Rabu, 24 November 2010

JANGAN LUPA TURUN BERDEMO





HENTIKAN PROGRAM TABUNG BUDI ATAU HILANG LESEN AIR - mkini

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) diberi tempoh 14 hari untuk menghentikan kutipan bagi Program Tabung Budi ataupun menghadapi kemungkinan kehilangan lesennya bagi membekalkan air.

Notis bertarikh hari ini dikeluarkan oleh pengarah kawal selia air Selangor, Nor Azmi Diron di bawah Subseksyen 12(2) Akta Pembekalan Air 1997 kerana Syabas dikatakan telah melanggar syarat perjanjian konsesi air.

“Selain menghentikan program tersebut dalam masa 14 hari, Syabas juga dikehedaki memaklumkan kepada Kerajaan Selangor berkenaan pembatalan Tabung Budi. Pembatalan tersebut juga perlu diiklankan di dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia,” kata kenyataan dari Sekretariat Akhbar, pejabat Menteri Besar Selangor.

Mengikut notis itu, lesen pembekalan air yang diberikan kepada Syabas mengikut Sub-seksyen 12 (3) Akta Pembekalan Air 1997 akan dibatalkan jika Syabas gagal mematuhi arahan pembatalan program itu.

“Notis tersebut juga telah mengingatkan Syabas bahawa selaku pemegang lesen, syarikat itu hanya boleh mengutip dan menyimpan caj yang masih berhutang (caj tertunggak) oleh pengguna dalam kawasan pembekalan air.

“Syabas tidak boleh mengutip sumbangan daripada orang ramai bagi tujuan membayar caj bekalan air tertunggak seperti yang dilakukannya melalui Tabung Budi,” petik kenyataan itu.


RAMAI WARGA TAK TAHU …. APA YANG TERJADI…...

... RAMAI TAK SEDAR... APA YANG BERLAKU...

INI HASIL DARI DASAR PENSWATAAN AIR…....

DULU AIR, API, JALAN RAYA …. SEMUA RAKYAT PUNYA…...

CILAKA MADEY… BUAT HELAH..DIPANGGIL PENSWASTAAN......

....BAGI SEMUA INI PADA KRONI DAN ANAK BINI

nota:
tahukah anda berapa gaji ceo syabas
tahukan anda berapa gaji rozali ismail
laknat ini dapat gaji 5.1 juta ringgit setahun
laknat ini dapat gaji 425,000 ringgit sebulan’
ini lah dia dikatakan laknat jual air – sepatutnya air percuma

nota:
tunggu dan nanti
kerajaan selangor akan bocorkan
banyak maklumat para laknat ketuanan melayu
kerjanya menipu orang melayu – tunggu dan nanti

Tiada ulasan: