Ahad, 21 November 2010

Ke Mana PKR Selepas Ini?


Terlalu ramai penganalis politik yang rajin membuat komen di media elektronik yang mencerca Anwar Ibrahim. Bermacam-macam perbandingan mereka gunakan dan tentu sekali teori yang mereka ketengahkan itu berdasarkan amalan mainan politik dunia moden.

Akan tetapi, kebanyakan analisis politik itu bertujuan menjatuhkan wibawa Anwar Ibrahim dengan tujuan untuk mematikan wibawa ikon politik itu sendiri. Ramai penganalis politik itu sebenarnya adalah penulis upahan yang makan gaji dengan kerajaan.

Ada yang berkhidmat secara kontrak setelah mencapai umur persaraan. Jadi, mereka terpaksalah kayuh juga pena menulis sambil menghina sesiapa sahaja pemimpin parti pembangkang sambil lupa akan kebobrokan kepimpinan pemimpin pihak kerajaan.

Salah satu contoh terbaik ialah kisah Sultan Selangor yang enggan menghadiri satu majlis rasmi Kerajaan Selangor kerana dimaklumkan belanja majlis makan itu menelan belanja Tiga Ratus Ribu Ringgit. Kita dapat baca tindakan baginda itu adalah atas hasutan jika tidak kenapa Sultan melenting.

Apakah Sultan tidak pernah dimaklumkan di zaman Khir Toyo dahulu dia berbelanja besar mengangkut anak dan isterinya bila pergi ke luar negara. Apakah baginda lupa bagaimana kerajaan Khir Toyo pernah membawa keseluruhan anggota exco ke luar negara dan mengadakan mesyuarat exco di sana”

Menyentuh hal Sultan ini kita rakyat marhaen (terutama macam saya ini rakyat tulen Selangor) masih ingat bagaimana Sultan ini pernah menjelajah dunia dengan kapal layar menggunakan ahli pelayar bangsa asing. Baginda akan berhenti di beberapa pelabuhan dan pulang ke tanah air untuk berehat di istana dengan alasan ada urusan rasmi.

Pernahkah ada sesiapa termasuk Audit Negara membuat kajian dan semakan berapa kos Sultan Selangor belanja semasa itu.

Saya fikir sudah sampai masanya rakyat bersuara mengenai gelagat Sultan dan raja di negara ini. Kita mempunyai sekumpulan sultan dan raja yang paling banyak di dunia ini. Bila seseorang Sultan gering, si anak-anak akan bercakaran.

Kenapakah tidak dihadkan tempoh sesuatu Sultan berkuasa? Bagilah mereka empat tahun setiap seorang dan turun takhta beri laluan kepada si adik-adik pula. Kos belanja sama kecuali kos mengubah suai perabot dan hiasan dalaman istana. Kalau berlaku pun, saya tidak fikir kos itu dapat melebihi kos Rosmah mengubah suai hiasan dalaman istananya selepas mengambil alih daripada Jeanne Badawi.

Manusia semacam Sultan Selangor, yakni golongan istana di negara ini harus sedar dan insaf bahawa mereka bernafas lega semata-mata kerana perlembagaan negara dan UMNO. Jangan mudah melatah kerana hasutan pemimpin UMNO yang gila talak kuasa seperti Khir Toyo.

Sebagai warga Selangor saya mengkagumi Tan Sri Khalid Ibrahim. Inilah anak Selangor yang bernilai dua billion ringgit sebelum naik menjadi Menteri Besar. Dia bukan satu kelas dengan seorang doktor gigi yang kerap tertangguh bayar sewa klinik giginya.

Lagi pun, semasa dia bersekolah dahulu, dia tidak mencuri masa untuk mencari surat khabar lama. Dia banyak menghabiskan masa member tuisyen Metamatik kepada kanak-kanak sekolah secara percuma.

Golongan istana harus sedar, jangan buat rakyat terutama orang Melayu bangkit menjadi satu gelombang besar mahu nyahkan warga istana. Jangan biarkan situasi meruncing seperti di Nepal di mana rakyat bangkit dan memerintahkan raja keluar istana.

Zaman sekarang ini orang Melayu merintih dan menderita kerana kesempitan hidup. Kadar perceraian di kalangan orang Melayu mencecah lebih tiga puluh peratus, dan sultan-sultan tidak pun mahu mencari jalan penyelesaiannya. Pembaziran pemimpin kerajaan pusat amat ketara dan sultan-sultan berdiam diri sahaja.

Di Kelantan, sepatutnya rakyat Kelantan menikmati royalti minyak tetapi kenapakah perkara ini tidak dibangkitkan oleh baginda sultan? Di Kedah kerajaan PAS bertungkus-lumus cuba membantu golongan yang dilanda banjir, tetapi Muhiyudin Yassin berkata Kerajaan Ustaz Azizan tidak berbuat apa-apa. Kenapakah Sultan Kedah tidak bersuara meminta Timbalan Perdana Menteri itu meminta maaf kepada rakyat Kedah?

Dengan lain perkataan banyak segi kehidupan orang Melayu khususnya, yang boleh menjadi analisis para cendekiawan di negara ini. Tetapi mereka menghabiskan masa menghentam parti pembangkang. Inilah golongan professor kangkong dan beberapa penults akhbar di Utusan dan Berita Harian yang hidup laksana lintah darat dan menggunakan mata pena untuk membodek kerajaan.

Kalau mereka buat komen pun mereka tidak tahu memberikan cadangan untuk memperbaiki keadaan yang mereka katakan buruk itu.

Demikianlah kisahnya kebanyakan penganalis di negara ini, mereka kebanyakannya adalah penganalis upahan. Mereka boleh berselindung di sebalik nama gah seperti “Just World” tetapi kalau di teliti hanya ada tiga, empat kerat manusia dalam Just World. Itu satu NGO anak beranak. Tetapi bila Chandra Muzaffar mengkritik Anwar Ibrahim dia akan berkata Anwar mahu menubuhkan parti anak beranak.

Kalau kita teliti peranan Anwar dalam PKR dan segala tindak-tanduknya mengendalikan parti sebagai Ketua Umum, kita dapat meneka bahawa Anwar sudah berubah banyak berbanding dahulu. Dia seolah-olah menjadi burung tiung kepada Azmin Ali dan mungkin juga Saifuddin Nasution.

Saya difahamkan ada kalanya Wan Azizah dan Nurul Izzah sendiri tidak berapa setuju dengan beberapa tindakan Anwar Ibrahim menangani masalah parti. Kerana itu saya difahamkan Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak mahu endos Azmin Ali secara terbuka.

Begitu juga dengan pemimpin Keadilan lain yang bukan-Melayu. Tian Chua dan Gobalakrishnan memang tidak menyukai Azmin. Tetapi kerana menghormati Anwar Ibrahim Tian Chua berpura-pura baik dengan Azmin.

Mungkin kerana fakta ini menyebabkan Zaid Ibrahim menyuruh Anwar dan Azmin berundur daripada Keadilan. Jelas, Zaid dihayun oleh emosi amarahnya. Sebelum dia berundur, memang ramai cendekiawan Melayu yang masuk PKR untuk membantu Anwar. Tetapi, mereka memilih untuk senyapkan diri selepas melihat kebobrokan kepimpinan Anwar.

Salah seorang cendekiawan itu ialah Din Merican. Sudah lama dia tidak muncul dalam majlis Keadilan dan tidak lagi menulis mengenai suasana politik tanah air. Din adalah seorang ahli korporat yang sungguh berpengalaman, dan saya bangga bila mengetahui beliau mahu bergerak cergas membantu Anwar.

Yang menjadi tamparan hebat kepada Anwar dan Azmin sekarang ialah tulisan dan kenyataan Raja Petra daripada luar negara. Inilah penulis blog terkemuka yang berani dan lantang dan banyak berkorban kepada penubuhan KeADILan. Malahan dia mengeluarkan banyak sumbangan membiayai pilihan raya individu yang rapat dengan Anwar.

Kalau kita teliti tulisannya yang lama-lama ada dia menceritakan bagaimana dia membantu Ruslan Kassim dengan meminjamkan sejumlah wang semasa dia bertanding dalam pilihan raya. Setahu saya Ruslan belum membayar balik hutang itu. Ruslan Kassim yang begitu gah dengan perjuangan Keadilan telah keluar parti untuk terus menjadi tokoh korporat.

Mungkin dia mahu menumpukan lebih masa dengan Bisnes multilevel “Sharkis” (bukan ejaan sebenar) ataupun “Golden Coins” (bukan ejaan sebenar. Apapun Ruslan boleh melupakan niat untuk berpolitik. Dia sudah jelas merupakan politikus kelas “karak” juga. Jangan hairan kalau dia menjadi Senator Ruslan satu hari nanti selepas tamat tempoh Ezam.

Apakah yang boleh kita pelajari daripada semua ini? Ada dua fenomena besar yang amat ketara: Satu, cara Anwar Ibrahim memimpin Keadilan adalah sama dengan cara Dr. Mahathir memerintah UMNO dan BN. Kedua Anwar telah menyerlahkan kelemahannya yang paling ketara sebagai seorang pemimpin.

Elok kita kupas perkara ini secara akademik.

Saya pernah ditanya apakah kesilapan Anwar yang paling besar sebagai Ketua Umum Keadilan? Inilah jawapan saya dan biarlah kita kongsi bersama:-
Kesilapan Anwar yang paling ketara ialah tidak mampu melahirkan satu kumpulan elitis di kalangan anak-anak muda dalam parti.

Dia tidak boleh kata kerana kekurangan masa dia tidak mampu melaksanakan program ini.. Rakyat Malaysia masih mampu mengampunkan Anwar kerana kelemahan ini kerana memikirkan dia sedang dihenyak kes “Liwat Kedua”. Kali ini melibatkan Saiful Bahari Azizan yang mengikut ceritanya telah membenarkan bontotnya digerudi oleh seorang anggota polis dengan menggunakan ‘Cream Pelincir K).

Rakyat faham sangat dengan masalah yang dihadapi oleh Anwar daripada segi itu. Tetapi, takkan sampai tidak boleh melahirkan sekumpulan elitis anak-anak muda yang menjadi pelapis untuk memimpin PKR? Kita dapat lihat sesiapa sahaja di kalangan anak muda yang menonjol kewibawaannya dalam parti akan dicantas dan dijatuhkan. Contohnya ialah Ezam Mohd Nor.

Mungkin kita marah kepada Ezam (Senator Ezam dan ada yang menyebut Senatak Ezam). Tetapi, kita mesti tabik spring kepada dia kerana bertungkus-lumus menegakkan PKR semasa Anwar dalam penjara. Di manakah Azmin ketika itu? Azmin tidak berfungsi kerana dia pun sibuk dengan halnya melibatkan Umi Hafilda dan Shamsidar. Dia sibuk dengan Azwan Ali dan juga segala fakta dalam affidavitnya.

Kalau kita baca sebuah buku tulisan Lokman Adam (yang telah ditarik keluar secara pukal daripada pasaran) ada diceritakan bagaimana Ezam telah bekerja keras mengumpukan dana untuk menyokong pergerakan gelombang manusia bagi penubuhan KeADILan. Dalam buku itu Lokman ada menceritakan bagaimana dia sendiri melihat betapa banyaknya wang yang diterima oleh Ezam untuk parti.

Kerana itu dia naik muak kerana mendapati Ezam tidak melunaskan wang itu kepada parti. Dia pun keluar daripada KeADILan. Tup, tup, tak lama kemudian Lokman melompat balik memasuki UMNO mengikut Ezam dan sekarang ini menjelajah merata negara mencerca Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Malahan dia sering muncul di kaca televisyen mengutuk Anwar. Bagaimana stesen TV boleh beri ruang untuk fitnah ini adalah satu perkara yang perlu kita teliti dan analisis satu hari nanti.

Jelas kepada kita stail kepimpinan Mahathir yang terus diwarisi oleh Anwar Ibrahim akan terus dihidupkan oleh Azmin Ali.

Semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri, dia telah memiliki empat Timbalan Perdana Menteri – Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Badawi.

Musa Hitam merupakan kawan lama Mahathir semasa beliau menggerakkan angin radikal dalam UMNO. Sekali gus Musa merapati media massa dan menjadi idola mereka. Mahathir amat berwaspada dan menyingkir Musa setelah mengetahui Musa rapat dengan pucuk kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika itu. Rintihan askar dan pegawai tinggi ATM membuatkan Mahathir naik curiga dan menyingkirkan Musa Hitam. Dia naikkan Ghafar Baba kerana ini orang “Yes Sir”.

Tetapi Ghafar bukan jenis innovator hanya setakat ikut arahan. Kerana itu kepimpinan Mahathir dianggap pincang kerana Mahathir perlu ke luar negara untuk menjaja namanya. Kerana keresahan di kalangan muda sudah dirasakannya, Mahathir melantik Anwar Ibrahim menggantikan Ghafar.

Mahathir tahu, Anwar mempunyai satu networking yang luas. Kerana itu dia tidak boleh bergantung harap sangat kepada laporan Cawangan Khas (SB) Polis dan risikan tentera tentang apa yang dilakukan oleh Anwar. Jalan terbaik ialah meletakkan seekor ‘Trojan Horse’ di pejabat Anwar dengan jawatan Setiausaha Sulit.

Oleh kerana Anwar diberi kuasa luas mentadbir negara semasa Mahathir tidak ada dalam negeri, Anwar memikirkan dia adalah anak emas Perdana Menteri yang bebas berkuasa. Dia lupa setiap gerak-gerinya apabila dibuka sampul surat mengandungi rakaman kamera akan sesuatu peristiwa itu barulah Anwar sedar bahawa selama ini .dia berdepan dengan seorang mahaguru politik yang bukan calang-calang pintarnya.

Tiada ulasan: