Khamis, 7 April 2011

Nazri Aziz, tak perlu nasihat DSWA. Kenali anak kamu dulu

Video Blue Rahim Thamby Chik tu kabur dan hitam putih. Kalau masuk mahkamah pun siang-siang tak lepas (kecuali mahkamah Malaysia yang hakim boleh kena beli). Bagi sesiapa yang siuman, siang-siang mereka dah tolak.

Apasal kita nak buang masa tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja? Nazri Aziz ni katanya peguam. Saya nasihatkan Nazri ambik degree lawyer dia dan buang ke Sungai Kelang.

Ni kerja bodoh namanya, kerja buang masa. Seperkara lagi, kata-kata Nazri bahawa DS Wan Azizah tidak layak memberikan pendapat kerana tidak mengenali susuk tubuh suaminya, adalah satu kenyataan yang amat-amat bodoh daripada seorang menteri veteran. Mungkin dia tak dapat nak jaga dan kawal kegiatan anak dia, jadi dia nak samakan orang lain pun, macam perangai dia!

Kalau gambar tu terang macam gambar anak Nazri Aziz ni, bolehlah kita tubuh Suruhanjaya Diraja:



Jadi, kita nak tanya Nazri, dia dah pernah ke lihat seluruh tubuh Anwar Ibrahim? Sapa lagi yang boleh menjadi saksi yang paling baik di dalam menilai susuk tubuh suami? Bodoh dan bengap punya kenyataan!

--
Posted By Tulang Besi to Malaysia Waves

Nazri: Azizah tak layak kenalpasti lelaki video seks

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi membersihkan nama BN berhubung isu video seks.

Katanya, cadangan untuk menubuhkan suruhanjaya itu kepada Kabinet Jumaat ini.

Semalam, presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan dan menimbulkan kemungkinan ia didalangi oleh BN.

"Wan Azizah tidak cekap bagi kenal pasti (lelaki dalam video) kerana ia pasangannya,” kata Nazri sambil menambah terdapat percanggahan kepentingan dalam perkara tersebut.

BN, menurutnya perlu bertindak segera bagi mengelakkan spekulasi orang ramai berhubung video seks berkenaan.

"Apabila dia (Wan Azizah) keluar kenyataan, saya berpendirian perkara ini tidak boleh terhenti di situ sahaja kerana jika tidak dijawab oleh kerajaan dan tidak diadakan suruhanjaya diraja, kerajaan akan dituduh terbabit.

NONE"Saya berpendapat untuk menyelesaikan masalah ini, dan seperti saya katakan, Wan Azizah bukanlah pakar yang menentukan identiti pelaku itu, saya rasa adalah lebih adil jika kita wujudkan Suruhanjaya Diraja yang dianggotai oleh mereka yang bebas," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

Nazri berkata, bahawa setelah penafian itu dibuat, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui sama ada benar atau tidak Anwar adalah lelaki dalam video itu.

"Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja.

“Sebagai kerajaan, kita bukan sahaja mesti bersih tetapi juga dilihat sebagai bersih," katanya.

Nazri berkata, usul untuk menubuhkan suruhanjaya itu dibuat kerana kerajaan mendengar pandangan rakyat dan juga badan bukan kerajaan termasuk Dewan Pemuda PAS yang meminta sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi menangani isu itu.

"Saya akan memperakukan dan akan sedaya upaya meyakinkan Kabinet untuk menubuhkan suruhanjaya itu," katanya.

Dapatkan tunai daripada website anda atau klik banner sebagai tanda sokongan anda kepada weblog ini.

Tiada ulasan: