YANG DERITA ADALAH RAKYAT
Menurut analisa dan anggaran beliau, Malaysia berkemungkinan menghadapi bahana kebangkrapan dalam tahun 2019. Idris Jala sebelum ini merupakan seorang CEO Mas yang berjaya menyelesaikan kemelut kewangan Mas yang sebelum beliau merundum cemas..
PM 1Malaysia, Najib Tun Razak kini dilihat agak gusar dengan fenomena ini dan sedang menimbangkan sama ada kos subsidi minyak dan subsidi barang makanan rakyat perlu dikekalkan atau dihapuskan. Pendapat dari orang ramai ada yang pro dan ada yang kontra yang begitu mengusutkan fikiran PM Dato Najib Razak.
Dari pandangan logik rakyat Malaysia, kita dapat mengandaikan Kerajaan akan mengambil langkah drastik yakni menghapuskan semua subsidi merangkumi kos subsidi minyak petrol dan barangan makanan demi untuk mengatasi masalah kewangan yang kian meruncingkan Negara Malaysia.
Memandangkan juga ada anggaran yang menyatakan bahawa Kerajaan akan memperolehi keuntungan RM beratus billion seandainya penghapusan kos subsidi minyak petrol dan barangan makanan dilaksanakan tapi rakyat yang akan menanggung bebanan kerana keborosan para pemimpin Negara, mana tidaknya peruntukan Negeri Negeri diMalaysia kerap bolos dan cair di tangan individu bak kata pepatah "kapal karam yu yang kenyang".
Bagi mereka yang berada di 'kedudukan' di atas seperti ahli-ahli korporat UMNO/BN serta usahawan-usahawan dagangan barangan makanan yang memperdagangkan kepada rakyat Malaysia, langkah penghapusan subsidi ini pasti amatlah dialu-alukan. Ini memandangkan keuntungan berlipat-ganda pasti akan menjadi milik mereka. Malah golongan 'atas kayangan' ini pasti menantikan 'moment' yang amat bernilai buat mereka.
Para pak-pak Menteri juga tidak akan merasakan kesan penghapusan subsidi walau sedikitpun memandangkan gaji dan “ serba kemudahan” yang mereka kecapi setiap bulan tidak mensasarkan apa-apa masalah seandainya berlakunya kenaikan harga petrol dan barangan makanan.
Yang akan mendapat tempias yang hebat adalah para pengundi yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Kos pembelanjaan bulanan mereka pasti terjejas dengan segala kenaikan ini dan bebanan ini pasti di tambah seandainya mempunyai anak-anak yang bersekolah melebihi dua orang.
Golongan yang paling dahsyat memikul bebanan ini adalah penduduk-penduduk kampung pedalaman. Pendapatan mereka yang terhasil dari kerja-kerja kampung, nelayan, petani dan peladang amat terhad dan sudah pasti budget kehidupan mereka pasti tersasar dari landasan seandainya penghapusan subsidi minyak petrol dan kos makanan di laksanakan oleh Kerajaan UMNO/BN.
Jika di amati, kita dapat melihat dengan jelasnya bagaimana punca berlakunya kemerosotan kewangan negara. Terlalu banyak pembaziran telah di lakukan oleh Kerajaan UMNO/BN untuk program-program yang hanya berkepentingan untuk UMNO/BN.
Bermillion ringgit di belanjakan untuk melobi “pertemuan” dengan Presiden Amerika Syarikat. Untuk apa ? Untuk “tunjuk glamour” ? Begitu juga peruntukan untuk memperkenalkan kempen 1Malaysia kepada rakyat Malaysia. Tidak cukup dengan slogan dan iklan-iklan 1Malaysia, peruntukan di keluarkan juga untuk kroni kroni 1Malaysia. Bukankah ianya satu pembaziran yang amat ketara ? Begitu juga program juara rakyat yang kononnya untuk rakyat, tapi jika di selidiki dengan jelas, “kumpulan orang-orang berkepentingan” sahaja yang senang-lenang dengan program-program sebegini.
Program PLKN menelan RM beratus juta, hasilnya untuk apa? Sahaja untuk orang orang UMNO yang berkepentingan. Tidak kurang juga wang untuk "beli katak" walaupun bukan wang Kerajaan tapi wang dari "Macai" yang dapat kontrak melalui "tender runding" untuk diberikan kepada kroni kroni dengan harga yang lebih mahal. Cara ini juga wang Negara boleh bolos.
Dengan segala keuntungan penghapusan subsidi yang RM beratus billion, Kerajaan UMNO/BN akan membelanjakan wang tersebut untuk menaik-taraf kota dan bandar dan untuk merealisasikan pembangunan kemodenan kota dan bandar, maka akan terhasillah negotiate tender. Dan negotiate tender pastinya menjadi suatu 'anugerah' untuk kontraktor-kontraktor “kroni” yang bakal “memadatkan” lagi akaun-akaun peribadi mereka.
Yang putih mata siapa ? Yang terkebil-kebil mata menahan kesusahan kehidupan siapa ? Bukankah penduduk kampung dan pengundi yang tidak “mampu” untuk merasa segala kemodenan kota dan bandar ? Maka, beringatlah, berubahlah sebelum kita lebih jauh terjerumus dalam kancah kemiskinan sementara “orang-orang bangsawan” akan terus menerus menikmati kehidupan mereka yang penuh gemerlapan dan keindahan.
- Halik Zaman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan