Selasa, 8 November 2011

KENAPA INI TAK BERLAKU DALAM NEGARA KAPIR?

MARI KITA SAMA SAMA TEKA




LAGI MAYAT BAYI DITEMUI DI TEMPAT BUANG SAMPAH - mstar

KUALA LUMPUR|: Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dan cukup sifat, ditemui di kawasan pembuangan sampah di Jalan 4/6 Pandan Perdana, di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata bayi itu ditemui sekumpulan pekerja sebuah syarikat memungut sampah pada kira-kira 5.30petang.

"Mayat bayi ditemui dalam keadaan berbungkus dengan baju wanita dan tualabiru muda," katanya kepada Bernama melalui sistem pesanan ringkas.

Beliau berkata mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Ampang untuk bedahsiasat.

"Temu bual dengan penduduk setempat setakat ini tidak memberi sebarang maklumat lanjut. Bagaimanapun kita sedang mengesan individu yang bertanggungjawab," katanya.-






NOTA:

mari kita teka
bayi ini ibu dan ayahnya bangsa apa?

mari kita teka
bayi ini ibu dan ayahnya agama apa?

mari kita tanya
kenapa di negara kapir yang rakyatnya makan babi
kenapa di negara kapir yang pemimpinya minum arak
kenapa di negara kapir yang ramai tak beragama
tidak pernah terjadi bayi mati dibuang?

kenapa buang bayi berlaku di negara yang pemimpinnya
selalu berulang alik ke saudi arabia

kenapa buang bayi berlaku di negara yang pemimpinnya
tak sudah sudah bercakap hal dosa dan pahala

kenapa buang bayi berlaku di negara yang mengakui tamadun dan agamanya
lengkap dan tepat dari agama lain

kenapa dalam negara yang hari hari sibuk dengan ceramah moral
ada bayi mati dibuang ditempat buang sampah

kenapa dalam negara yang sibuk dengan kes jubur dan berjubur
ada bayi mati dibuang ditempat buang sampah

sila fikirkan

Tiada ulasan: