Jumaat, 7 September 2012

Senjata baru untuk tumbangkan UMNO...tunggu lagi..cepat gunakan segera...

 Inilah video paling laris yang memeningkan kepala UMNO

Lebih 136 ribu sudah menyaksikan video ini di You Tube selepas tiga hari berada di alam maya. Jumlah tersebut akan bertambah dari masa ke semasa. Jumlah yang menyaksikan tentulah jauh lebih besar kerana video ini juga dirakam dan diedarkan melalui pelbagai cara yang lain (selain You Tube). Setiap klik tayangan juga mungkin disaksikan oleh beberapa orang yang berkumpul di hadapan screen monitor komputer. Jumlah yang menyaksikan tentu mencecah jutaan orang.

Kelmarin seorang moderator kursus menayangkan video ini di hadapan sekumpulan peserta kursus motivasi (terdiri dari pelbagai status yang tidak dikenalpasti ideologi masing2, sebab kursus bukan berkaitan dengan politik), daripada 89 peserta kursus, 77 tidak bersetuju tindakan penyerang masjid tersebut manakala selebihnya enggan komen. Ia boleh dijadikan satu sampel kajiselidik bahawa di kalangan rakyat yang rasional mereka tidak bersetuju tindakan melampau digunakan terhadap masjid dan menganggap itu bukan cara yang waras untuk bertindak

Enggang Qadha mencadangkan video ini dicetak sebanyak-banyaknya dan sebarluaskannya di kalangan rakyat, biar rakyat menilai. InsyaAllah, hampir pasti ia akan mengurangkan sokongan terhadap UMNO. Ayuh bertindak...



Hallo PUTRAJAYA...Saham FGV apa cerita.. dah semput dah nie...

 
Saham FGV jatuh bawah paras psikologi
Harga saham syarikat perladangan gergasi Felda, Global Ventures Holdings Bhd (FGV), telah jatuh di bawah paras psikologi RM5, apabila ditutup pada harga RM4.85 semalam, dan dijangka mencetuskan satu lagi pusingan debat mengenai kontroversi penyenaraiannya Jun lalu.

palm oil palm kelapa sawit 201107Harga sahamnya telah berlanjutan merosot sejak pertengahan bulan Julai - dengan berkisar sekitar paras RM5 dalam tempoh sebulan lalu.

Bagaimanapun, saham FGV datang merosot 15 sen kepada RM4.85 selepas dibuka pada harga RM5 dalam dagangan awal pagi.

Ini selaras dengan prestasi kaunter perladangan lain di tengah-tengah laporan bahawa harga minyak sawit dijangka menerima tempias daripada pertumbuhan ekonomi yang lemah di negara-negara pengguna utama, dengan inventori minyak sawit Malaysia juga dijangka meningkat.

Semalam, harga saham PBB jatuh 58 sen melambung turun kepada RM13.28, saham KLK merosot 52 sen kepada RM22.94 manakala saham IOI Corp turun 15 sen kepada RM5.04.

Pasaran utama serantau utama juga merosot pada hari Rabu menjelang laporan pekerjaan AS dan Bank Pusat Eropah.

Semalam harga saham FGV ditutup hanya 6.6 peratus di atas harga tawaran RM4.55 dan 12.6 peratus lebih rendah berbanding dengan harga kemuncaknya RM5.55 pada 5 Julai.

Tekanan berterusan hari ini dengan harga saham FGV merosot kepada RM4.80 -  turun 5 sen pada jam 9.45 pagi.
Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad memberitahu satu sidang akhbar bulan lepas bahawa tidak ada sebab untuk para peneroka bimbang terhadap perkembangan tersebut.

Beliau dilaporkan berkata, mereka tidak perlu bimbang kerana harga saham tersebut hanya jatuh sedikit dan kemudiannya meningkat kembali, dan percaya keyakinan terhadap FGV akan berterusan.

Apa beza tayang punggung dengan harga teropong ini...?


LAPORAN AUDIT NEGARA...
PENYELEWENGAN DLM PEMBELIAN TEROPONG UTK MARITIM M'SIA
INILAH JENIS TEROPONG YANG DIBELI
JIKA 100 UNIT DIBELI...
BERAPA BANYAK WANG RAKYAT DISONGLAP???
SAPA YG JADI KERAJAAN SELAMA NI???
hangpa nak bg puak2 nie perintah lagi kaa... 
haram tak ada sekoq pon kena tangkap atas kesalahan ini...
KATAKAN TIDAK PADA BN

Rumah 'syaitan' yang hampir roboh

Teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum masih lagi hangat dinujumkan. Selepas banyak sangkaan meleset, kali ini ramai menjangkakan PRU ke-13 akan diadakan November depan, sebaik Parlimen meluluskan Belanjawan 2013 dan sekembalinya jemaah dari Makkah.
Banyak faktor yang bakal menentukan tarikh PRU. Jika sesiapa pun pada kedudukan Perdana Menteri, beliau harus terlebih dahulu mempertimbangkan kekuatan dalaman organisasinya, sebelum mengambil kira faktor luaran.
Tidak guna hendak 'bertegang urat' dengan parti lawan jika parti sendiri penuh dengan cacamerba dan hampir karam. Inilah yang berlaku kepada Umno sebenarnya. Umno yang tidak pernah menafikan pengakuan bahawa mereka adalah 'syaitan yang dikenali'.

Rupa-rupanya serangan bertubi-tubi ke atas PAS dan Pakatan Rakyat, dilakukan secara terancang, dengan tujuan untuk menutup pekung dalaman Umno yang semakin hari semakin membarah.
Media massa yang dikuasai Umno, ligat dikerah menutup karenah dalaman Umno yang tidak pernah selesai sehingga kini. Sesiapa pun dalam Umno sekarang berasa tidak selamat. Ada banyak faktor yang boleh unjurkan, antaranya:
Pertama, selepas Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, sokongan terhadap Umno masih belum pulih sehingga kini, akibat pembongkaran lebih banyak skandal membabitkan pemimpin Umno-BN.
Kedua, kecuali kroni-kroni rapat, setiap orang Menteri dan Menteri Besar, Timbalan Menteri, Exco dan Ketua Umno Bahagian tidak mendapat indikator jelas dari Najib, apakah mereka akan dicalonkan semula sebagai calon Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Ketiga, akibat daripada ketidak tentuan itu, tambahan pula Najib mempunyai 'winnable candidate' sendiri, di semua negeri dan bahagian Umno, masing-masing bergasak sesama sendiri. Rebut jadi Ketua Bahagian, rebut menjadi calon Menteri Besar, rebut jadi calon Parlimen dan Dun.
Keempat, akibat dari permasalahan ini, penganalisis menjangkakan, wujud ketegangan di antara kedua-dua pimpinan tertinggi Umno iaitu di antara Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Umumnya, perselisihan wujud kerana haluan dan pendapat berbeza di antara kedua-duanya, mengenai cara terbaik untuk menyelamatnya Umno daripada terkubur dalam PRU depan.
Dalam diam 'fan' Muhyiddin giat berkempen dalam Facebook, menyebarkan poster di Johor dan dibanyak tempat, bahawa TPM adalah calon terbaik PM bagi menggantikan Najib.
Dilaporkan, bertebaran poster misteri menyokong Muhyiddin menggantikan Najib sebagai PM sebelum PRU, di Johor dan Pulau Pinang.
Umno Johor menafikan bahawa poster itu dicetak mereka dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Imej pada poster itu, bersama dengan potret Muhyiddin dan bendera Malaysia, telah disebarkan secara meluas di Internet.
Poster itu berbunyi 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13'di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di atas. Ia juga memaparkan logo BN dan Umno, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor'.
Walaupun Umno Johor menafikan dan memang tidak rasional mendakwa mereka yang mencetak poster tersebut, namun ianya tidak mampu menutup pertelagahan di antara kedua-dua pemimpin mereka.
Muhyiddin mempunyai 'track-record' yang cemerlang, berjaya 'menghalau' Abdullah dari kerusi PM dan Presiden Umno, dengan sokongan kuat Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dengan keceluparan Dr Mahathir membuat pelbagai kenyataan mendahului Najib dalam banyak perkara sebelum ini, apakah ianya bukan indikator bahawa Presiden Umno itu tidak boleh diharap untuk mengekang kemaraan Pakatan Rakyat?
Apakah dengan sebab itu kempen menjatuhkan Najib sedang giat dijalankan kumpulan pro Muhyiddin? Kita nantikan episod seterusnya, apakah rumah 'syaitan' akan roboh akibat dimakan anai-anai belaan sendiri? Sama-sama kita saksikan.

Nasib hangpa laa puak FELDA oi...kena mohong beradap....

SAHAM FGVH TERUS MERUDUM

Harga saham FGVH yang ditutup semalam mencatat penurunan, tinggal RM4.96. Jika peneroka menjualnya pada harga RM5.06 sewaktu Julai lalu setelah ditolak handling fee RM165.00, interest charged RM29.41dan lain2 cuma dapat lebihan RM212.37; kalau jual ketika ini, berapa yang tinggal?

Mengingati semula pesanan YAB Perdana Menteri ketika mengumumkan 'durian runtuh' pada 8 Mei lalu, peneroka jangan jual saham FGVH, jadikan pelaburan utk simpanan masadepan...
Apa jaminan buat peneroka jika ikut nasihat PM?

Barang diingat, mengikut penganalisis pasaran saham, jika saham FGVH turun ke paras RM4.70 maka pemegang saham FGVH mula menanggung rugi. Jika peneroka ikut nasihat PM, bertimpa2 beban peneroka. Hutang Tanam Semula antara RM 50k - RM 157k dengan interest 6.25%, pinjaman rumah RM20k- RM40k dengan Kos Pengurusan 2.5% dan terkini hutang pinjaman saham FGVH RM3640 dengan interest 5%; kehidupan peneroka sesungguhnya diselubungi hari2 yang makin sukar!
Saya paparkan melalui FB ini jumlah saham FGVH yang Isa Samad dan Ahli Lembaga Pengarah FGVH dapat. Ini belum mengambilkira proksi dan para kroni yang dapat. Saya tidak pasti samada mereka telah menjualnya atau belum bagi meraih keuntungan segera. Mereka tentu ada penasihat dan menghubungi remiser apa yang perlu dilakukan. Bagi staf Felda, mungkin juga mereka boleh berfikir nak bertindak macamana. Namun, bagi peneroka yang tak tau apa2, siapa yang nak menasihati mereka?

Saya berkongsi pengalaman pilu peneroka Felda Cahaya Baru, Sendayan, Labu Johnson, Bukit Cerakah dan Sg Buaya yang mula2 seronok dan gembiranya bukan kepalang tika dijanjikan pampasan jutaan ringgit. Akhirnya, bila tertipu...yang mereka tahu hanya menangis sahaja. Itulah bahasa mereka!

Peneroka Felda Bukit Rokan Utara menangis tersedu2 macam anak kecil tunjukkan kos Tanam Semula mereka mencecah RM157,000; bahkan dengan hutang sebesar itu, kebunnya tidak diselenggarakan dengan sempurna dan berusia 75 tahun....kepada siapa mereka mahu mengadu?

Sudahlah dibebankan dengan hutang yang kian menggunung, apa nak jawab depan Allah dosa riba' yg ditanggung peneroka puluhan tahun?

Penglibatan syarikat Yahudi dan judi dalam FGVH pula kita nak guna hujah apa?

407,005,000 saham Genting Bhd dlm FGVH sedangkan 97% peneroka Felda adalah orang Islam, mana mufti dan Ulama Muda Umno?

Kalau ye pun nak bodek Najib, Ahmad Maslan dan Isa Samad gunalah hujah intelek. Takkan hanya tahu meratib; syukur Umno bg tanah, tak suka boleh keluar Felda, tak sedar diri makan hasil Felda tapi hentam Felda....
Skrip yang berulang dan saya dengar lebih 30 tahun dulu!

Terpulang, samada kita nak kata...ADA AKU KESAH atau LU FIKIR LA SENDIRI..