa dan harta negara/rakyat difaraidkan sesama kroni, duit rakyat guna untuk anak bertunang, beli handbag harga gila, cincin berjuta harga, duit pinjaman lembu dijoli sakan, hutang Tajudin dibailout, skandal besar kapal susah selam Scorpene sapu berjuta komisyen, skandal PKFZ dan berbagai-bagai macam lagi skandal penyelewengan.
Tapi pada otak lembu, otak bawah tempurung lutut semua mereka tidak nampak, mereka nampak apa yang tv dan radio pecacai tunjukkan saja. Mereka kata pendemo memang jahat, baling batu pada polis, jahanamkan harta benda awam dan berbagai fitnah tapi lupa menyiasat siapa punya angkara.
Mujur era kini berteknologi tinggi membantu untuk mendedahkan kebenaran. Jadi segala bukti kebiadapan mereka terlalu banyak tapi teluskah mereka mahu menyiasat dan ambil tindakan!
Lupakah mereka sejarah di Malaysia sudah ada demontrasi sebelum merdeka lagi? Tapi pemimpin UMNO-APCO-BN memang degil bak rejim zionis. Jadi, moga Bersih '4.0' jika ada, rakyat terpaksa ikut rentak rejim zalim juga dalam menentang kezaliman lawan kezaliman. Mereka mengajar rakyat supaya jadi seperti mereka bila berdemo cara aman akan terima ugutan, ancaman dan provokasi.
Pendemo terpaksa bersedia seperti juga 'anjing-anjing gila' bersedia dan mungkin terpaksa melawan bila diperlakukan sebegitu zalim, seperti Bersih 3.0 yang secara aman tapi diambil kesempatan merembat dengan ganas tanpa had pada yang tua atau muda!
Bodohlah mereka yang menuduh para peserta Bersih ganas kerana mereka hanya menuntut hak mereka yang benar seperti yang termaktub dalam Perlembagaan untuk mengundi secara adil, bukan mahu merampas kuasa. Boleh dikatakan bahawa jika peserta ada niat dari mula mahu menganas, entah berapa anggota polis akan jadi arwah!
Bayangkan jumlah lebih dua ratus ribu boleh buat apa! Mahu kencing seluar nanti polis jika mereka benar-benar mahu mengganas atau balas dendam!
Ingatlah gaji anda dibayar pembayar cukai iaitu rakyat tapi anda jadikan rakyat sebagai penjenayah dan membelot terhadap amanah membela rakyat dan negara! Janganlah jadi macam anjing gila demi menurut perintah sang penggila kuasa membabi buta.
Atau mereka menganggap taktik menzalimi rakyat adalah salah satu nasihat dari brother APCO!
Teringat juga satu ketika dulu ada demo lagi ganas daripada rakyat Indon tapi tiada langsung polis samseng! Tiada provokasi serta penyamaran untuk mengacau mereka. Tiada kereta polis dengan pemandu berseluar pendek dan berhelmet! Melanyak peserta konon atas alasan kena baling objek,tapi tahukah siapa yang punya kerja?
Apakah PDRM takut pada pendemo Indon dari peserta Bersih ?
Kesimpulannya mudah. Bila demo Bersih tamat tanpa sebarang kekacauan dengan aman, maka sang pengkhianat-pengkhianat dari uMNO-APCO-BN tiada pilihan lain untuk menjahanamkan demo melainkan mencetuskan kekecohan agar senang bertindak atas alasan keselamatan. Dengan peralatkan PDRM yang bak gengster tanpa tag nama dan nombor siri bermaharajagila sesukahati, kini ada juga berita bahawa masa akan datang pihak tentera juga akan dilibatkan.
Kini kita sudah nampak ke'zionisma'nya UMNO-BN. Jadi rakyat Malaysia mesti waras memilih selain parti sekutu APCO untuk kesejahteraan kita dan anak cucu kita. Wassalam.
Allahu Akhbar

Tiada ulasan: