Lee Hsien Loong dan Najib mengumumkan perincian persetujuan yang dicapai dalam POA kepada pihak media di Hotel Shangri-La, semalam. Perhatikan betul-betul senyuman mereka. Perdana Menteri Singapura ketawa gembira dan puas kerana rundingan itu menguntungkan negaranya. Najib tersengeh kerana terpaksa akur menjual dan gadai warisan negara kerana dia mendapat tekanan daripada Amerika, Perancis dan Singapura lantaran kesemua skandal Sex, Rasuah dan Pembunuhan yang terkait dengan Najib menjadi pertaruhan mereka. Ini juga hasil nasihat yang diberikan olih Apco kepada Najib.
SELEPAS hampir 20 tahun dipertikaikan, Singapura dan Malaysia akhirnya mencapai kata sepakat bersejarah untuk menghuraikan isu-isu tertunggak dalam Butiran Perjanjian (POA) melibatkan tanah Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Dalam satu pertemuan retreat antara Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, kededua pihak bersetuju antara lain memindahkan stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai tahun depan.
Singapura dan Malaysia juga bersetuju menyerahkan tiga bidang tanah di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga lagi di Bukit Timah milik KTMB kepada sebuah syarikat M-S Pte Ltd bagi melaksanakan pembangunan.
Dalam sidang media bersama selepas retreat itu di Hotel Shangri-La semalam, Encik Lee menyifatkan pertemuannya dengan Datuk Seri Najib sebagai satu pertemuan membuahkan hasil.
'Saya dan Najib (Datuk Seri) mengadakan perbincangan dan perjanjian yang membuahkan hasil pagi ini (semalam). Kami membincangkan pelbagai bidang.
'Fokus kami ialah untuk meningkatkan hubungan dua hala pada masa kita menghadapi banyak cabaran dalam dunia yang tidak menenentu dan sedang melalui proses globalisasi pesat,' kata Encik Lee.
Datuk Seri Najib pula berkata persetujuan yang dicapai merupakan satu detik bersejarah kerana isu-isu tertunggak POA selama 20 tahun seharusnya dapat dihuraikan.
'Hari ini adalah hari bersejarah kerana kita dapat melihat cahaya di hujung jalan berhubung isu-isu tertunggak berlarutan selama hampir 20 tahun,' katanya.
POA ditandatangani pada 1990 antara Perdana Menteri Singapura ketika itu, Encik Lee Kuan Yew, dengan Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin.
Dalam POA itu, KTMB perlu memindahkan stesennya di Tanjong Pagar ke Bukit Timah dan selepas pemindahan itu tanah di Tanjong Pagar boleh dibangun secara bersama tetapi pelaksanaan perjanjian itu dipertikaikan kededua pihak.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas retreat itu, kededua pemimpin bersetuju menyerahkan pembangunan bersama tanah-tanah KTMB itu kepada sebuah syarikat M-S Pte Ltd bagi melaksanakan pembangunan.
Syarikat yang akan dibentuk secepat mungkin tetapi tidak selewat-lewatnya pada 31 Disember 2010 itu akan dimiliki oleh Khazanah Nasional Berhad dengan 60 peratus taruhan dan Temasek Holdings Limited 40 peratus taruhan.
Singapura begitu cekap menyempurnakan perancangan agar selari dengan pembangunan di Kampong Melayu Geylang Serai dan Tanjong Katong yang akan dirobohkan apabila tempoh pajakannya berakhir dalam 2011.
Penyerahan tanah-tanah itu kepada M-S Pte Ltd pula akan berkuatkuasa pada masa ketika KTMB meninggalkan Stesen Kereta api Tanjong Pagar (TPRS).
Malaysia juga akan meletakkan pusat pemeriksaan Imigresen dan Kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP, dengan Singapura membantu memudahkan pemindahan itu dan memastikan khidmat bas antara Stesen KTMB di WTCP dengan stesen MRT berdekatan disediakan untuk keselesaan penumpang.
Lihatlah wahai rakyat Malaysia bagaimana pengkhianat negara meleburkan harta negara. Tanah kita di Singapura diberi kepada Singapura. Pusat pemeriksaan Imigresen dan Kuarantin (CIQ) keretapi kita juga mesti dibuat di WTCP, juga di Singapura, sedangkan beratus juta ringgit wang rakyat telah dibelanjakan olih harami umno/BN untuk membangunkan pusat yang sama di Johor Baru tetapi tidak digunakan.
Dalam kenyataan itu, kededua pemimpin juga bersetuju untuk menugaskan sebuah pasukan pelaksana bersama, diketuai Setiausaha Agung Kementerian Ehwal Luar Malaysia dan Setiausaha Tetap Kementerian Ehwal Luar Singapura, membincangkan butiran pelaksanaannya.
Ini termasuk penubuhan rangka kerja bagi mentadbir M-S Pte Ltd, melaksanakan sistem perhubungan gerak cepat antara Johor Bahru dengan Singapura dan menempatkan CIQ di WTCP.
Sistem perhubungan gerak cepat ini adalah milik Singpura dan pastinya aliran wang keuntungan daripada sistem ini akan menguntungkan Singapura.
Pasukan pelaksana itu akan menyelesaikan kerja-kerja mereka menjelang 31 Disember ini dan hasil yang dicapai akan ditandatangani selepas diluluskan kededua pemerintah.
Encik Lee Hsien Loong yakin Malaysia akan akur kepada ketetapan yang dicapai ini memandangkan Malaysia di bawah pentadbiran Najib (Datuk Seri) lebih mudah untuk berunding.
Sementara itu tanah dan bangunan Terminal Penumpang Stesen Kereta api Tanjong Pagar yang akan diserahkan kepada Singapura juga akan dikekalkan memandangkan ia mempunyai ciri-ciri sejarah penting, bahkan bakal menjadi pusat utama bagi pembangunan yang disarankan itu. Bangunan lama Stesen Kereta api Bukit Timah di Blackmore Drive juga boleh dikekalkan dan ianya akan menjadi lambang warisan sejarah Singapura.
sultan kami suka PM buat WPI. Baginda yang rasmi WPI. MB lagi suka, dia dah bosan tinggal dalam johor kerajaan m'sia. teringin gak nak jadi orang s'pore. orang johor memang tak kisah kalau johor tergadai pada s'pore.
Stesen KTMB di Tanjong Pagar akan dipindahkan ke WTCP menjelang 1 Julai 2011.
Tiga bidang tanah di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga lagi di Bukit Timah dibangunkan olih Syarikat M-S Pte Ltd.
Syarikat M-S Pte Ltd dibentuk bagi membangunkan tanah-tanah itu.
Penyerahan tanah-tanah itu kepada M-S Pte Ltd berkuatkuasa apabila KTMB meninggalkan Stesen Kereta api Tanjong Pagar.
Sistem kereta api gerak cepat antara Tanjung Puteri (JB) dengan Singapura akan dibangunkan.
Bangunan Terminal Penumpang Stesen Kereta api Tanjong Pagar yang akan menjadi milik Singapura akan dikekalkan dan dipulihara.
Syarikat usaha sama Khazanah Nasional Berhad dan Temasek Holdings Limited dibentuk bagi menjalankan projek pembangunan ikonik di Iskandar
Bayaran tol di laluan Linkedua akan dikurangkan.
Khidmat bas rentas sempadan di pertingkat manakala peraturan khidmat teksi dilonggarkan.
# # # #
Nota:
- Tiada satupun isi perjanjian yang menguntungkan Malaysia dalam jangka panjang. Tol di laluan Linkedua dikurangkan agar lebih ramai, mudah dan murah bagi rakyat Singapura masuk dan berurusniaga di Iskandar Johor yang yang telahpun menjadi wilayah antarabangsa.
- Tidak berapa lama dulu Singapura telah berjaya mendapat Pulau Batu Putih dari Malaysia.
- Tidak berapa lama dulu juga Malaysia di bawah kerajaan Umno/BN telah menjual sebahagian daripada negeri Johor untuk dijadikan wilayah antarabangsa dan diberi nama Iskandar Johor. (Tanah di Iskandar Johor bukan lagi milik negara. Ia bolih dibeli olih sesiapa sahaja termasuk yahudi. Permitnya hanya satu - DUIT)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan