Berita terkini tentang kemarahan Marina Mahathir terhadap media perdana kepunyaan kerajaan semalam mendapat perhatian ramai. Sekarang ini bertambah lagilah rasa tidak berkeyakinan terhadap media perdana, seperti Utusan, TV3 serta saluran TV perdana yang lain yang telah memutar belitkan isu seksualiti merdeka itu.
Semua media perdana menari seirama dan sehayun untuk membuat fitnah besar-besaran terhadap pihak lain semata-mata kerana kepentingan politik desperado pihak yang sedang berkuasa. Yang paling menyedihkan komen yang tidak senonoh itu juga datangnya dari Timbalan Perdana Menteri yang suaranya sealiran dengan pihak penyokong kerajaan.
Semuanya itu adalah usaha untuk mendapatkan sokongan orang ramai semasa pilihan raya yang hampir tiba ini. Seksualiti merdeka dituduh akan mengadakan festival besar-besaran kononnya untuk memperjuangkan seks bebas yang tidak masuk akal itu. Tetapi orang berkuasa di negara ini memang begitulah. Mereka akan mencari apa sahaja jalan untuk menginaya pemikiran dan memesongkan pandang orang ramai terhadap pihak yang mereka takuti akan mendapat sokongan.
Orang ramai hampir-hampir tertipu dengan isu yang ditimbulkan oleh media perdana khususnya Utusan dan saluran TV kumpulan media prima. Begitulah selama ini cara dan kaedah pihak yang ingin mengekalkan kuasa mendapatkan sokongan ramai. Tetapi baiknya kali ini rakyat tidak lagi semudah itu untuk diperdayakan.
Marina Mahathir telah keluar dengan kenyataan keras dan membidas akhbar serta saluran media perdana dan menuduh secara terang-terangan terhadap media perdana dan beberapa orang pemimpin politik UMNO yang telah bersekongkol untuk menerbitkan isu ini secara besar-besaran dengan harapan untuk mengelirukan rakyat.
Marina telah pergi ke pejabat NGO itu di Jalan Gasing Petaling Jaya untuk memberi sokongan moral kepada empat orang yang sedang disoal oleh polis, iaitu ‘founder’ Seksual Merdeka’ Pang Khee Teik, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan, pengarah Tenaganita Irene Fernandez serta Maria Chin Abdullah ajk Bersih 2.0.
Marina berkata yang beliau terlalu marah…terlalu marah kerana permainan media perdana memutar belitkan isu seksualiti merdeka dan menafiakan yang NGO ini hanya mengambil perhatian terhadap mereka yang tidak sempurna kehidupan dan fizikal mereka dan memperjuangkan hak serta nasib mereka yang terpinggir dari masyarakat awam yang besar itu.
Marina berkata 2 tahun lalu beliau telah merasmikan majlis yang serupa tanpa halangan dan kenapa sekarang perkara itu diperbesarkan sehingga sedemikian rupa.
“Ini bukan festival seks bebas” katanya kepada media di pejabat NGO itu semalam. Beliau beranggapan pihak yang memutar belitkannya sebagai festival seks bebas sebagai gila dan orang yang tidak ada apa benda lain yang hendak buat.
Marina berkata beliau telah berusaha membela mereka yang tidak bernasib baik ini selama 20 tahun dan usaha yang dilakukan oleh seksuali merdeka ini ialah untuk membantu mereka-mereka ini yang lesbian, gay, bisesual serta transgender community mengetahui segala apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam undang-undang negara.
Bagi saya dalam BN khususnya UMNO mempertahankan kedudukan mereka untuk berkuasa isu seks adalah isu yang paling suka mereka perbesarkan. Tidak ada lain seks…seks…dan seks. BN tidak menumpukan usaha mereka untuk menunjukkan petadbiran yang luhur dan bersih daripada kegiatan yang hina seperti rasuah. Mereka (BN) memainkan isu seks bebas terhadap orang yang sudah berumur seperti Ambiga dan Irene Fernandez dan itu merupakan isu yang tidak masuk akal.
Marina Mahathir naik berang kerana beliau tahu media perdana ini menggunakan isu ini untuk kepentingan politik semata-mata. Sekarang semakin hari semakin meyakinkan rakyat yang Utusan dan semua media masa di negara ini hanya merupakan propaganda kosong untuk pihak yang berkuasa dan semuanya ini mereka sanggup lakukan kerana imbuhan peribadi yang lumayan sebagai pembayaran upahan akan mereka perolehi.
UMNO khususnya mempunyai kekuatan kewangan dan kumpulan ini akan mengambil kesempatan di atas kemurahan UMNO untuk membayar imbuhan sebagai balasan di atas sokongan yang membuta tuli terhadap mereka itu.
Media perdana sudah tidak diyakini oleh rakyat lagi kerana persepsi terhadap kumpulan media perdana ini sangat rendah. Malahan lagi kuat Utusan membelasah pihak pembangkang lagi jatuh sokongan rakyat terhadap UMNO. Lagi banyak isu untuk memburukkan pihak pembangkang yang dilakukan oleh media perdana lagi buruk pandangan rakyat terhadap kerajaan BN yang di teraju oleh UMNO itu.
Bagi sesiapa yang berfikir secara serius, perkiraan mereka ialah BN di Semenanjung akan hanya diwakili oleh kurang dari 70 kerusi. Bagaimana UMNO boleh mengaku ianya sebagai parti tunjang kepada BN jika mereka hanya diwakili oleh kurang dati 70 kerusi? Boleh sesiapa beritahu saya?
Bukti-bukti yang UMNO sudah begitu desperate terlalu banyak. Yang terakhir ialah dengan isu seksualiti merdeka yang dimainkan oleh media perdana ini. Saya tekankan di sini rakyat secara generalnya akan bertindak bersalahan dengan apa yang dilakukan oleh media perdana terutamanya Utusan dan TV3.
Jika Utusan dan TV3 ke barat rakyat akan ke timor. Jika Utusan dan TV3 ke utara rakyat akan ke selatan. Pendeknya media perdana kini boleh di anggapkan sebagai penyumbang utama kepada kejatuhan BN dalam pilihanraya kali ini jika pihak ini terus menerus memainkan isu sensitive tanpa belas ehsan ini.
Bagi mereka (rakyat) yang serius, formula mudah untuk melaksanakan proses demokrasi ini ialah, jangan percaya setiap perkataan dan kata-kata media perdana kerana kumpulan media perdana ini sentiasa berbohong. Ke kiri Utusan dan TV3 ke kanan kita pergi. Ke kanan mereka (Utusan dan TV3) ke kiri kita pergi.
Itulah formula terbaik jika kita mahu kebenaran atau setidak-tidaknya mahu menghampiri kebenaran tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh media perdana yang saya sebutkan tadi.
Jangan lupa kepada formula ini. Seperti pelaran matematik, jika kita ingat semua formulanya kita akan dapat jawapan yang tepat.
(Tajuk asal: Media perdana - jika mereka ke- kiri kita ke kanan, jika mereka ke kanan, kita ke kiri. Insyaallah akan jumpa kebenaran.)
Malaysian Insider: Marina Mahathir: Mengapa kacau Ambiga, kacau saya kalau berani!
Marina Mahathir, anak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang berprofil tinggi,telah memberi amaran kepada pihak berkuasa dan juga pengacau untuk tidak menjadikan Ketua Bersih Ambiga Sreenevasan dan lain-lain aktivis sebagai mangsa untuk acara Seksualiti Merdeka yang dijadualkan untuk November 9 hingga 13.
"Bagi kesusahan, tanya kepada saya. Saya telah mempertahankan hak-hak masyarakat LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) selama lebih 20 tahun. Malah, saya mempertahankan hak-hak semua yang telah didiskriminasikan, golongan miskin dan orang lain. Jadi, jika terdapat sebarang diskriminasi atau keganasan terhadap sesiapa, saya akan terus mempertahankan hak-hak mereka. Itu sahaja. Adakah anda faham?" Marina memberitahu sidang akhbar pada hari Isnin.
Setakat ini, Ambiga telah menjadi sasaran khusus polis dan kumpulan lain yang diketuai Umno, yang telah dituduh membuat kacau dalam usaha untuk menggunakan homofobia di negara ini untuk menarik umat Islam konservatif ke pihak mereka.
Sesungguhnya, ia amat menarik perhatian untuk manyaksikan pihak lawan parti Melayu Umno dan PAS cuba mengalahkan tahap keislaman satu sama lain melalui acara itu sehingga kedua-dua pihak secara tidak sengaja mendedahkan kelampauan mereka. Beberapa pemimpin mereka mempersoalkan hak LGBT untuk menganggap dirinya sebagai sebuah komuniti.
Pesta seks bebas? Saya akan saman!
Dalam pertelagahan halus, Marina juga mengancam untuk menyaman Umno yang dikawal oleh TV3 kerana menerangkan Seksualiti Merdeka sebagai "pesta seks bebas".
"Saya telah melihat muka anda dan kami tahu siapa anda," kata Marina, memberi amaran kepada wartawan dari stesen TV untuk tidak menyalah lapor kenyataan beliau.
