Jumaat, 10 Februari 2012

NFC Ditakdir Gagal Sejak Awal Lagi – Rafizi

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata, kali pertama beliau mendengar mengenai National Feedlot Corporation (NFC) bukanlah melalui laporan Ketua Audit Negara tetapi melalui majalah gaya hidup masyarakat kelas tinggi – Malaysia Tatler.

“Sangat glamour,” fikirnya apabila melihat anggota keluarga
Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ditampilkan dalam majalah berkenaan sekitar empat atau lima tahun lalu.

Keluarga menteri itu nampaknya seronok dengan perhatian seperti itu, kata Rafizi lagi dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sekiranya projek National Feedlot Centre yang diusahakan syarikat berkenaan merupakan satu projek ‘gajah putih.’

Rafizi ditanya demikian susulan dakwaannya bahawa projek itu ditakdirkan untuk gagal sejak awal lagi.

“Jika ia merupakan satu projek gajah putih, yang mereka tahu sebagai satu sabotaj kepada mereka, saya tidak fikir mereka akan berseronok dengan glamour…,” katanya lagi.

Beliau juga mendakwa, keluarga menteri itu sejak awal lagi mengetahui bahawa projek ternakan lembu itu tidak akan berjaya.

“Tapi saya fikir mereka tahu sejak awal lagi bahawa untuk mencapai sasaran 276,000 ekor lembu setahun adalah mustahil dan sebab itulah saya fikir mereka menghabiskan banyak masa membuat perkara lain,” katanya.

Rafizi mendakwa projek NFC itu hanyalah satu “samaran”, sedangkan suami dan anak-anak menteri berkenaan menggunakan pinjaman RM250 juta itu sebagai modal untuk perniagaan yang lebih “glamour” seperti pelaburan hartanah dan juga kedai makan kelas tinggi.

“Jadi apabila anda dapat orang yang mendapatkan kontrak dan pembiayaan bukan untuk tujuan sebenar dasar tersebut, tentulah ia ditakdirkan gagal sejak awal lagi,” katanya.

Beliau juga mendakwa, keluarga menteri itu telah menggunakan kawalan mereka ke atas pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan itu untuk perniagaan lain.

Akauntan berkanun itu memberi alasan mudah – walaupun
seseorang itu tidak dilantik sebagai pemegang saham dalam sesuatu syarikat, individu berkenaan boleh membuktikan bahawa mereka mempunyai kawalan ke atas dana yang besar seperti pinjaman RM250 juta dari kerajaan.

“…Itu saja sudah cukup sebagai jaminan kepada bank untuk memberikan anda pinjaman untuk membeli begitu banyak hartanah,” dakwanya.

Rafizi juga sangsi dengan kenyataan yang diberikan oleh salah seorang anak Shahrizat – Wan Shahinur Izmir Salleh – ketika menafikan dakwaan bahawa beliau serta anggota keluarganya rakus membelanjakan pinjaman wang tersebut.

Wan Shahinur antara lainnya berkata dakwaan itu tidak
munasabah kerana keluarganya masih perlu membayar pinjaman tersebut.

Rafizi yang melihat isu tersebut dari sudut akauntabiliti berkata, penjelasan itu tidak sah di sisi undang-undang.

“Saya setuju jika setiap orang (pemilik National Feedlot Corporation) meletakkan jaminan peribadi ke atas pinjaman RM250 juta, letakkan semua aset atas nama mereka sebagai cagaran kepada RM250 juta itu, barulah kita bercakap dengan masuk akal sedikit,” katanya.

Tanpa akauntabiliti seperti itu, kata Rafizi, tindakan yang dapat dijalankan hanyalah dengan menutup syarikat induk yang mengawal NFC – Agroscience Industries Sdn Bhd yang juga dimiliki keluarga menteri berkenaan.

Wan Shahinur juga sebelum ini telah mengemukakan hujah bahawa langkah menubuhkan syarikat pengedar untuk daging dan juga rangkaian restoran mewah Meatworks dibuat untuk menyokong pusat ternakan fidlot itu.

Penjelasan itu dicabar oleh Rafizi yang berkata, kerajaan dan
syarikat NFC sendiri tidak mempunyai hak ke atas dua anak syarikat tersebut – National Livestock dan Meat Corporation dan Real Food Company – yang telah menerima pemindahan wang daripada syarikat NFC.

National Livestock and Meat Corporation bertanggungjawab mengeluarkan produk lembu daripada daging tersebut dan Real Food Company pula mengedarkan produk berkenaan, selain menguruskan rangkaian restoran mewah Meatworks.

“Anda tanya sesiapa saja dalam syarikat runcitan, bukan saja dalam (industri) daging. Mereka tidak tubuhkan begitu banyak operasi (tapi) mungkin hanya satu bahagian atau seksyen pemasaran di dalam syarikat itu.

“Tapi yang paling penting, anda tidak boleh bercakap mengenai membina rangkaian pengedaran produk lembu seperti didakwa, apabila mereka tiada lembu.

“Anda perlu ada jumlah lembu yang perlu sebelum anda boleh mula buat (perkara ini),” katanya.


SKANDAL NFC: PENGURUSAN NFC MENGUMPUL ASET MEWAH DI SINGAPURA

Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.

Sebelum ini, KEADILAN telah mengemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010. Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura.

Pada 17 Januari 2012, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura. Berdasarkan maklumat ini, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli.

Hasil siasatan mengesahkan bahawa selain dari satu unit kondominium mewah Orchard Scotts, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil telah membeli dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura.

Butir-butirnya adalah seperti berikut:

Alamat

#08-01

Marina Bay Suites

3 Central Boulevard

Singapore 018965

Hakmilik

Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail

Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh

(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga

S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209

Tarikh dibeli

27 Mei 2010

Pembiaya

United Overseas Bank Limited (UOB)

Alamat

#11-01

Marina Bay Suites

3 Central Boulevard

Singapore 018965

Hakmilik

Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail

Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh

(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga

S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575

Tarikh dibeli

27 Mei 2010

Pembiaya

Malayan Banking Berhad (Maybank)

Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse.

Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi.

Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.

Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Dato’ Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit. Ada kemungkinan dana awam berjumlah RM250 juta itu diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, sebahagiannya untuk menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli.

Tiada ulasan: