Rabu, 4 Mei 2011

PKR Beri Bukti Bergambar Polis-UMNO Bersekongkol Fitnah Anwar











PETALING JAYA 3 MEI : Parti Keadilan Rakyat hari ini mengemukakan bukti bergambar untuk mensabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersekongkol dengan UMNO-Barisan Nasional bagi menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim bersabit rakaman lucah yang didalangi Datuk T.

Gambar-gambar itu menunjukkan Senior Asisten Komisioner (SAC) 1, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menyebarkan fitnah di kalangan dua ribu guru di Bachok, Kelantan bahawa Anwar, kononnya, adalah pelaku dalam video itu.

Datuk Dr Abdul Rahman adalah Penolong Ketua Pengarah Penyelidikan dan Keurussetiaan Polis Bukit Aman,

Lebih dua ribu guru dan gurubesar disajikan fitnah daripada Datuk Dr Abdul Rahman pada 'Seminar Isu-isu Keselamatan Negara Masa Kini' di Bachok pada 19 Februari lalu dan beberapa daerah lain, kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Selain menfitnah Anwar sebagai pelaku dalam video itu, Abdul Rahman turut memberitahu seminar berkenaan bahawa Ketua Pembangkang itu adalah ancaman kepada keselamatan negara, tambah Azmin.

Jawatankuasa Induk Pengelola seminar itu melibatkan PKRM, Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.

Empat siri seminar ini dijalankan dengan membabitkan lebih 2000 pengetua dan guru-guru dari seluruh Kelantan dengan setiap sekolah diwajibkan menghantar pengetua dan 8 orang guru.

“Pembentangan Abdul Rahman Ismail bukan tertumpu kepada isu keselamatan negara sebaliknya menjadi ejen agenda fitnah UMNO dengan mengupas isu-isu seks dan lucah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga tragedi berdarah Memali,” kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak. .

“Abdul Rahman Ismail telah menghukum Anwar bersalah sebagai peliwat dan juga pelanggan pelacur,” tambah beliau.

Azmin seterusnya mengemukakan beberapa persoalan :

- Mengapa seorang pegawai kanan polis terlibat menyampaikan ceramah politik yang mengulangi propaganda murahan UMNO-BN?

- Bagaimanakah pihak polis dapat menjalankan siasatan yang telus dan professional dalam isu fitnah 2, video seks dan kes Altantuya jika pegawai tertinggi PDRM terlibat dalam agenda fitnah yang keji ini?

- Mengapakah institusi polis disalahgunakan, dan bukannya untuk memerangi jenayah yang menghantui rakyat Malaysia?

- Mengapakah pengetua dan guru-guru sekolah dari seluruh Kelantan diminta hadir di seminar ini? Apakah kaitan program politik ini dengan mengangkat martabat pendidikan negara?

- Adakah langkah terdesak BN ini berpunca daripada ketakutan BN menghadapi pengaruh Buku Jingga Pakatan Rakyat khususnya di kalangan guru-guru dan keinginan merampas kuasa Kerajaan Negeri Kelantan?

Justeru, Azmin menuntut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya menjelaskan perkara tersebut kepada umum.

"Saya menuntut KPN untuk menjawab persoalan ini agar kita dapat menghentikan penyalahgunaan jentera kerajaan khususnya polis dan pejabat pendidikan untuk tujuan fitnah Umno," tambah Azmin.


Osama pengganas? Di negara kita, siapa pengganas?

"AMAN dunia bila Osama telah mati", itulah kata Najib di dalam mengulas isu kematian Osama Ben Laden seperti yang dilaporkan.

Najib berkata demikian berasaskan bahawa Osama adalah pengganas dunia seperti juga ada dakwaan mengatakan Najib juga pernah mengecop Ulamak Muktabar As Syeikh Yusoff Qardhawi sebagai tokoh yang menggalakkan kegaganasan.

Ertinya, jika As Syeikh Yusoff Qadhawi meninggal dunia nanti, tentulah Najib akan merasa gembira sepertimana gembiranya beliau mendengar kematian Osama Ben Laden. Memang benar, apabila seseorang itu terbukti memang pengganas kematiannya memang menggembirakan mereka yang impikan keamanan dan kesejahteraan. Adakah Osama Ben Laden sememangnya pengganas apabila bermusuh dengan Amarika dan sekutu Yahudi dan Israel itu?

Di negara kita, rakyat juga akan turut bergembira dan berharap agar pengganas yang ada di negara ini cepat mati atau lenyap dari bumi Malaysia tercinta ini. Siapakah mereka? Mereka adalah yang zalim, yang mengekalkan pemerintahan zalim seperti Akta ISA. Pengganas di negara kita sedang diburu oleh rakyat iaitu dalang di sebalik pembunuh kejam Altantuya.

Kita tidak tahu siapa, tetapi yang pasti orang yang terlibat mengarahkan Altantuya dibunuh mesti masih hidup. Kita cuma tahu pembunuh Altantuya, tetapi kita tidak tahu mengapa Altantuya dibunuh dengan kejam iaitu menggunakan bom C4 dan siapa yang mengarahkan mereka untukl berlaku kejam ke atas Altantuya. Adakah pengganas ini terlepas jika telah bersumpah laknat?

Justeru itu, keganasan tidak kira siapa mereka dan ugama apa sekalipun wajib kita tentang. Jika Osama Ben Laden dikatakan pengganas, kita jangan lupa di negara kita mungkin ada yang lebih zalim dan kejam tetapi masih berpura-pura seperti `Malaikat'. Kita boleh tahu siapa pengganas ini, setelah kita ditakdirkan berkuasa di Putrajaya dan ketika itu baru rakyat tahu pengganas sebenar di negara ini.

BERITA DARI TIEWNAMA

TIPU TIPU TIPU


nota:
semua kerja menipu

tak caya?

cuba lihat gambar ini betul betul
ini gambar mayat teoh yang dijumpai
telah mati pada pgi itu
mayat ini belum diusik

soalan: kalau teoh jatuh dari bangunan
macam mana seluar dia koyak?

kenapa tak ada pun soalan ini timbul

darisegi lojik mestilah teoh telah
ditarik kemudian di buangkan
ke bawah kalau tidak macam mana]
seluar teoh boleh koyak

kenapa tak ada sesiapa pun menimbulkan
hal ini - buktinya cukup terang
tak perlu saintis - dan pegawai sprm
ini memang ada rekpd panas baran dan suka
tarik perut - semua orang tahu - yang
tak tahu hanya suruhanjaya



ANIMASI SAINTIFIK TUNJUK TEOH MATI KERANA TERJUN SAKSI
– berita hairan

Seorang pensyarah hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock bahawa berdasarkan animasi saintifik yang dilakukannya, ada kemungkinan Teoh mati kerana terjun dari tempat tinggi.

Profesor Sallehuddin Muhamad dari Bahagian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, beliau diminta oleh penyiasat pensendirian suruhanjaya itu, Michael Leslie Squires, untuk membuat analisis terhadap kematian Teoh dengan menggunakan animasi saintifik berkaitan pergerakan Teoh jatuh di Plaza Masalam di Shah Alam.

Katanya, berdasarkan analisis itu berkemungkinan bahawa Teoh jatuh dari tempat tinggi selepas keputusan menunjukkan tiada sebarang kesan halangan udara yang berlaku kerana tolakan secara melintang dan tolakan ke bawah dari ketinggian tiga meter.


HASIL ANIMASI : BENG HOCK TERJUN DARI TEMPAT TINGGI : SAKSI - meloya

KUALA LUMPUR 3 Mei — Seorang pensyarah hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock bahawa berdasarkan animasi saintifik yang dilakukannya, ada kemungkinan pemuda itu mati kerana terjun dari tempat tinggi.

Profesor Sallehuddin Muhamad dari Bahagian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, beliau diminta oleh penyiasat pensendirian suruhanjaya itu, Michael Leslie Squires, untuk membuat analisis terhadap kematian Beng Hock dengan menggunakan animasi saintifik berkaitan pergerakannya jatuh di Plaza Masalam di Shah Alam.

Katanya, berdasarkan analisis itu berkemungkinan bahawa Beng Hock jatuh dari tempat tinggi selepas keputusan menunjukkan tiada sebarang kesan halangan udara yang berlaku kerana tolakan secara melintang dan tolakan ke bawah dari ketinggian tiga meter.
Beliau berkata, kejadian itu juga berkemungkinan Beng Hock yang duduk di birai tingkap dan berkemungkinan jatuh dengan jatuhan bebas dari sudut 4.75 darjah.

"Sekiranya Beng Hock dalam keadaan itu, mustahil Teoh boleh terjun dengan laju berdasarkan bukaan tingkap yang kecil dan menyebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat pada panel tingkap” katanya ketika disoal oleh Pegawai Pengendali, Amarjeet Singh. — Bernama

nota:
lihat bagaimana meloya dan berita hairan tipu orang melayu
dua dua berita datangnya dari tiewnama
besar kemungkinan tidak ada wakil meloya dan berita hairan di sidang suruhanjaya
kalau ada pun mereka mungkin tak bagitu cekap dalam bahasa inggeris
kerana itu adalah lebih senag putar dengan berita tiewnama

ini betul betul putar alam
terjun dari tempat tinggi kah kah kah
ada ke orang terjun dari tempat rendah? kah kah kah

lihat apa yang dilapor oleh malaysiakini
laman ini telah menghantar wartawan
untuk melapor kan apa yang sedang berlaku
disidang suruhanjaya kematian teoh beng hock

jika dibandingkan berita berita ini
mungkin kita berpendapat ini laporan dari malaysiakini ini
dari tempat yang berasingan
atau laporan dari dua pekara yang berasingan

inilah namanya projek tipu melayu kah kah kah

nota:
itu pasal china marah para gerombolan


BERSIHKAN IMEJ SENDIRI

PULIHKAN IMEJ SUAMI DULU








PM : DAPAT PULIH IMEJ ISLAM - meloya

Najib Razak berharap kematian pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden yang terbunuh dalam satu serangan tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.

Najib juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas al-Qaeda itu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa meskipun kematian Osama memberi tamparan hebat kepada al-Qaeda, namun itu tidak bermakna pergerakan tersebut akan terkubur sama sekali sebaliknya ia tetap boleh disusun serta digerakkan semula.

“Kita tidak boleh anggap segala-galanya telah tamat ekoran kematian Osama tetapi jelas kehilangannya merupakan satu kehilangan bagi pihak al-Qaeda terutama dari segi kekuatan kepada pergerakan itu.

TAK PAYAH LAH CAKAP HAL IMEJ ISLAM…...

BETUL KAN IMEJ SENDIRI DULU…...

SIAPA BERI ARAHAN BUNUH ALTANTUYA…...

SIAPA AMBIL KOMISEN BELI KAPAL SELAM…..

TAK PERLULAH BODEK AMERIKA DALAM HAL OSAMA…..

TAK PERLU NAK BETUL IMEJ ISLAM….

IMEJ PANTAI PORT DICKSON BOLEH CERITA….…


KENYATAAN NAJIB BERHUBUNG DENGAN OSAMA KURANG TEPAT – harakah daily

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan kenyataan Najib Razak bahawa kematian Osama Ben Laden akan menjadikan dunia ini lebih selamat dan aman, sebagai kurang tepat.

Keadilan Daily melaporkan Yang Dipertua PUM,Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ini kerana Amerika Syarikat sendiri dianggap sebuah negara imperialis yang sentiasa berusaha untuk meluaskan pengaruh mereka ke seluruh dunia, khususnya negara Islam dengan menaja keganasan.

“Kenyataan Najib itu mungkin kurang tepat kerana sebenarnya kuasa Amerika sendiri tetap akan meluaskan pengaruh imperialisme mereka ke seluruh dunia yang sebenarnya menggalakkan keganasan itu sendiri,” kata Sheikh Abdul Halim.

Beliau juga percaya bahawa keamanan dunia tidak hanya bergantung dengan kematian seorang Muslim yang sering dilabel pengganas seperti Osama.

“Keamanan ini asasnya adalah keadilan sebagai sebuah idea yang akan menghapuskan penindasan.



SALAHUDIN KESAL KENYATAAN NAJIB EKORAN KEMATIAN OSAMA – harakah daily

Tindakan Najib Razak seolah-olah bersorak gembira bersama dengan Amerika Syarikat ekoran kejayaan membunuh Osama Bin Ladin tidak disenangi oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Bagi beliau, Najib prejudis dan tidak bertanggung jawab ketika membuat kenyataan dunia akan aman selepas kematian Osama tanpa mengambil kira dasar luar Amerika yang berterusan memerangi umat Islam.

"Bagi saya, PAS sama sekali tidak toleransi dengan keganasan di dunia, namun kegembiraan Najib seolah-olah bersorak sorai bersama Amerika dengan kematian Osama satu perkara yang tidak boleh diterima oleh dunia Islam.

"Imej sebegini sangat buruk di kalangan umat Islam dunia," kata Salahudin.

Presiden Amerika, Barack Obama mengumumkan kematian Osama dalam satu serangan tentera Amerika di bandar Obbottabat, 100 km ke utara Islamabad.

nota:
najib nak bodek amerika
tapi kena tibai dirumah sendiri
ini belum kena tibai oleh
malikul sembab al- haj lagi


MAT SALLEH BONTOT HITAM

HIDUNG KEMEK BONTOT ITAM



















GREATER KL AMBIL KIRA ASPEK KESEJAHTERAAN – TPM
- meloya


Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan bahawa aspek-aspek kesejahteraan telah diambil kira dalam rancangan kerajaan untuk mewujudkan “Greater KL and Klang Valley” bagi menjadikan ia sebuah bandar raya bertaraf dunia.

Dia berkata, langkah itu juga bagi menjadikan kawasan berkenaan antara 20 bandar raya yang sesuai untuk didiami.

"Pembangunan ekonomi perlulah seimbang, dinamik dan berdaya saing. Ini bagi memastikan tiada jurang ekonomi wujud di kalangan kita semua,” katanya.

INI BAHASA APA NI…. GREATER KL……

TAK ADA BAHASA MELAYU KE?......

...NAPA TAK GUNA LEMBAH KLANG….

….GUNA KUALA LUMPUR BESAR… MENGAPA GUNA GREATER KL…..

….HIDUNG KEMEK… BUNTUT ITAM… MUKA SEMBAB

.TAK PERLU TIPU ORANG KAMPONG…...

MI SPIK INGLIS LIKE LANDAN…

NAMPAK SANGAT NAK MENIPU…...

SEMBAB INI CEPAT LUPA ……

..BELUM SAMPAI SEMINGGU LAGI… DAH LUPA ….…

nota:
lihat dan baca apa sembab ini kata
pada 25hb april yang lalu



MALU TUTUR JADIKAN BAHASA MELAYU TERPINGGIR : MUHYIDDIN – berita hairan – 25hb April 2011

Muhyiddin Yassin, berkata sikap malu dan rendah diri masyarakat untuk bertutur menggunakan Bahasa Melayu menyebabkan bahasa itu seolah-olah terpinggir di bumi sendiri.

Dia berkata, fenomena itu jauh berbeza jika dibanding dengan negara besar dunia seperti China dan Jepun di mana rakyatnya begitu bangga dengan bahasa sendiri dan mendaulatkan penggunaannya di semua peringkat.

"Perkara itu memang saya setuju kerana ada juga kebimbangan kita iaitu seolah-olah bahasa kebangsaan seperti dipinggirkan kerana masyarakat lebih mengalu-alukan bahasa Inggeris.

"Saya pergi ke China dan mereka di sana cakap semua dalam bahasa Cina, begitu juga di Jepun, bila majlis cakap bahasa mereka, cuma apabila hendak bercakap dengan kita secara personal, barulah mereka bertutur dalam bahasa Ingeris.

"Jadi, saya rasa ini kerana sikap, mungkin agaknya kalau tak guna bahasa Inggeris tak berapa glamour, seolah-olah bahasa Melayu ini bahasa rendah," katanya.

nota:
fasik atau manafik

Selasa, 3 Mei 2011

PKR: Bukit Aman di sebalik kempen anti-Anwar

PKR hari ini mengemukakan beberapa keping gambar bagi membuktikan dakwaan mereka bahawa Bukit Aman terbabit dalam beberapa siri ceramah untuk menyebarkan 'pembohongan' dan 'fitnah' terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelantan.NONEPada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali mendakwa pegawai polis di peringkat nasional bertindak sebagai "agen politik" untuk Umno.

Menurut Azmin (kanan), program itu - berjudul 'Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini' - dilangsungkan di beberapa tempat di di Kelantan yang mensasarkan penyertaan guru dan pengetua sekolah.

Seramai 2,000 pegetua dan guru dikatakan terlibat.

Azmin menambah, seorang daripada penceramah merupakan pegawai polis kanan berpangkat SAC, Abdul Rahman Ismail yang merupakan ketua penolong pengarah dalam unit sekretariat dan penyelidikan Bukit Aman.

NONEDengan pendekatan sebegitu, Azmin mendakwa Abdul Rahman menjadi seorang daripada "agen fitnah untuk bercakap tentang isu liwat dan seks".

"Dia dakwa Anwar bersalah dalam kes liwat dan video seks," dakwa Azmin sambil menyifatkan penglibatan polis sebagai penyalahgunaan kuasa oleh Umno.

Hari Pekerja vs Hari Mengerjakan Orang?

KETIKA Robengah sedang bekerja di rumah Menteri Kabinet Malaysia, Datuk Rais Yatim, beliau kononnya telah dikerjakan ‘Rais’ secukupnya, namun nasib Sabahkini.net yang mendedahkan kes jenayah di bawah Seksyen 376 hampir sinonim dengan Lim Guan Eng yang dipenjarakan kerana membela gadis 15 tahun yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Melaka ketika itu.


Robengah adalah salah seorang daripada ratusan ribu warganegara Indonesia yang bekerja secara sah di negara ini yang menjadi mangsa penderaan seks majikan, namun kesnya istimewa kerana yang didakwa melakukannya adalah Menteri Kabinet atau VVIP.

Kesinambungan daripada itu, hidup Robengah bagaikan terpenjara kerana kebebasannya terkawal sekalipun telah kembali ke kampung halaman kerana sentiasa menjadi buruan media; sedangkan polis Malaysia masih terpinga-pinga dengan laporan yang dibuat oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 5 Januari 2011; berbanding dengan tindakan mereka memburu pengendali portal Malaysia-Today untuk mendapatkan keterangannya.

Jika polis menjalankan tugas, mereka sewajarnya memanggil Robengah ke Kedutaan Malaysia di Jakarta untuk merakamkan keterangan bersumpahnya dan jika benar Rais Yatim yang merogolnya; tidak kira baru atau lama, harus didakwa di mahkamah.

Namun polis Malaysia sejak zaman Tun Haniff Omar, memang suka mengerjakan orang dan dalam masa yang sama terlalu malas bekerja sehingga Tun Haniff berani mengeluarkan kenyataan bahawa lebih separuh polis Malaysia boleh ditangkap atau penjara tanpa bicara kerana melakukan rasuah dan cuai menjalankan tugas.

Sempena Sambutan Hari Pekerja pada tahun ini dengan temanya, ‘Pekerja Merealisasi Transformasi Negara’ yang diilhamkan Bapa Transformasi Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak; sewajarnya mentransformasikan Rais menjadi ‘Banduan’ di penjara jika beliau didapati bersalah dengan tuduhan yang dibuat oleh Wikileak dan Migrant Care, tetapi didiamkan oleh Tenaganita.

Kes rogol tidak boleh diselesaikan dengan penafian atau saman malu; sebaliknya dibicarakan di mahkamah kerana Malaysia masih mengamalkan undang-undang dan sebagai Menteri Kabinet dan salah seorang penggubal undang-undang, Rais sewajarnya menurut lunas undang-undang sebagaimana para pemimpin BN mengerjakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.

Umum sedia tahu bahawa ada pihak yang cuba menutup mulut ‘Robengah’ dan keluarganya untuk menyatakan kebenaran, namun oleh kerana CCTV Tuhan tidak pernah padam, ada pihak yang menemui Sabahkini.net untuk mendedahkan bukti dan sanggup menjadi saksi demi menyelamatkan ‘maruah’ Robengah yang dirobek tanpa rela oleh menteri yang berkuasa menentukan untung nasibnya di negara orang.

Selain Robengah, lebih 30,000 warganegara Indonesia telah dijadikan buruh paksa di Gugusan Ladang Felda dan Felcra di Sabah, bukan sahaja tidak dibela, malah turut ‘diperdagangkan’ oleh Konsulat Jenderal mereka sejak sekian lama.



JUJUR....Semoga mereka ini benar-benar jujur memperjuangkan nasib rakyat Sabah dan tidak menjadikan isu PATI sebagai modal survival politik mereka.

Program pengampunan dan pendaftaran pekerja asing yang menetap secara haram di negara ini yang dilakukan Jabatan Imigresen selama ini hanyalah ‘Wayang Kulit’ yang didalangi oleh Sindiket yang membuat wang di atas kesengsaraan pekerja asing yang mencari rezeki yang halal di negara ini, sekalipun kemasukan mereka secara haram.

Saya telah membuat pendedahan sindiket ini di dalam buku saya ‘IC Projek-Agenda Tersembunyi Mahathir (?) dan mencabar Felda untuk menafikan apa yang saya nyatakan dalam buku berkenaan.

Isu pekerja yang dikerjakan Felda dan Felcra bukan rahsia di Sabah, apatah lagi dengan bantuan pegawai Imigresen ‘Siluman Anaconda’ yang tidak cukup dengan gaji dan emolument yang diberi kerajaan; malah menjadi pengkhianat negara dengan membuka pintu seluas-luasnya kepada wang asing yang sanggup memberikan mereka wang.

Pegawai Imigresen kini menduduki tangga pertama daripada tiga agensi ‘Beruang’ (sebut berwang kerana istilah Indonesia menyebut wang sebagai uang) selain PDRM dan Kastam Diraja Malaysia sebagaimana yang dibuktikan melalui angka yang dikeluarkan SPRM.

Kehadiran 1.7 juta warga asing tanpa izin di Sabah ketika ini membuktikan bahawa ‘Skandal X-Files’ iaitu memberi kerakyatan Malaysia kepada warga asing melalui jalan songsang terus berjalan tanpa mampu ditahan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Memandangkan kebanyakan produk IC Projek Mahathir telah berhijrah ke Semenanjung Malaysia dan ke luar negara sebagai warganegara Malaysia, maka Sabah semakin kekurangan ‘Fixed Deposit’ kerana Semenanjung Malaysia adalah ‘Lubuk Emas’ bagi mereka, dengan bantuan Air Asia yang mesra dan peramah dengan konsep ‘Everyone Can Fly’.

Kini satu persatu bandar dan kampung di Semenanjung Malaysia ‘ditawan’ oleh pendatang haram, baik yang mendapat kad pengenalan atau yang tidak mempunyai apa-apa, melainkan ‘kemaluan’ yang tidak pandai malu kerana turut diperdagangkan.

Chow Kit kini sudah menjadi Pare-Pare, Toli-Toli atau Surabaya kerana telah dikuasai sepenuhnya oleh warga asing; kebanyakannya tidak mempunyai apa-apa dokumen kerana mendarat di Malaysia melalui ‘kepala’ iaitu terjun ke laut dan berenang ke pantai yang tidak dikawal kerana tidak mempunyai ‘uang’ untuk menutup mata polis, tentera, imigresen dan APMM.

Pendedahan Aljazeera baru-baru ini hanya mengulangi apa yang telah dipaparkan di dalam empat buah buku saya sebelum ini, namun itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh rakyat tempatan apabila diminta menjalani ujian DNA berharga RM1,700 seorang oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebelum anak mereka boleh memohon MyKad; berbanding lebih 2.5 juta warga asing yang mendapat MyKad Malaysia, sebahagian besarnya daripada JPN Sabah dengan hanya membayar RM10 (wang stem).

Hakikat inilah yang membuatkan saya terpaksa bertahan memperjuangkan isu kerakyatan songsang sekalipun tidak mendapat bantuan kewangan walau ‘satu sen dibelah tujuh’ daripada rakyat Sabah sendiri, demi melindungi masa hadapan isteri dan anak-anak saya kerana adalah rakyat Sabah.

Saya tidak tahu kenapa tidak ada pemimpin Sabah yang mahu membantu saya memperjuangkan isu kerakyatan songsang ini melainkan untuk kepentingan politik mereka? Lebih malang, mereka meminta buku yang saya tulis secara percuma sedangkan saya mencetak buku bukan dengan ‘bulu telinga’; tetapi menggunakan wang simpanan yang dikumpul daripada rezeki yang dikurniakan Tuhan kepada saya.

Hati saya luruh dan kecewa dengan sikap pemimpin Sabah yang hanya mahu berita mereka dipaparkan di Sabahkini.net, namun enggan menghulurkan walau ‘sepuluh sen duit Jepun’ sedangkan saya terpaksa mencari USD 7,500 sebulan untuk menampung kos operasi Sabahkini.net dan SabahkiniTV.

Hampir semua pemimpin politik Sabah menjadikan semua buku saya sebagai alibi dan modal politik mereka tetapi pernahkah mereka membeli terus daripada saya atau daripada lanun cetak rompak yang menciplak buku saya?

Sehina-hina cacing, mampu menyuburkan tanah yang dikoreknya, tetapi semulia-mulia pemimpin politik Sabah, adalah sehina-hina cacing kerawit kerana hanya mahu mempolitikkan isu kerakyatan songsang dan tidak bersungguh-sungguh membasmi atau menentang dengan ‘darah dan air mata’ perbuatan khianat pihak yang memberikan kerakyatan songsang kepada warga asing; sehingga rakyat Sabah kini menjadi pelarian di negeri sendiri.

Setiap hari ramai rakyat tempatan di Sabah dijadikan mangsa perkosa, rompakan, samun, cedera dan bunuh oleh warga asing; manakala ‘Warga Penyu’ yang mendapat MyKad kini ‘menjajah UMNO Sabah’ dan menjadi ‘tuan’ sehingga tanpa mereka UMNO bagaikan warung kaki lima yang terpaksa ditutup kerana kehilangan pelanggan.

Ops Payung yang diperkenalkan PDRM lebih kepada ‘pintomin’ iaitu lakonan tanpa suara yang mencatatkan lebih banyak jenayah berlaku sekalipun Ops Payung dilaksanakan di Sabah; saling tidak tumpah seperti menjemur anggota polis di tengah panas seperti nelayan menjemur ikan masin.

Jangankan mahu menjaga atau melindungi orang awam, mahu mempertahankan diri mereka sendiripun sukar kerana terpaksa berlindung di bawah payung yang sempit, mudah diterbangkan angin dan tanpa sebarang kemudahan asas.

Kenapa PDRM ‘menjemur dan mendera’ anggota polis yang dibayar gaji dengan wang awam sedangkan kesemua 100,000 anggota polis di seluruh negara akan mati lemas jika diludah dan dikencing pendatang asing di Sabah dan penjenayah yang semakin mendominasi kawasan urbanisasi di Sabah.

Kereta peronda polis pula digunakan untuk mengiringi wakil rakyat dan kerja-kerja remeh-temeh seperti membeli tiket loteri, menghantar anak ke sekolah, kenderaan untuk makan tengah hari bersama ‘Samseng’ sehingga tidak dapat meronda kawasan kampung yang jalannya seperti tempat kerbau berkubang atau menjadi ‘nite club’ babi hutan di kala malam.

Majoriti pihak penguatkuasa undang-undang di Sabah menjadi pelindung PATI kerana mereka memelihara gundik sebagai ‘isteri angkat’ sekalipun tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri; sekadar mempunyai ‘Pau Kaya’ (fa wau kaf ya) sekadar menjadi tempat melampiaskan nafsu serakah dan mengotorkan uniform Polis, Imigresen, Kastam, Tentera, Rela dan APMM.

Apa ertinya sambutan hari pekerja jika majoriti pekerja di Malaysia ialah warga asing tanpa izin; sebaliknya kita terus dikerjakan oleh Kerajaan membayar segala cukai dan kadaran sekalipun yang menggunakannya adalah pendatang haram tanpa izin?

Ehsan Oleh: MUTALIB M.D (sabahkini)