Marina berkata dia di sana untuk menunjukkan perpaduannya dengan 4 aktivis ditahan oleh pihak polis untuk disoal siasat. Mereka adalah Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenavasan dan anggota jawatankuasa pemandu Maria Chin Abdullah, pengarah Tenaganita Irene Fernandez dan pengasas Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik.
"Saya di sini hanya sebagai penyokong kerana dua tahun lalu, saya merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa apa-apa kejadian. Ia adalah acara untuk menerangkan dan mendidik mereka tentang hak-hak mereka dalam undang-undang, dan bukan di luar, "kata Marina.
"Oleh itu, saya sangat marah, sangat marah, tiada kata-kata boleh menggambarkannya, pada pihak yang memanggil acara ini pesta seks bebas. Anda tidak mempunyai benda yang lebih baik untuk dilakukan? Di sini seks bebas tidak dibenarkan. Adakah anda gila kerana membayangkan ini? "
‘Deja-vu’ Bersih
Dalam siri bergerak peringatan tindakan keras Bersih, polis telah mengharamkan acara tersebut, memanggil Ambiga dan lain-lain untuk dipersoalkan manakala media yang dikawal oleh BN terutama Utusan bergegas menggambarkan komuniti LGBT sebagai 'haiwan' tanpa moral.
Walaupun Malaysia mempunyai sebahagian besar yang ‘homophobic’, terdapat perkembangan yang menggelisahkan bahawa kumpulan Umno dan PAS telah melebihi sempadan mereka, dan perlu diingatkan untuk membuat tugas disebalik sikap fanatik mereka.
Perkasa, dan kumpulan berkaitan Umno yang lain-lain telah mengadakan protes yang bising, melemparkan caci maki jahat terhadap mereka termasuk memanggil mereka 'haiwan'.
Seksualiti Merdeka telah mengadakan acara tahunan sejak 2008 dan serangan yang belum pernah berlaku sebelum ini oleh pihak polis dan kumpulan Islam telah mengejutkan jawatankuasa penganjur. Polis telah mengharamkan acara mereka, menyatakan bahawa ia satu ancaman kepada ketenteraman awam.
Lakonan tidak jujur
Ketua Polis Negara, Ismail Omar, telah bersetuju untuk berjumpa penganjur Seksualiti Merdeka. Pihak penganjur di pihak mereka juga telah bersetuju untuk menghentikan semua acara awam sebelum mesyuarat itu. Tetapi penganalisis politik memberi amaran bahawa Ismail tidak mungkin memberi penganjur perbicaraan yang adil.
"Mesyuarat ini adalah lakonan tidak jujur ??di pihak polis. Ini lakonan bagi rakyat bahawa mereka tidak senang naik tangan," naib presiden PKR N Surendran (kanan) memberitahu Malaysia Chronicle.
"Polis tidak mempunyai hak mengharamkan acara tersebut padahalnya. Mereka tidak bertindak mengikuti undang-undang dan bersikap bodoh. Kementerian Dalam Negeri BN dan kepimpinan polis yang menjadi ancaman utama kepada kebebasan rakyat. Mereka menganggap Perlembagaan seperti sampah, sambil berpura-pura untuk menegakkan undang-undang. Lama kelamaan, mereka akan perlu menjawab sebab mereka berlaku salah."
Malaysian Insider: Marina Mahathir livid over ‘free sex’ slur on Seksualiti Merdeka
PETALING JAYA, Nov 7 — An emotional Datuk Paduka Marina Mahathir lashed out today at media reports describing “Seksualiti Merdeka” as a “free sex festival”, and threatened to sue if the matter was not clarified.
She told a media conference that “no words could describe” her anger at hearing the event being described as such on television station TV3 last night, and warned a reporter from the station of consequences if her statement today is misreported.
“I have been looking at your face and we know who you are,” the eldest daughter of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said during the press conference on the front porch of Tenaganita’s headquarters here, visibly shaking with anger.
Marina had turned up at the NGO’s single-storey office on Jalan Gasing this evening to lend support to four fellow human rights activists who were being questioned by police over their involvement in the recently-banned sexuality rights festival.
The four are Seksualiti Merdeka founder Pang Khee Teik, Bersih 2.0 chairman Datuk Ambiga Sreenavasan, Tenaganita director Irene Fernandez, and Bersih 2.0 steering committee member Maria Chin Abdullah.
“I am here only as a supporter because two years ago, I officiated Seksualiti Merdeka without any incident,” she said.
Marina explained the event was not to promote free sex, but to help the marginalised lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) community understand their legal rights.
“It is an event to explain and educate them of their rights within the laws, and not outside.
“So I am very angry, very angry, there are no words to describe, at certain parties calling this a free sex festival. You have nothing better to do? Nowhere here is free sex allowed... are you crazy to imagine this?” she charged.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan