Penutupan kes itu awal minggu ini oleh Peguam Negara gara-gara tuduhan memberikan kenyataan palsu oleh penyiasat persendirian yang telah membelit PM Najib Razak terhadap kes pembunuhan penterjemah berbangsa Mongolia Altantuya Sharibuu dalam tahun 2006 sebenarnya telah membiarkan seorang yang rapat dengan PM terlepas daripada tuduhan membunuh.
Penutupan kes itu dilihat sebagai penulisan bab terakhir dalam satu kes pembunuhan sensasi dalam riwayat 1 Malaysia, yang melibatkan satu kematian yang menggerunkan, konspirasi peringkat tertinggi, dipercayai melibatkan lebih daripada 100 juta Euro rasuah dan satu pendakwaan yang dilihat sebagai pentas palsu untuk menjauhkan pendakwa sejauh yang mungkin daripada melibatkan Najib sebagai TPM dan isterinya Rosmah Mansur dalam kes tersebut.
Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam, diambil bekerja pada tahun 2006 oleh Abdul Razak Baginda, seorang sahabat karib Najib yang berperanan sebagi seorang penganlisis pertahanan daripada Malaysian Strategic Research Centre , untuk menjauhkan Altantuya daripada Baginda kerana dia (razak Baginda) telah meninggalkan perempuan Mongolia itu. Altantuya menuntut bayaran upah sebanyak USD$500,000 kerana peranannya sebagai penterjemah dalam transaksi kapal selam Pranchis kepada Malaysia. Satu pasukan pendakwaan Peranchis masih menyiasat kes penjualan kapal selam kepada Malaysia dan mencari sama ada rasuah juga dibayar kepada ahli politik Perancis dan Malaysia.
Pada Julai 2008, semasa perbicaraan yang membosankan itu berjalan, P. Balasubramaniam mengeluarkan akuan bersumpah menuduh Najib pada masa itu TPM terlibat dalam pembunuhan itu, sebagai cara untuk menarik balik seluruh kandungan akuan bersumpah pertama tersebut maka satu akuan bersumpah lain (kedua/palsu) telah dibuat oleh P. Balasubramaniam secara ugutan oleh salah seorang adik Najib.(Note: Both declarations can be found here). Bagaimana pula pendedahan Bala yang beliau ada mendengar Najib memberitahu Razak Baginda bahawa Altantuya tidak membantah ketika Najib meliwatnya (inilah sebenar peliwat)
Peguam P. Balasubramaniam, Americk Sidhu, mengutuk penutupan kes itu, mengatakan jika kenyataan yang kononnya palsu itu disiasat secara menyeluruh oleh polis, maka ia akan membantu kita untuk membuat kesimpulan bahawa orang yang rapat dengan Najib adalah terlibat dalam pembunuhan itu.
Menteri Undang-undang Nazri Aziz, dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, mengatakan kes tersebut ditutup sebab P. Balasuramaniam telah memberikan dua akuan bersumpah yang bercanggah antara satu sama lain, oleh itu, kedua-dua akuan bersumpah itu tidak menjejaskan perbicaraan terhadap dua orang pengawal peribadi Najib dan Abdul Razak Baginda, yang berakhir dalam bulan April 2009 selepas 159 hari perbicaraan dimana pengawal-pengawal peribadi itu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Mereka merayu hukuman, dengan prasangka yang tinggi bahawa mereka akan diberi kebebasan sebagai balasan tidak mendedahkan siapa yang mengarahkan mereka membunuh Altantuya.
"walaupun ada percanggahan antara kedua-dua akaun bersumpah itu, percanggahan itu tidak menjejaskan keputusan perbicaraan pembunuhan Altantuya", kata Nazri."Lebih-lebih lagi, individu tersebut(Balasubramaniam) masih berada di luar negara." Tambah Nazri keputusan untuk menutup kes itu dibuat selepas di atas pertimbangan yang berhati-hati berdasarkan keputusan penyiasatan polis dan keterangan saksi-saksi.
Walaupun kedua-dua pengawal peribadi itu disabitkan bersalah, Baginda dilepaskan dalam keadaan tanpa membuat apa-apa pembelaan. Dia kemudian tergesa-gesa meninggalkan Malaysia ke England, sehingga sekarang. Seorang daripada pengawal peribadi itu dalam kenyatan beramarannya mengatakan dia diambil bertugas membunuh Altantuya dengan upah RM 100,000. Tetapi kenyataan tersebut tidak timbul dalam mahkamah sepanjang perbicaraan. Tidak diketahui siapa yang mengarahkan pembunuhan dan siapa pula yang akan membayar upah tersebut.
Altantuya 27 tahun adalah penterjemah dalam sesetengah fasa pembelian kapal selam scorpene yang bernilai berbilion ringgit,( yang masuk ke dalam syarikat Razak Baginda sahaja sebanyak €114 dalam bentuk bayaran rundingan ) telah ditembak di kepala dan mayatnya telah diletupkan dengan bahan peledak dalam hutan tebal dekat pinggir bandar Shah Alam. Sebelum dia mati dia beritahu P. SBalasubramaniam yang dia dijanjikan bayaran sebanyak US$500,000 kerana membantu transaksi kapal selam tersebut.
Dalam kenyataan beramaran pengawal peribadi itu, sewaktu Altantuya hampir dibunuh , dia mengatakan kepada pembunuhnya yang dia sedang mengandung dan minta dikasihani supaya tidak dibunuh.Ini menimbulkan spekulasi mengapa mayatnya dimusnahkan dengan C4. adakah tindakan itu untuk menghapuskan bukti DNA bahawa beliau mengandung kan anak Najib? Atau anak Razak Baginda? Bagaimana pula pendedahan Raja Petra bahawa beliau mempunyai bukti bahawa Rosmah berada di tempat kejadian ketika Altantuya di letupkan itu?
Mungkin aka nada orang bertanya, jika benar Raja Petra ada bukti, mengapa tak diserahkan pada pihak polis untuk siasatan? Jawapanya mudah, jika Raja Petra menyerahkan bukti CD itu kepada pihak polis, yang pastinya bukti itu akan dimusnahkan oleh polis atau diubahsuai dengan tujuan polis untuk memberitahu rakyat bahawa bukti itu palsu dan Raja Petra akan diseret ke dalam penjara kerana kononya memfitnah Rosmah. Itulah keadilan di Malaysia.
Namun begitu, walau apa sekali alas an yang diberikan oleh UMNO dan pihak polis, majority rakyat Negara ini dan Negara luar tetap percaya bahawa kematian Altantuya mempunyai kaitan rapat dengan Najib dan Rosmah. Sekiranya rakyat inginkan bukti, sila jatuhkan BN/UMNO dalam PRU 13 nanti, insyallah segalanya akan terbongkar malahan banyak lagi kes-kes besar yang disembunyikan oleh pemimpin UMNO akan dibongkar bahkan kes kematian Norita Samsudin dulu yang dikaitkan dengan seorang pembesar UMNO akan terdedah juga kepada umum. Ketika itu nanti 99% rakyat Malaysia akan terkejut dan akan menyesal seumur hidup kerana selama ini menyokong dan mengundi UMNO/BN serta akan mula memaki hamun pemimpin UMNO yang selama ini rupanya adalah syaitan yang bertopengkan manusia dan akan bertaubat dengan taubat nasuha, jika tidak, bersedialah ke neraka bersama pemimpin UMNO kelak.
Islam Itu Keadilan
Pahang Darul Judi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan