Khamis, 11 Oktober 2012

Bajet pakatan, ekonomi rakyat – negara berkat

oleh Subky Latif
 
Pakatan Rakyat adalah kerajaan menunggu. Apabila membentangkan versi bajetnya, tiadalah yang dapat dikuatkuasakannya selagi jadi kerajaan menunggu.
Lalu diperli BNlah, berangan-anganlah.
Tetapi ia adalah persediaan apabila Putrajaya dapat dibebaskan selepas PRU13 kurang daripada enam bulan dari sekarang. Apabila bertukar saja ia dari status kerajaan menunnggu kepada kerajaan betul, maka bajetnya itu akan diisinyalah.
Semua yang digaris dalam bajet itu adalah menjuruskan kepada keperluan ekonomi tuan punya Negara ini iaitu rakyat. Apabila ia diisi dengan keperluan rakyat, maka moga-moga negara pun berkat.
Ia menuju kepada sebuah negara yang berkat. Kerajaannya adalah kerajaan dunia, tetapi menyediakan segala yang diperlukan oleh orang yang hendak ke akhirat.
Doa dalam tema bajet itu ialah mencari sebuah negara yang berkat. Berkat itu adalah kata-kata menuju akhirat. Iaitu mencari kesenangan di dunia dan kesenangan di akhirat.
Itulah matlamat hidup Islam. Bagi orang Islam ia dapat semua – kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ia juga dengan sendirinya menjadi dunia yang disenangi oleh orang bukan Islam, baik mereka rakyat dan yang bukan rakyat yang bertandang ke sini.
Itulah tema dan persedia untuk menjadi sebuah negara berkebajikan. Pengisian terperincinya, bacalah keterangan pembentangan Ketua Pembangkang atas bajet itu.

Ia memberi tempoh kurang daripada enam bulan dari sekarang kepada penguasa yang ada sekarang untuk berbuat apa-apa yang suka sebelum Putrajaya terlepas daripada tangan.
Inilah masa untuk melarikan apa-apa yang ada di Petronas dan apa-apa yang boleh dicapai sebelum kerajaan menunggu mengambil alih kerajaan.
Lepas itu, Petronas tidak boleh buat apa-apa yang ia suka lagi. Ia akan ikut apa yang aktanya mahu dan apa-apa yang ia suruh buat.
Negeri yang berminyak iaitu Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan sedang menunggu akan ada syarikat minyak dan gasnya sendiri yang dinaungi oleh pentadbiran baru Petronas.
Berkata mereka itu, apalah untungnya Petronas selepas ini? Negeri yang ada minyak akan ambil panggunya dulu. Royalti terjamin dan untang syarikat pula melapangkan lagi. Yang Petronas dapat, tidak lagi akan dibolot klik Qarun seperti yang bersarang dalam Pertamina di seberang Selat Melaka dulu.
Pada peringkat mula ini, sekalian lintah darat yang gerun hilang harta Qarun yang disedutnya selama ini menakutkan orang-orang awam tentang banyaknya tawaran percuma yang hendak diberi kerajaan menunggu.
Tiada lagi pinjaman PTPTN. Boleh mengaji percuma, boleh lalu lebuhraya tanpa tol, motokar sudah murah kerana tidak banyak cukai lagi.
Cukup duitkah kerajaan? Royalti minyak naik sampai 20 peratus. Dulu semua duit masuk pada Petronas, lepas ini sebahagiannya diniagakan oleh syarikat negeri berminyak itu. Cukupkah duit?
Memang banyak yang kerajaan terpaksa tanggung bagi menampung segala pampasan konsesi lebluhraya dan lain-lain. Tetapi ketirisan dan duit yang disapu oleh lintah darat dan segala tumbuk rusuk lebih banyak lagi. Dengan segala beban yang kerajaan tanggung itu jadi sikit dibandingkan dengan yang lintah darat hisap.
Adapun kerajaan menunggu itu tiadalah memfaraidkan duit kerajaan dan duit rakyat. Segala-galanya akan dicurahkan balik kepada rakyat. Apabila rakyat tak payah bayar tol, belajar percuma, motokar murah dan minyak murah. Banyak duit mereka lebih.
Yang takut dengan bajet Pakatan itu ialah lintah darah dan klik Qarun. Rezeki sempit. Tetapi rakyat awam Insya-Allah akan dilimpahi barakah.

Rabu, 10 Oktober 2012

Antara Najib & Moursi...

Jika negara kita bagaikan Mesir yg di perintah oleh orang yg soleh, maka inilah hasil dalam masa 100 Hari Mursi Memerintah Mesir.....Sangat hebat!!
1. Minggu pertama, Moursi membebaskan wartawan Mesir yang ditahan di Sudan dan menjemputnya dengan pesawat presiden.
2. Pemecatan 70 Jenderal dan Kudeta dengan Cinta pada Marsekal Thantawi dan Anan, Panglima dan wakil Panglima militer.
3. Penghapusan
hutang 40.000 petani yang memiliki hutang di bawah 10.000 pounds yang di masa Mubarak ditangkap dan dimasukkan ke Penjara.
4. Pelaburan 270 Milliom dollar yang ditanam di Mesir, hanya dalam 1 bulan Moursi berkuasa.
5. Selama 100 hari ini, Moursi tidak menerima gaji selama menjadi Presiden.
6. Moursi mengembalikan izzah Mesir dengan menguasai gurun Sinai yang di masa Mobarak, 70 % lalulintas udara dan darat dikuasai Israel.

7. Moursi melakukan politik smart and cool dalam bersikap kepada Amerika dan Israel. Hingga PM Israel mengatakan, "Sikap Moursi jauh lebih berbahaya daripada Nuklirnya Iran". Bahkan Obama menilai, "Hubungan AS dengan Mesir bukan hubungan sahabat bukan pula musuh." == smoga memahami maksudnya.
8. Penjualan arak dilarang, dan itu tidak mengganggu pelancongan Mesir.
9. Penampilan di pantai dibatasi, hari Jumat sbg hari cuti, dan pelancong wanita dan lelaki dipisahkan.
10. Tentera Mesir memang the real power, tapi semua dibawah komando Panglima Tertinggi. Pada 2 bulan Moursi berkuasa, 2 kapal Selam tercanggih Jermah berhasil didatangkan walau diprotes keras Israel.
11. Terusan Suez diperlebar dan diperdalam, dan sekarang dikontrol sepenuhnya oleh Mesir setelah pengarah Terusanl Suez diganti yang sebelumnya dikawal oleh Barat.
12. PM Hiysam Qandil setiap Subuh memeriksa kilang roti dan turun ke bawah, atas arahn Presiden Moursi ... hal yang hanya terjadi di masa Khilafah.
13. Moursi mempelopori pemisahan kepentingan antara kepentingan pribadi+keluarga+parti dengan kepentingan negara. Saat diundang Raja Saudi, keluarga Moursi dengan wang pribadinya menggunakan pesawat Egypt airline.

Selasa, 9 Oktober 2012

[Video] Kenapa Najib Marah Saya Jumpa Peguam Perancis?


Jelajah Merdeka Rakyat, Simpang Pulai, Perak 07/10/2012


Dasar gaji minima BN masih belum selesai- Abdullah Sani

 
KUALA LUMPUR 8 Oktober: Dasar gaji minima RM900 yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mungkin hanya dapat dilaksana pada 2014, kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.
Ini kerana katanya, dasar berkenaan yang  akan dikuatkuasa pada 1 Januari 2013, memerlukan tempoh percubaan selama enam bulan dan perlu dibawa semula ke Majlis Gaji Minima Negara.
Menyifatkan dasar itu masih belum selesai, beliau berkata, kerajaan  juga tidak memberi kuasa kepada mana-mana kementerian mengarahkan majikan menetapkan dasar gaji minima tersebut.
“Akhirnya gaji minima akan ‘terkapai’. (Masalah) Ini turut melibatkan pekerja di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam perbahasan Belanjawan 2013, hari ini.
Sebaliknya, kata beliau, dasar gaji minima Pakatan Rakyat sebanyak RM1,100 lebih munasabah apabila mengguna peruntukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kakitangan kerajaan.
Manakala baki kenaikan gaji kakitangan swasta pula akan ditampung Kementerian Sumber Manusia melalui peruntukan RM2 bilion.
“Industri Kecil Sederhana (IKS) akan dibantu kerajaan daripada tabung khusus, seperti diumum Datuk Seri Anwar pada 26 September 2011. Jadi syarikat kecil tak perlu melatah,” ujar beliau.
Katanya lagi, dasar gaji minima Pakatan berupaya menghapuskan 84,000 keluarga miskin tegar dan meningkatkan pendapatan dari RM300 kepada RM550 sebulan
“Kalau kerajaan nak meningkatkan kadar pendapatan isi rumah, isu ini perlu ditangani secara serius,” tegas Abdullah.
Beliau turut membidas penguatkuasaan kerajaan yang lemah apabila mengabaikan Akta Kerja 1955 terhadap pekerja asing yang bekerja lebih lapan jam di sektor perkhidmatan.
“Difahamkan ada 3.8 juta pekerja asing di Malaysia tak termasuk PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Ini punca persaingan tidak sihat,” ujarnya.