KUALA
LUMPUR: Utusan Malaysia dan TV3 menggunakan modus operandi hina dan
tidak bermaruah apabila menyiar berita fitnah dan lucah yang tidak
disahkan kesahihannya.
Presiden
Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Saifuddin Shafi Muhammad kesal kerana media
itu menjadi ‘pelaburan’ Umno untuk menghadapi kemarahan rakyat terhadap
kegagalan pentadbiran mereka.
Beliau menyifatkan modus operandi itu digunakan bagi menganggu
tumpuan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dalam memimpin jentera
pilihan raya KEADILAN.
“Utusan DAN TV3 semakin tidak bermaruah apabila mengheret ibu Azmin bagi melaga-lagakan keharmonian keluarga mereka.
“AIC juga mempersoal tanggungjawab Utusan sebagai akhbar yang sanggup
menggadaikan daya fikir anak muda dengan menyiar berita yang belum
sahih.
“Utusan dan Buletin Utama boleh terus menyalak tetapi sedarlah
salakan media ini tidak lagi memberi impak kepada rakyat,” katanya yang
percaya kebiadapan itu sudah sampai kepada noktahnya.
Melalui kenyataan media, Saifuddin berkata, AIC memandang tinggi
kepada keampuhan semangat dan iltizam politik Azmin meskipun diheret ke
kancah politik fitnah dan lucah.
“Anak muda pasti memandang tinggi komitmen Azmin dan menghumban
budaya fitnah serta lucah, sekaligus menguburkan Umno BN,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan