Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menetapkan
perhimpunan sebagai haram kepada umat Islam, dibuat berpandukan buku
Perlembagaan Umno, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memetik kenyataan ulama terkenal dunia, Sheikh Yusof al-Qaradawi,
Ketua Umum KEADILAN itu , berkata amalan berhimpun sudah diamal Khalifah
Umar al-Khattab ketika menyebar risalah Islam.
“Buktinya
kupasan Yusof Qaradawi menyebut Saidina Umar Al Khattab – masa Islam
mula berkembang, ada siri rahsia di rumah Arqam, tempat di mana orang
berkumpul dan sampaikan risalah.
“Kemudian, Saidina Umar mahu tunjuk rasa dengan berjalan bersama
beberapa kawan dan terang-terang membawa mesej Islam daripada rumah
Arqam ke Masjidil Haram.
“Jadi, Jawatankuasa Majlis Fatwa baca buku mana? Adakah buku
Perlembagaan Umno?” katanya depan kira-kira 5,000 orang pada ceramah
Merdeka Rakyat di Padang Kampung Baru, Batu Caves tengah malam tadi.
Mengulas lanjut, Ketua Pembangkang itu kesal kerana Majlis Fatwa
sanggup menjadi alat Umno sedangkan berhimpun menuntut keadilan tidak
dilarang dalam Islam.
“Ini semua alat perkakas murahan, tiada pendirian. Kita kena ingat
ikrar kita untuk bawa perubahan lebih 300,000 yang berhimpun itu belum
selesai. Itu satu permulaan, kalau perlu kita buat lagi.
“Ada kata demonstrasi bukan budaya Islam, bukan budaya Arab. Ada kata demonstrasi import dari luar. Saya mahu jawab.
“Yang ditulis dalam buku Yusof Qaradawi dan disertakan ayat al-Quran
bermaksud, harus kita sama dalam menegakkan kebaikan dan cari jalan satu
tunjuk rasa bila kerajaan zalim,” katanya.
Anwar
turut mempersoal kewibawaan Majlis Fatwa yang hanya menetapkan ‘haram’
kepada perhimpunan tetapi tidak sensitif isu semasa melibatkan umat
Islam.
“Patut tanya dulu dari mana timbul kekacauan. Tapi, yang rasuah – tak
haram, bunuh orang – tak haram, pukul orang – tak haram, rogol orang –
tak haram,” sindirnya.
Beliau juga mengingatkan rakyat betapa perbuatan mengharamkan
perhimpunan sudah dilakukan regim Hosni Mubarak ketika masih Presiden
Mesir.
“Undang-undang ini di Mesir sudah dibuat. Hosni Mubarak bawa fatwa
mengatakan tunjuk perasaan hendak gulingkan kerajaan itu haram. Hanya
pemimpin Umno ala-Mubarak ini tidak faham-faham sampai sekarang,”
katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan