Isnin, 31 Mei 2010

Malaysia akan Bangkrup Setahun Sebelum 2020


Di dalam sibuk-sibuk UMNO menjual idea “Wawasan 2020” rupa-rupanya mereka nak tutup agenda utama mereka: yakni membangkrapkan Malaysia setahun sebelum 2020, yakni 2019.

Rupa-rupanya, Wawasan 2020 ni cerita dongeng yang disebarkan UMNO untuk menutup agenda sebenar mereka: Mengkayakan Kroni dan Ahli Keluarga mereka.

Rakyat dibuai mimpi indah kononnya Malaysia akan menjadi negara maju 2020. Maka, rakyat tidak boleh mempersoalkan tindakan-tindakan Mahafiraun serta Qarun (Daim Zainuddin) membela kroni-kroni mereka dengan duit rakyat.

Kroni-kroni bebas membahagi-bahagikan kekayaan negara sesama mereka. Rakyat cuma mampu duduk dan lihat sahaja apabila kroni-kroni menambah kekayaan mereka dengan duit rakyat. Namun, apabila kroni-kroni terduduk sewaktu 1997, sekali lagi duit rakyat digunakan untuk menyelamatkan kroni-kroni yang hampir bankrap ini.

Apabila ada seorang Menteri Kewangan seperti Anwar Ibrahim secara terbuka menolak “bail-out” serta menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan kroni, maka Menteri Kewangan itu difitnah, dicacai, dipecat, dipukul dan dituduh agen IMF.

Semua atas nama “Wawasan 2020” yang bertujuan membela projek-projek gila Mahafiraun dan Haman serta UMNO.

Sekarang, Najib dah keluar amaran. Pada 2019, Malaysia bakal bangkrap seperti negara Greece. Maka, demi menyelematkan negara (baca: kroni), rakyat terpaksa berkorban lagi dengan penarikan subsidi. Penarikan subsidi ini akan menaikkan harga minyak, harga makanan, harga barangan keperluan, harga susu, beras dsbnya.

Pada waktu yang sama, kerajaan UMNO/Najib tidak akan berbuat apa-apa untuk menaikkan gaji-gaji rakyat yang rata-rata tidak naik banyak semenjak Wawasan 2020 dilancarkan oleh Mahafiraun dan Qarun.

Rakyat mesti bekorban supaya kroni-kroni terus menikmati kekayaan negara. Dengan pembuangan subsidi, UMNO boleh terus memberi direct award kepada kroni2 demi membolehkan kroni2 meratah kekayaan negara.

Rakyat pula terus hidup terhimpit. Pendapatan semakin mengecil, kos hidup makin bertambah. Nak harap pada UMNO tak boleh kerana rakyat bukan kroni. UMNO cuma mahu menolong kroni dan korporat sahaja.

Setiap kali belanjawan, cukai korporat semakin turun manakala harga barangan kepada rakyat makin mahal. Kerajaan UMNO/BN tak pernah berusaha menaikkan gaji rakyat dan membiarkan rakyat terhimpit dan tersiksa.

Itulah Wawasan 2020. Ia mencipta syurga untuk kroni dan korporat manakala rakyat Malaysia terpaksa membayar segala kekayaan dan kesenagan kroni ini.

Atas nama Wawasan 2020, Allah SWT juga diletak belakang demi kepentingan kroni. Demi kroni dan korporat, lesen judi diberi pada Vinsetan. Malahan, sewaktu Qarun (Daim Zainuddin) menjadi Menteri Kewangan berlambak-lambak lesen judi diberikan kepada tokeh-tokeh judi. Wawasan 2020 mengajar kita kehendak Allah SWT TIDAK PENTING. Kehendak kroni dan tokeh judi/arak lebih besar dari kehendak Allah SWT.

Maka, akhirnya, setahun sebelum 2020, negara akan bangkrap hasil dari kerja-tangan UMNO/BN. Itulah dia hadiah Wawasan kepada kita semua. Yakni, sebuah negara yang bangkrap demi mengkayakan kroni.

Tiada ulasan: