Isnin, 6 Disember 2010

Kerajaan BN cekik darah rakyat

Respon
"Assalamualikum, Kerajaan atau kera jaan BN sudah melampu.Itu yang boleh diluahkan ketika melalui perkembangan semasa yang semakin membeban dan mencelarukan rakyat.

Harga minyak RON 97 naik mendadak kerana ianya dikatakan diapungkan, RON 95.disel. LPG dan gula pula diselaraskan untuk memberi bebanan tambahan kepada rakyat.Kera jaan menegaskan pelarasan yang dibuat kepada keperluan utama rakyat ini sebagai langkah kedua Program Rasionalisasi Subsidi.

Sementara cukai perkhidmatan dinaikkan kepada 6% daripada 5% yang bermakna pemilik pemilik kenderaan perdagangan terpaksa membayar cukai yang bertambah kepada kera jaan BN.Sementara itu, pihak penguasa tempatan seperti Majlis PERBANDARAN KUANTAN turut aktif mengutip wang rakyat menerusi sistem sistem letak kereta yang mengelirukan.



Selain itu, berdozen dozen list boleh disenaraikan untuk melihat bagaimana cekapnya kera jaan BN 'membuat' duit dari rakyat tanpa sedikitpun memberi pulangan yang berbentuk peningkatan produktiviti kepada rakyat.Yang ada hanyalah projek projek bodoh yang hanya menghabiskan duit rakyat.MENARA KUEH LAPIS 100 tingkat bakal menghilangkan duit rakyat sementara projek pusara negara yang dilapurkan bernilai RM70 juta pula bakal mematikan terus duit rakyat kerana tiada nilai tambah yang boleh dinikmati dari projek ini.

Kita juga boleh melihat macam mana nanti Rosmah mengeksplotasi peruntukan besar wang rakyat kepada PERMATA(yang palsu) sesudah begitu banyak Ringgit milik rakyat sudah dihabiskannya menerusi berbagai bagai cara.

Menteri yang bernama JALA yang pernah mengatakan negara akan bangkrap pada tahun 2019( setahun sebelum 2020 Mahadir) mengatakan langkah menyelaras harga minyak dan gula(sebenarnya menaikan harga) merupakan langkah kerajaan mengurangkan perbelanjaan subsidi tetapi malang sekali kera jaan atau JALA tidak pernah menyebut langkah langkah kerajaan untuk mengurangakan kutipan wang rakyat malah ketika polis mengumunkan diskaun sebanyak 50% samannya(bukan mengumumkan untuk menggugurkan terus saman), JPJ masih tegas dengan kadar penuh saman yang hendak dikutip dari rakyat.

Kera jaan BN sudah hilang arah.Mereka mendakwa sebagai kerajaan rakyat dengan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, tetapi apa yang berlaku sekarang menunjukkan sebaliknya, tiada pencapaian yang dicapai dan rakyat terus diperah sedangkan kerajaan bersama anak beranak dan kroni kroni mereka berbelanja sepeti berbelanja wang pusaka peningggalan mak bapak mereka.

Anwar: Bukti Dasar BN Yang Berbolak Balik dan Berat Sebelah

Nota: Ini adalah terjemahan bahasa Melayu kepada kenyataan asal di sini.


Kenaikan harga sebanyak 5 sen RON 95 merupakan kenaikan kali kedua berturut-turut dalam masa 6 bulan. Pengumuman yang dibuat oleh Dato’ Seri Idris Jala juga meliputi penarikan subsidi terhadap beberapa barang keperluan seumpama gula(kenaikan sebanyak 20 sen), diesel(kenaikan sebanyak 5 sen) dan gas petroleum cecair (kenaikan sebanyak 5 sen).


Manakala Barisan Nasional menegaskan peningkatan harga tersebut adalah kecil dampaknya terhadap rakyat, namun hala tuju dasar negara yang terbentuk kesan dari kenaikan tersebut tidak boleh dipandang ringan. Barisan Nasional melalui PEMANDU telah membentangkan pada sesi Hari Terbuka Rasionalisasi Subsidi bertarikh 27 Mei 2010, bahawa sudah ada rancangan untuk menarik balik subsidi minyak jenis RON 95 pada setiap 6 bulan. Pengumuman semalam mengesahkan akan ada kenaikan harga pada masa hadapan, berkemungkinannya kenaikan yang lebih besar jumlahnya dari yang dicadangkan iaitu kenaikan 10 sen setiap 6 bulan.

Penarikan balik subsidi beberapa jenis barangan juga diusulkan termasuklah subsidi gas yang berkait rapat dengan Janakuasa Bebas yang dimiliki segelintir elit korporat dan kroni Barisan Nasional. Namun sehingga kini kelihatannya kenaikan harga hanyalah terhadap barangan keperluan dan pastinya rakyat keseluruhan yang merasa pedihnya, bukannya kroni.

PEMANDU menganggarkan sejumlah RM 1.12 billion akan dijimatkan pada tahun 2010 sekiranya subsidi gas untuk Janakuasa Bebas serta sektor bukan tenaga dapat dikurangkan. Ini dapat dicapai sekiranya harga gas untuk Janakuasa Bebas dan sektor bukan tenaga naik masing-masing RM 4.65 per mmbtu(million British unit haba) serta RM 2.52 per mmbtu. Sehingga kini, kerajaan melalui PETRONAS, berhasil menyediakan subsidi buat Janakuasa Bebas dan industri lainnya sejumlah RM 19 billion setiap tahun kerana harga gas selepas subsidi hanyalah RM 10.70 per mmbtu(untuk Janakuasa Bebas), harga yang dikira amat murah jika dibandingkan dengan harga pasaran buat gas yang diimpot iaitu RM 38 per mmbtu (sekiranya negara terpaksa mengimpot akibat dari
kekuranganpengeluaran).

Oleh itu kita mahu Perdana Menteri dan pentadbiran beliau memberi penjelasan mengapakah mereka terburu-buru untuk menarik balik subsidi minyak, gula dan gas petroleum cecair, sedangkan kesan dari keputusan tersebut hanya akan membebankan rakyat terbanyak. Pada masa yang sama kita mempersoalkan tindakan mereka kerana kebijakan tersebut tidak menjurus pula terhadap golongan elit korporat terutamanya mereka yang rapat dengan pemerintah.

Tambahan pula sehingga kini kita hanya dihamburi janji sedangkan perubahan yang dijanjikan hanya sekadar suatu wayang dan permainan komunikasi terutamanya berkaitan sistem pengagihan subsidi. Kita berpandangan Perubahan mesti disegerakan kerana ianya mustahak demi memastikan bantuan dari pemerintah sampai kepada golongan berpendapatan rendah sekaligus meringankan beban mereka berhadapan dengan kos sara hidup yang meningkat.

PEMANDU begitu tangkas memastikan subsidi ditarik balik, akan tetapi begitu perlahan mengungkapkan penyelesaian untuk mengagihkan semula subsidi demi kepentingan rakyat terbanyak dan miskin.

Justeru kita ragu keberkesanan serta iltizam untuk melaksanakan perubahan walaupun bahagian terakhir Model Ekonomi Baru baru sahaja dibentangkan. Model Ekonomi Baru diwar warkan sebagai satu rancangan untuk membawa perubahan terutamanya buat sistem ekonomi, namun sejarah menjadi saksi apabila tiba waktu untuk melaksanakannya, mereka sentiasa gagal.

Barisan Nasional cuba meyakinkan kita betapa penarikan balik subsidi adalah perlu demi mengurangkan jurang defisit yang sebenarnya akibat dari keborosan selama ini. Akan tetapi apa yang mereka cuba lakukan hanya mengelak dari persoalan sebenar isu subsidi iaitu harga yang tidak munasabah buat Janakuasa Bebas, kebanyakannya milik kroni.

Lebih menyedihkan, RM 126 juta yang berjaya dijimatkan dari penarikan balik subsidi gula sebanyak 20 sen pada 16hb Julai lalu itu lebih kecil jumlahnya jika hendak dibandingkan dengan bayaran kepada PEMANDU sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini (pada 3hb Disember 2010). Di mana letaknya keabsahan moral kerajaan memerintah ini yang mengambil RM 126juta dari rakyat terbanyak demi untuk membayar RM 66 juta kepada penasihat yang membantu menubuhkan sebuah unit kerajaan dan RM 65 juta pula buat keseluruhan operasi PEMANDU untuk tahun 2010.

Pastinya saya mendengar pengumuman berkaitan dengan Model Ekonomi Baru dengan rasa penuh curiga. Barisan Nasional akan cuba sedaya upaya untuk mengelirukan rakyat dengan segala macam pengumuman kononnya demi kebaikan sektor awam, namun pada masa yang sama boros membayar mereka yang berkhidmat dalam PEMANDU dengan bayaran yang mampu menyaingi sektor swasta.

Dokumen Model Ekonomi Baru menumpu mempromosi liberalisasi dan pembatalan kawal selia, akan tetapi pada masa yang sama memberi lesen kepada YTL untuk menjayakan projek 700MHz tanpa tender terbuka. Berita ini pastinya mendapat cemuhan awam dan kalangan mereka dari industri telekomunikasi.

Pastinya wujud corak ketidaktuntasan di antara pengumuman yang dibuat dan pelaksanaan oleh pemerintah. Ini tidaklah mengejutkan kerana kita sedar pemerintah kini taksub untuk mencipta ilusi indah hasil dari bantuan firma perhubungan awam, yang mana upahnya dibayar dari dana awam. Bagi mereka yang paling mustahak adalah untuk terus kekal berkuasa.

Justeru Pakatan Rakyat bersama dengan rakyat keseluruhannya bertanggungjawab untuk terus memerhati dan memastikan pemerintah membuat keputusan demi kemaslahatan rakyat serta negara. Kita tidak boleh gagal, kerana akibatnya ialah harga minyak RM 2.10 seliter dalam masa setahun lagi.


ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
4HB DISEMBER 2010

Suara 13 Menuju Kehancuran pada PRU Ke-13

Analisis Isu
"UMNO-BN dengan bangganya mempertegaskan komitmen mereka untuk melayari ombak dan badai politik di Malaysia. Mereka dengan beraninya menyatakan kesiapsediaan menghadapi apa-apa juga rintangan yang menghalang mereka daripada terus berkuasa. Namun, suara itu amat aneh kedengarannya.

Keanehan itu disebabkan oleh gemanya bertembung dengan teriakan rakyat terhadap keserakahan mereka meratah kebahagiaan hidup rakyat.

Mereka terus bermain dengan semangat Ketuanan Melayu yang 100% perkauman walaupun perkara itu menimbulkan rendah hati bukan Melayu kerana terpaksa menerima hakikat sebagai 'hamba' di tanah tumpah darah mereka sendiri. Lebih aneh lagi golongan yang disifatkan sebagai 'tuan' itu jauh panggang dari api boleh digelar "cemerlang, gemilang, dan terbilang". Majoriti Melayu luar bandar masih dijadikan "hamba pilihan raya" dan perlu diberi rezeki sekali-sekala oleh Tuan UMNO-BN demi kuasa. Itulah hakikatnya.

Rakyat yang dibebani pelbagai masalah akibat kedudukan ekonomi yang sukar terus dibebani dengan kenaikan demi kenaikan harga barangan keperluan. Hal ini menjadikan bantuan yang diberi kepada kakitangan kerajaan dari masa ke masa sekadar RM500.oo itu tidak bernilai. Jika golongan ini merasa keperitan, bayangkanlah tahap keperitan rakyat di luar bandar yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Situasi ini tidak akan berlanjutan selamanya. Akan tiba juga ketikanya Melayu yang tertampan ke dinding tanpa pembelaan bangun menyatakan sikap dan tindakan mereka terhadap semua pengkhianatan yang mereka terima.

UMNOlah yang merompak tanah Melayu di Pulau Pinang. Mereka tidak dapat membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengambil tanah orang Melayu untuk diberi kepada pihak ketiga. Berjela-jela bukti telah diketengahkan tentang kegelojohan UMNO-BN merampas Tanah Simpanan Melayu. Bertong-tong peristiwa telah dibongkar tentang pengusiran Melayu miskin dari tempat tinggal mereka hanya atas nama pembangunan. Mereka terus merempat walaupun ramai kroni UMNO-BN kaya-raya.

UMNO terus berselindung di sebalik lalang apabila mengatakan perpaduan dalam BN berada pada tahap unggul. MCA tidak segagah mana pun apabila dipimpin oleh Aktor Porno. Imejnya merudum dalam kalangan orang Cina. Majoriti orang Cina lebih cenderung mempertahankan ketinggian moral, bukannya pemimpin yang gila seks.

Kita akan melihat pergelutan yang hebat dalam MIC tidak lama lagi. Palinivel bukanlah pemimpin yang berwibawa. Jika Najib sendiri tidak berani berhadapan dengan pemilihan, apatah lagi Presiden Gerakan yang lembek. Belum apa-apa sudah mengumumkan pengunduran. Anak buahnya pula tidak sudah-sudah menikam UMNO dari belakang, terutamanya isu menjadikan BN sebagai sebuah parti bukan gabungan. Bukanlah satu perkara yang aneh apabila UMNO tidak sedikit pun terusik dengan ngauman harimau kertas itu. Kesemua hal ini ternganga ketika Najib berhempas-pulas meminda peraturan dalam BN supaya lebih banyak kuasa diberi kepadanya.

UMNO perlu ingat bahawa parti-parti lain bukannya lembu yang boleh dicucuk hidungnya. Mereka pun akan bangun menyatakan hak, kecualilah mereka tiada maruah barang sekelumit pun. Mungkin ada pemimpin UMNO yang menyedari hal ini. Namun, seperti biasa, mereka akan mengambil jalan selamat. Idealisme inilah yang telah menjerumuskan UMNO-BN ke lembah kemusnahan dalam entah berapa ribu kali pilihan raya. Hakikatnya, mereka tidak pernah belajar daripada kesilapan itu. Yang pasti untung ialah Pakatan Rakyat.

YANG RAKYAT TERBEBAN IALAH MENANGGUNG BN

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan kenaikan harga Petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair sebanyak 5 sen menjadikan RON95 kini RM 1.90 sen seliter, diesel kepada RM1.80 sen seliter dan LPG menjadi RM 1.90 sekilogram manakala gula menjadi RM 2.10 sekilogram dengan kenaikan sebanyak RM0.20.

Dengan kenaikan ini maka lengkaplah pesta kenaikan harga barang yang diusahakan kerajaan BN. Dua hari sudah, kerajaan menaikkan harga Petrol RON97 sebanyak 15 sen tidak sampai dua bulan kenaikan sebanyak 5 sen.

Seperti biasa, kerajaan menggunakan ayat penyelarasan semula serta mengurangkan perbelanjaan negara. Dikatakan, kenaikan ini mampu mengurangkan perbelanjaannya sebanyak RM 1.18 bilion serta mengimbangi defisit kewangan negara. Kerajaan menyatakan tidak mampu menampung subsidi kepada rakyat dengan harga lama, maka dengan sebab itu harga petrol dan barang keperluan terpaksa dinaikkan. Lebih menyakitkan hati, sesetengah pemimpin negara menyatakan bahawa kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat dan harga petrol Malaysia masih rendah berbanding dengan negara jiran yang lain.

Faktanya, kenaikan petrol sudah pastinya menjejaskan kehidupan rakyat. Apabila gula dinaikkan, petrol dinaikkan, maka apakah tidak ada sebab bagi peniaga menaikkan harga barang perniagaan mereka. Hampir semua kenderaan menggunakan minyak petrol dan diesel, dan hampir semua makanan perlukan gula. Apakah ada alasan bodoh pemimpin negara yang bercakap kerana mahukan rakyat sihat dari penyakit diabetes maka kerajaan perlu menaikkan harga gula. Mungkin juga ada kenyataan pemimpin negara yang mahukan keselamatan rakyat di jalan raya, maka harga petrol dan diesel terpaksa dinaikkan. Adakah pemimpin mahukan rakyat berbasikal ke tempat kerja, atau menggunakan perkhidmatan awam bagi mengurangkan kos mereka, sedangkan mereka selesa menaiki kenderaan rasmi kerajaan ke mana-mana.

Jika dibandingkan dengan negara jiran, Malaysia adalah antara negara yang kaya dengan hasil bumi termasuk minyak. Namun malang bagi rakyat Malaysia, kerana tidak berhak menikmati kekayaan hasil bumi yang kaya ini. Mengapa kerajaan tidak membandingkan Malaysia dengan negara pengeluar minyak dunia seperti Arab Saudi, Iran, Venezuela, Qatar dan lain-lain. Perlukah Malaysia mengikut harga pasaran minyak antarabangsa? Mengapa rakyat perlu menjadi korban hanya semata-mata kerajaan tidak mampu menampung subsidi negara. Seolah-olah menaikkan harga minyak petrol dan diesel dan barang keperluan adalah jalan akhir setelah hampir semua langkah telah diambil bagi ‘membela’ rakyat. Sedangkan untuk menguntungkan pihak tertentu, kerajaan sanggup dan mampu berbelanja lebih. Menara Wawasan dibina dengan nilai RM 5 bilion, entah belum tentu menguntungkan rakyat jelata. Lebih baik perbelanjaan itu ditampung kepada subsidi minyak. Sebegitu juga dengan projek-projek mega, gergasi dan mewah, itu perlu dikurangkan dahulu buat menampung keperluan rakyat.

Memang betul rakyat tidak terbeban dengan kenaikan ini, kerana rakyat sudah tidak mampu berkata-kata lagi. Sudah kering air mata dan keringat rakyat bekerja siang dan malam mencari sesuap rezeki menampung kehidupan. Soal kenaikan gaji, elaun tambahan, gaji minimum tidak pernah menjadi perhatian utama kerajaan. Rakyat kini bukan sekadar tidak terbeban dengan kenaikan harga barang, tetapi tidak mampu menampung beban menanggung BN.


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


Kiriman Fadhil B. Osman

Pegawai Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat

Perbandingan Harga Petrol Semasa

1. United Arab Emirates - $0.37/liter/ RM1.22 seliter
2. Baharin - $0.27/liter/RM0.89/liter
3. Qatar - $0.22/liter /RM0.72 /liter
4. Kuwait -$0.21/liter /RM0.69/liter
5. Libya - $0.14/liter / RM0.46/liter
6. Arab Saudi - $0.12/liter / RM0.39 /liter
7. Iran - $0.11/liter /RM0.36/liter
8. Nigeria - $0.10/liter / RM0.33/liter
9. Turkmenistan - $0.08/liter / $M0.26/liter
10. Venezuela - $0.05/liter / RM0.16 /liter
Malaysia..???????

SATU LAGI CARA UNTUK TIPU MELAYU

KENYATAAN RESMI

Model Ekonomi Baru dan Penarikan Subsidi: Bukti Dasar Barisan Nasional
Yang Berbolak Balik dan Berat Sebelah.


Kenaikan harga sebanyak 5 sen RON 95 merupakan kenaikan kali kedua
berturut-turut dalam masa 6 bulan. Pengumuman yang dibuat oleh Dato’
Seri Idris Jala juga meliputi penarikan subsidi terhadap beberapa
barang keperluan seumpama gula(kenaikan sebanyak 20 sen),
diesel(kenaikan sebanyak 5 sen) dan gas petroleum cecair(kenaikan
sebanyak 5 sen).

Manakala Barisan Nasional menegaskan peningkatan harga tersebut adalah
kecil dampaknya terhadap rakyat, namun hala tuju dasar negara yang
terbentuk kesan dari kenaikan tersebut tidak boleh dipandang ringan.
Barisan Nasional melalui PEMANDU telah membentangkan pada sesi Hari
Terbuka Rasionalisasi Subsidi bertarikh 27 Mei 2010, bahawa sudah ada
rancangan untuk menarik balik subsidi minyak jenis RON 95 pada setiap
6 bulan. Pengumuman semalam mengesahkan akan ada kenaikan harga pada
masa hadapan, berkemungkinannya kenaikan yang lebih besar jumlahnya
dari yang dicadangkan iaitu kenaikan 10 sen setiap 6 bulan.

Penarikan balik subsidi beberapa jenis barangan juga diusulkan
termasuklah subsidi gas yang berkait rapat dengan Janakuasa Bebas yang
dimiliki segelintir elit korporat dan kroni Barisan Nasional. Namun
sehingga kini kelihatannya kenaikan harga hanyalah terhadap barangan
keperluan dan pastinya rakyat keseluruhan yang merasa pedihnya,
bukannya kroni.

PEMANDU menganggarkan sejumlah RM 1.12 billion akan dijimatkan pada
tahun 2010 sekiranya subsidi gas untuk Janakuasa Bebas serta sektor
bukan tenaga dapat dikurangkan. Ini dapat dicapai sekiranya harga gas
untuk Janakuasa Bebas dan sektor bukan tenaga naik masing-masing RM
4.65 per mmbtu(million British unit haba) serta RM 2.52 per mmbtu.
Sehingga kini, kerajaan melalui PETRONAS, berhasil menyediakan subsidi
buat Janakuasa Bebas dan industri lainnya sejumlah RM 19 billion
setiap tahun kerana harga gas selepas subsidi hanyalah RM 10.70 per
mmbtu(untuk Janakuasa Bebas), harga yang dikira amat murah jika
dibandingkan dengan harga pasaran buat gas yang diimpot iaitu RM 38
per mmbtu (sekiranya negara terpaksa mengimpot akibat dari
kekuranganpengeluaran).

Oleh itu kita mahu Perdana Menteri dan pentadbiran beliau memberi
penjelasan mengapakah mereka terburu-buru untuk menarik balik subsidi
minyak, gula dan gas petroleum cecair, sedangkan kesan dari keputusan
tersebut hanya akan membebankan rakyat terbanyak. Pada masa yang sama
kita mempersoalkan tindakan mereka kerana kebijakan tersebut tidak
menjurus pula terhadap golongan elit korporat terutamanya mereka yang
rapat dengan pemerintah.

Tambahan pula sehingga kini kita hanya dihamburi janji sedangkan
perubahan yang dijanjikan hanya sekadar suatu wayang dan permainan
komunikasi terutamanya berkaitan sistem pengagihan subsidi. Kita
berpandangan Perubahan mesti disegerakan kerana ianya mustahak demi
memastikan bantuan dari pemerintah sampai kepada golongan
berpendapatan rendah sekaligus meringankan beban mereka berhadapan
dengan kos sara hidup yang meningkat.

PEMANDU begitu tangkas memastikan subsidi ditarik balik, akan tetapi
begitu perlahan mengungkapkan penyelesaian untuk mengagihkan semula
subsidi demi kepentingan rakyat terbanyak dan miskin.

Justeru kita ragu keberkesanan serta iltizam untuk melaksanakan
perubahan walaupun bahagian terakhir Model Ekonomi Baru baru sahaja
dibentangkan. Model Ekonomi Baru diwar warkan sebagai satu rancangan
untuk membawa perubahan terutamanya buat sistem ekonomi, namun sejarah
menjadi saksi apabila tiba waktu untuk melaksanakannya, mereka
sentiasa gagal.

Barisan Nasional cuba meyakinkan kita betapa penarikan balik subsidi
adalah perlu demi mengurangkan jurang defisit yang sebenarnya akibat
dari keborosan selama ini. Akan tetapi apa yang mereka cuba lakukan
hanya mengelak dari persoalan sebenar isu subsidi iaitu harga yang
tidak munasabah buat Janakuasa Bebas, kebanyakannya milik kroni.

Lebih menyedihkan, RM 126 juta yang berjaya dijimatkan dari penarikan
balik subsidi gula sebanyak 20 sen pada 16hb Julai lalu itu lebih
kecil jumlahnya jika hendak dibandingkan dengan bayaran kepada PEMANDU
sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini (pada 3hb Disember 2010). Di
mana letaknya keabsahan moral kerajaan memerintah ini yang mengambil
RM 126juta dari rakyat terbanyak demi untuk membayar RM 66 juta kepada
penasihat yang membantu menubuhkan sebuah unit kerajaan dan RM 65 juta
pula buat keseluruhan operasi PEMANDU untuk tahun 2010.

Pastinya saya mendengar pengumuman berkaitan dengan Model Ekonomi Baru
dengan rasa penuh curiga. Barisan Nasional akan cuba sedaya upaya
untuk mengelirukan rakyat dengan segala macam pengumuman kononnya demi
kebaikan sektor awam, namun pada masa yang sama boros membayar mereka
yang berkhidmat dalam PEMANDU dengan bayaran yang mampu menyaingi
sektor swasta.

Dokumen Model Ekonomi Baru menumpu mempromosi liberalisasi dan
pembatalan kawal selia, akan tetapi pada masa yang sama memberi lesen
kepada YTL untuk menjayakan projek 700MHz tanpa tender terbuka. Berita
ini pastinya mendapat cemuhan awam dan kalangan mereka dari industri
telekomunikasi.

Pastinya wujud corak ketidaktuntasan di antara pengumuman yang dibuat
dan pelaksanaan oleh pemerintah. Ini tidaklah mengejutkan kerana kita
sedar pemerintah kini taksub untuk mencipta ilusi indah hasil dari
bantuan firma perhubungan awam, yang mana upahnya dibayar dari dana
awam. Bagi mereka yang paling mustahak adalah untuk terus kekal
berkuasa.

Justeru Pakatan Rakyat bersama dengan rakyat keseluruhannya
bertanggungjawab untuk terus memerhati dan memastikan pemerintah
membuat keputusan demi kemaslahatan rakyat serta negara. Kita tidak
boleh gagal, kerana akibatnya ialah harga minyak RM 2.10 seliter dalam
masa setahun lagi.


ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
4HB DISEMBER 2010